31.12.11

--- New Year With Kelip2 ---


Di kala orang lain sibuk2 nak celebrate new year di ibu kota2 dan bandaraya2 megah seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bahru dan Singapore, kami memilih untuk menyambutnya dengan aktiviti melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Nama memang macam kat Kuantan tapi kat Kuala Selangor. Ni koordinatnya   3°21'38.78"N 101°18'4.67"E. Haaaaaaa....zaman skrg kan GPS bagai2. So bukan hp zassssss......terus sampai. gi tuuuu....

Aku dan Din bergerak dari Melaka sekitar jam 5 petang. Singgah di Seremban untuk bergabung dengan Fadil, teman seKPLI masa di Maktab Perguruan Teknik. Di situ kami naik kereta Fadil sbb keta dia jimat sikit. Hihihi....

Seterusnya kami bertemu dengan rakan2 yang lain di restoran ikan bakar apa tah namanya. Area2 Kuala Selangor gak la. Mereka yang lain itu ialah Fida, Ery, Golok, Ara, Lin, Kawan Fida dan Salam. Memandangkan kedai tu ramai sangat orang, kami pun cari kedai lain.

Selesai makan kami pun bergerak menuju ke Kampung Kuantan di mana lokasi kelip-kelip dapat dilihat. Bagi sape2 yang xtahu tu, kawasan Kelip-Kelip ini mula terkenal selepas TNB membuat iklan Hari Raya tahun bile tah. Pastu mula terkenal.



22.12.11

--- pHotographer oH pHotographer ---

Aku suka camera sejak dari sekolah rendah lagi. Mak aku sendiri memilik camera SLR. Aku pernah menggunakan camera tersebut. Mak aku sendiri pernah mengajar menggunakan SLR tersebut. Kemudian datang pula zaman camera filem compact. Ada yang murah dan ader yang mahal. Pernah menggunakan camera yang jenis fully manual di mana filemnya perlu dipusing selepas disnap. Kamera pakai buang pun ada. Next is kamera lebih canggih iaitu digital compact.

Sekarang dan kini aku memiliki DSLR - Digital Single Lens Reflect. Walaupun Canon dan Nikon merupakan brand paling terkenal, namun tidak mampu menghalang aku untuk meminati SONY Alpha. DSLR pertama aku ialah A200 pada tahun 2009. 2010, aku membeli pula body A550 sebagai langkah mencanggihkan gajet2 aku. Hihihihi...



First job aku as official wedding photographer is di Sungai Petani. Salah seorg mmber masa di maktab. That time aku hanya menerima harga RM300 untuk job sehinggalah siap sticky album. Why RM300? Kerna itulah penilaian dari seorang costumer. Aku tidak berasa kecewa atau sebagainya, malah berkata, costumer always right. Selepas itu, aku menerima lagi job2 lain dgn pakej yang sama dan harga di upgrade. Tapi aku masih lagi berkata pada costumers, 'kalu u all puas hati, bayar seperti herga yang telah dipersetujui. Tapi jika xpuashati, boleh bayar ikut suka'.
Alhamdulillah, aku dibayar seperti yang telah dipersetujui.

Sehingga kini aku masih dengan pakej yang lama, cuma harga di upgrade dengan kos perjalanan. Ye lah sebab ada customer tu jauh2. Dari sticky, aku beralih kepada album custom. First costum album ialah sepasang teman sepergunungan semasa study dulu. Pelajaran yang aku belajar that time ialah saiz fail untuk costum. First printing, album tersebut semua pix nya blur. Aku heran la naper semua pix nya blur. Aku bertanya pada salah sorang mmber masa tu, dia kata sbb saiz dan pixel gambar terlalu kecil. Oleh itu, aku buat editing semula dan reprint. Alhamdulillah berjaya. Job itu juga merupakan job pertama aku dengan harga melebihi 1K. 2 album sticky dan satu costum. Rasa happy sangat kerna ia merupakan satu kejayaan.

Sepanjang pengalaman tersebut mengajar aku bahwa penghasilan sesebuah album wedding bukanlah seratus peratus terletak pada photographer. Untuk hasil yang terbaik pasangan pengantin juga perlu memberi kerjasama yang sehabis baik. Anda bayar kami dengan harapan ianya terbaik sepadan dengan harga yang telah dipersetujui. Namun andai anda tidak bekerjasama, plssss jgn salahkan juruphoto kerna album anda tidak cantik.

