20.12.13

--- Solo Travel ke Pulau Langkawi ---

Alhamdulillah, Allah s.w.t masih memberi kesempatan dan peluang kepada aku untuk meneruskan hobi aku ini. Balik dari Rinjani, busy preparation untuk majlis pertunangan adik Bino iaitu Agon. Aku jadi jurugambar macam selalu. Then balik kampung menjengok family dan ada kenduri. Di kesempatan itu, join Azam shoot pengantin di Sungai Petani. Settle semua tu, baru buat planning tuk ke Langkawi.

Niat untuk ke Langkawi ni, dah lama. Aku ada ajak beberapa member yg lain tuk join tapi masing-masing ada hal dan komitmen katanya. Ada yang kat Thailand la, ada yang kat Mekah, ada yang tak der pitih dan bla...bla....bla.... its ok.

Kenapa beriya-iya sangat nak pergi Langkawi ni? Apa yang best sangat? Haaaaaaaa....... niat utama nak ke Langkawi ialah nak naik cabel car. Haaaaa......tu yang membuatkan aku berkobar-kobar sangat. Fyi, aku dilahirkan, dibesarkan, disunatkan dan bersekolah di Alor Setar. Kawin jer tak tahu lagi. Nama jer orang Alor Setar, tapi cabel car tu pun aku belom naik. Kuikuikui......

First step is ticket. Itu yang utama. Call my cousin untuk tempah tiket ke Langkawi esoknya. Namun begitu, tiket tidak boleh dibeli awal. Hanya boleh dibeli masa di kaunter sebelum feri bergerak sahaja. Namun begitu, aku guna kabel cousin ku , dan success. Nampak tak the power of cabel. Sebenarnya, rezeki dari Allah. Hihihihi....

18 Disember 2013
30 minit aku drive dari rumah menuju ke jeti Kuala Kedah. Parking berhampiran tempat sepupu aku kijer. So, its freeeeeee...... Ambil ticket dari my cousin. Yeaahhhh......harge ticket sekarang untuk dewasa ialah RM23. Nak bagitau juga, bahawa tiket balik pun tak boleh beli awal.

Ok, terus berjalan ke jeti. Sesampai jer, terdengar panggilan naik ke bot. Aku pun terus masuk ke laluan dan naik feri. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Untuk travel kali ini, pertama kalinya, aku bawa new baby, A77, 10-20mm Sigma dan 50mm f1.8 lens....hihihihi.....




Sejam lebih dalam feri...Zzzzz...... Tiba sekitar jam 11.15 pagi, satu jam lebih perjalanan. Alhamdulillah selamat. Tahap keterujaan yang tinggi tapi aku control-control supaya tak nampak excited sangat. Walaupun hanya travel ke Langkawi, feel tu macam travel ke luar negara. Aku dok feeling-feeling orang luar....puii....



Keterujaan tu, membuatkan aku terus bergerak menuju ke Dataran Lang. sebab nak berfoto-foto. Walhal, kalau ikut plan asal, bukannya dataran yang menjadi first lokasi untuk dilawati. Aiseh...!!! Tetiba aku teringat dan berpatah balik dan ikut plan.

First perkara yang perlu dilakukan ialah cari transport dan penginapan. Yup....itu yang sepatutnya dulu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...