Guys...guys....guys..... Trip ke Kerinci belum habis.
Selesai breakfast, kami bergegas pula untuk ke pendakian seterusnya. Pagi ini kami akan mendaki pula ke Danau Gunung Tujuh. Kelihatan cuaca agak mendung. Mmmmm....mungkinkah akan hujan? Sama-sama berdoa.
Perjalanan tidak mengambil masa yang lama. Kami hanya menaiki pacuan empat roda sahaja.
Kurang dari sejam, kami tiba di Balai Besar Taman Nasional Kerinci Selat. Jet turun untuk menguruskan pendaftaran masuk. Bayaran? Hmmmm....I'm not sure. Bayar memang kena bayar. Jumlahnya? Jap nak tanya Jet.............................................................................................................................................................. (sedang mesej Jet)................................................................................................ ok, Jet tak ingat.
Jet ok ker?
Ok, kami tiba di pintu rimba. Buat persiapan. Bacaan doa oleh ustaz Amin Danial. Mula mendaki. Kata Jet, santai-santai aja jalur pendakiannya. Boleh pakai selipar sahaja. Kali ni Jet membawa kameranya kerana temannya sudah bawa bateri.
Eda tetap kelakar. Sentiasa menghiburkan dengan jeritan kecilnya. Siap nak tergolek lagi. Tak stabil ker Eda ni?