Aku pernah di mana pasangan pengantinnya malu2, tak larat, rushing, kekok dan sebagainya. Aku selalu briefing pada setiap pangantin sebelum wedding bermula bahwa anda membayar saya untuk menangkap gambar dan menghasilkan album yang cantik. So saya berharap u all dapat memberi kerjasama yang baik. Biar segah mana pun seseorang pengarah filem, kalau pelakonnya tidak pandai berlakon, filem tersebut akan hancur. So u all mesti berlakon sehabis baik. Saya tidak mengaharapkan anda mcm Erra Fazira dan Awei dalam filem Sembilu, tapi cukup hanya sekadar Sitcom Pi Mai Pi Mai Tangtu. Lakonan komedi yang ringan sahaja.

Seterusnya, aku dapat kesan bahwa kebanyakkan pengantin ni akan lemah dan tidak bertenaga bila buat outdoor lewat petang. Oleh itu, untuk beberapa job seterusnya aku selalu mencadangkan pada pengantin agar outdoor dibuat berasingan samada sehari awal atau esoknya selepas majlis resepsi. Pakaian? boleh pilih ikut suka. Outdoor tidak semestinya pakaian pengantin. Boleh juga baju akad nikah, pertunangan atau costum2 lain yang difikirkan sesuai.

'Photographer, boleh tak kita habiskan cepat?', 'Photographer, boleh laju sikit tak? Dah nak malam la', dan sebagainya. Aku as juruphoto kadang2 rasa mcm, alahaiiiii..... Dalam hati,'nak album cantik tapi mcm2 la plak'. Anda rasa macam mana situasi tu. Siapa yang salah? Photographer selalunya dah setting time. Cuma jarang pengantin yang nak ikut. Pastu bila sesi outdoor, dah macam2. Muka tak bermaya. Bukan semua pengantin k. Tak salahkan pengantin sbb adat la kenduri. Ramai saudara mara dan kawan datang. Tapi jgnlah dijadikan alasan untuk tidak bermaya masa outdoor.

Sesuatu masakan menjadi sedap bukan semata2 kerna tukang masak tetapi bahan2 yang dipilih juga perlu berkualiti. Begitu juga album yang cantik bukan semata2 kerna juruphoto tersebut tetapi pengantinnya juga perlu memberi yang terbaik. Alhamdulillah, setakat sekarang semua costumer aku tidak banyak memberi masalah yang ketara. Kecil2 tu biasa la. Nama pun manusia kan. Aku terima seadanya. Terima kaseh kepada pengantin yg begitu bersemangat sehingga sanggup mendaki Bukit Broga semata2 untuk sesi outdoor. Hahahaha...

Aku menerima job wedding bukan semata2 kerna bayaran tapi lebih kepada my passion dan hobi aku terhadap setiap gambar yang aku hasilkan. Akhir kata I LOVE PHOTOGRAPHY....

18.12.11

--- mAjlis rEsepsi Zulkifli dan Zuraida ---

Majlis akad nikah : 18 September 2011
Resepsi : 17 Disember 2011
Lokasi : Jengka 4, Pahang Darul Makmur
Jenis album (pakej) : Sticky 15x15 (fully editing) + 14R wit frame + unlimited softcopy


Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat dan mendapat Rahmat Illahi... amin...

12.12.11

--- tRip to rEpublic of sIngapore ---

Ok2...for entry this time, i will write in English an some-some Malay. U know y? Bcoz, i just came back from Singapore. Haaaaaa..... Usually i go Indonesia for oversea holiday, but this time i go Singapore. It just cross over my head after plan to Kuching fail. So sad actually. Y fail? it bcoz the ticket to expensive. So i decide to go Singapore je lah. I terus suggest to Golok. Golok is my Kelantanis friend yang akan bersama2 follow this trip. And he say ok. We terus jer renew our passport and convert RM300 to Singapore Dollar.

