Terus kepada keputusan, seri 2 - 2. Hahahahahaha..... Ingat dah nak tewas dah Mersing, namun bangkit kembali pada separuh masa ke dua. Fuuuuhhhhh.......
Showing posts with label Mersing FA. Show all posts
Showing posts with label Mersing FA. Show all posts
26.12.21
18.12.21
--- Mersing FA Under 30 Pula Latihan ---
Baru semalam bawah 19 tamat, petang ni, sambung pula dengan latihan bawah 30 tahun. Piala apa aku tak pasti. Aku belum dapat maklumat. Hahahahaha...... Rancak ye game bola. Sana sini rancak.
Untuk bawah 30 tahun ini, jurulatihnya adalah Cikgu Hamzah.
So nantikan gambar-gambar mereka ini pada masa-masa akan datang. Jika ada kekuatan, in shaa Allah.
17.12.21
---- Final Piala Tunku Temenggong Johor, Mersing FA vs Johor Bahru FA ---
Betullah kata pepatah, "bola itu bulat".... Hahahahahaha....
Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Perlawanan akhir Piala Tunku Temenggong Johor, Mersing FA bertemu dengan Johor Bahru FA. Stadium Mini Mersing dipenuhi penonton sambil dikawal ketat oleh pihak berkuasa mengikut SOP yang sepatutnya.
| Ketua pasukan memperkenalkan para pemain |
| Pemain utama |
Mersing boleh dikatakan banyak menyerang dan peluang menjaringkan gol tapi gagal.
Mersing FA ketinggalan 1 - 0 pada separuh masa pertama. Sehingga masa tambahan juga kedudukan tidak berubah.
Pengadil meniupkan wisel penamat dan Johor Bahru FA menjuarai perlawanan akhir ini.
Tak banyak nak diperkatakan pada perlawanan akhir ini. Semua telah melakukan yang terbaik untuk menang.
Cuaca juga hujan semasa perlawanan berlangsung menambahkan lagi kelicinan padang.
--- Mersing FA Under 19 Morning Walk Sebelum Perlawanan Akhir ---
Ni morning walk sebelum game final bermula. It like santai-santai. Hilangkan stress berlatih. Bina mode. Bina bonding dan segalanyalah.
10.12.21
--- Mersing FA, #roadtofinal ---
Berbaki 6 hari lagi sebelum hari yang menentukan pasukan mana yang akan menjuarai Piala Tunku Temanggong Johor bagi tahun 2021.
Lawan merekan pastinya bukan biasa-biasa. Apa pun, yang pasti pengalaman itu lebih berharga kerana perjalanan masih jauh. Jika menang, itu bonus.
7.12.21
--- Mersing FA vs Tangkak FA, Separuh Akhir ---
Hummmmm...... Macam mana nak mula ea?
Tapi apapun tahniah diucapkan kepada Mersing FA kerana sudah sampai ke tahap ini. Berdasarkan rekod rasanya mereka belum pernah kalah lagi sehinggalah ke separuh akhir ini. Terbaik guysssss......
Adakah lawan mereka petang ini mudah dikalahkan seperti lawan-lawan sebelum ini? Huhuhuhuhu...... Yang pasti pasukan yang sudah ke tahap ini pastinya bukan biasa-biasa kualitinya.
Macam biasa sebelum mula, ambil gambar kumpulan dulu. #simpansini
Subscribe to:
Posts (Atom)