This trip start from Malacca. I wait-wait Golok to arrive Malacca first. Around 10.00 pm Golok pun arrive la Malacca. He park his car and we use my car to JB. Its take long time from Malacca to JB. So tired. We arrive to JB around 2.00 am. At tol Kempas, i sms Uder (Renzo Ish). Tonight we will sleep at his house at Taman Daya. Using my PAPAGO GPS, we pun arrive la Uder house. So tired and we zzzz...zzzz....zzzzz

11 Dec 2011, +- 9.00 am, after breakfast at Uder house, we move to JB Sentral wit my car. We park at Shell Station just beside the Bangunan Sultan Iskandar. That parking is RM12/day. So we pay RM24 for 2 days. After that we walk into Bangunan Sultan Iskandar to go Malaysia Imegresen to premission cross the international border.

With Uder as our guider, the trip very smooth. We past at Malaysian Imegresen easily. Then we take a bus to cross the sea. Out there hujan renyai2. Just wondering what will happen this trip if the rain akan lebat. Hmmm....(nampak buruk beno English Education teman kan...hahaha).


At Singapore Imegresen the line very slow especially my line. Waaahhhh....very2 slow lor. Uder n Golok dah pas lama lagi. Then, at luggage my bag was suspended. There want check my bag. There said my bag have a KNIFE. Ooooo.....actually that knice i bring for self safety. However the problem is settle that knife not dangerous. Hahaha.... We took back that bus at the below and go to the Kranji MRT Station.











10.12.11

--- hAnifah nAjwa bErsatu ---

25 Nov yang lalu telah berlangsungnya majlis akad nikah di antara Abu Hanifah dengan pasangan hidupnya iaitu Ana Najwa. Pasangan dinikahkan sendiri oleh Cikgu Ameer merangkap Wali kepada adik beliau iaitu Ana Najwa.

Hmmm...then y aku tulis kat blog ni ek? Cube teka sebab apa? Haaaaaaa...sebb aku jadi OP that event lor. Haidoiiii....pandai menekainya puunnn.... Ok2, Cikgu Ameer atau Ustaz Ameer ye merupakan kenalan lama masa aku jadi GSTT di SK Telok Gong. Sahabat2 lama masa mula2 menceburkan diri dalam dunia perfileman. Eh! sorry, dunia Pendidikan. Tersasul plak. So pengantin perempuan ni adalah adik beliau la. Pasangannya orang Terengganu gi tu.

Esoknya 26 Nov akan diadakan pula majlis resepsi. Istilah artis la konon2. Kalu istilah orang2 kampung, majlis persandingan laaaa.....hahahaha.... Sepanjang majlis, semua berjalan lancar dan layanan mesra oleh pihak walimatulurus. Untuk pengantin pula, walaupun malu2 nak posing2, alhamdulillah berjaya juga akhirnya.
Albumnya pula sudah pun aku siapkan smlm dan telah pun dihantar. Jom lihat beberapa keping pix yang telah dirakam sebagai tanda kenangan abadi... SEMOGA KEKAL HINGGA AKHIR HAYAT dan SENANTIASA MENDAPAT RAHMAT ILLAHI...!!! amin....



Selain daripada album ini mereka juga mendapat sebuah frame bergambar 14R di atas ini. Hihihi.... Tetiba rasa nak kawen jer. Haaaaaa....






Bersama-sama aku time tu ialah Ery dan Nas. Ery saya volunteer nak join sbb xbuat apa2 kat umah. Nas, saja aku ajak tu jadi lighting man outdoor aku. Tapi sayangnya, outdoor tidak dpt dilakukan berikutan cuaca yang asyik hujan jer. Huhuhu.....

28.11.11

--- tRip aWal mUharam, mErialisasikan iMpian kYan & FiDa ---

Bestnya ada mmber yang senantiasa alert dengan kalender di mana dah set dah hari2 cuti dan merancang aktiviti2 yang berfaedah sesuai dengan umur. Idea first this trip is come from of my teman iaitu Khazliyan, known as Kak Yan. Katanya mmg impian dari kecil lagi nak gi tempat ni. So cuti Awal Muharam telah dipilih bagi merealisasikan impian tersebut. Bertepatan pula cuti sekolah dah bermula. Maklum la Kak Yan ni kalu time sekulah mmg bz giler. Semua jawatan s/u dia pegang. Hahhhh.....

Rupa2nya bukan Kak Yan sorg jer yang tak pernah gi situ, Fieda pun belum pernah. So kita buat sekaligus je lah. Sekali arung la pendek kata. Manakah lokasi tersebut yang dimaksudkan? Haaaaaaa.....B U K I T   B R O G A.

Alang2 Bukit Broga tu, Kak Yan kata naik Tabur sekali. Waaaaaa......nice plan. Tabur pun aku belum pernah pergi. Asyik dok dgr mmber2 yg lain pergi tp aku sendiri belum pernah sampai. Yeahhh....  Maka kami pun setup2 la apa yang patut.

Pada hari yang telah dijanjikan, maka kami pun bergerak menuju ke lokasi yang ditetapkan. Aku bersama2 Nas dari dari Ayer Keroh terus menuju ke rumah Ery at Saujana Puchong. Aku dan Nas bermalam di rumah Ery. Call Golok supaya datang tidur umah Ery, tapi dia xnak. Segan katanya. Segan apatah.

Esok paginya, Golok datang ke umah Ery. Aku, Golok n Nas pun gerak satu keta menuju ke Petronas Semenyih. Ery? Owh....Ery tak ikut sebab dia dalam mode standby untuk projeknya. Kami tiba sebelum Subuh. Setibanya kami di situ, kami terus sms Chaer sbb dia GO-GO. Katanya nak start trekking jam 5 pagi. Tapi xsangka aku sbb masa sms pagi2 tu, dia reply. Terkezut sbb selalunya dia payah bangun subuh2 cenggini. Hahahaha... Bagus la sbb dah berubah. Atas permintaannya, aku pun pergi ambil dia kat umah setelah selesai solat Subuh di surau petronas tersebut.

Tanpa membuang waktu, kami bertiga terus ke kaki Bukit Broga. Tunggu yang lain di sana sahaja lah. Dari janji nak gerak sebelum Subuh, ni dah nak siang. Fieda, Kak Yan, Salam dan Golok muncul sekitar jam 6.30 pagi lebih. Mmmm.....

Setelah semuanya siap, kami pun memulakan pendakian. Ramai juga org that day. Mana tak ramai, hari cuti. Memang ramai la kan. Huhuhuhu..... Dari segi suasana ni rasanya dah tak larat nak story sbb sama jer. Ni kali yg ke empat or lima kot aku naik termasuklah outdoor photoshoot masa Zahead n Angah kawin. Hehehehe....

So tuk entry Broga ni aku banyakkan gambar2 jer lah. Let pix talk...... boleh gi tu?




31.10.11

--- sEsat d' bAtu pUtih ---

Hmmm...pening memikirkan cara untuk memulakan log trip kali ni. Hahaha... Pastinya ada sesuatu yang terjadi dalam trip, yang menyukarkan aku untuk memulakan cerita. Haaaaaa.... Walauapapun senarionya, itu satu pengalaman yang menarik apabila dikenang kelak. Tak semua orang mempunyai pengalaman ini. Pengalaman APAKAH itu? Haaaaa...ni yang nak story ni.

S E S A T T T T...!!!



Memulakan cerita kali ni, pada 28 Oktober 2011, cuti Deepavali yang lalu, aku sempat mengikuti rakan2 sepergunungan ke Gunung Batu Putih yang terletak di Perak. Mulanya 50-50 nak join tapi mengenangkan dah lama xnaik gunung, maka ikut la jugak.

Gunung Batu Putih berketinggian 2131.4664 meter dari paras air laut (6993 ft). Trek pendakian boleh dikatakan sangat mencabar dari segi tahap kepacakkannya. Oleh yang demikan, tempoh pendakian memakan masa yang agak lama. Bagi mereka yang ingin santai, 3 hari 2 malam adalah paling sesuai. Tidak laju dan tidaklah terlalu lambat. Kira sedang2 la. Kalu nak lagi santai, boleh jer buat seminggu baru sampai puncak. Hahaha.... Bagi mereka yang laju, tiada masalah. 2 hari 1 malam pun boleh sampai.

Dari Melaka aku bersama Bino menuju ke Cheras rumahnya Zul. Kami bertolak dari Melaka sekitar jam 6.00 petang. Sampai di tol Sg Besi, jam plak. Adoiii.....akibat lapo, kami singgah di KFC berdekatan dengan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. Zul telepon dan datang ke KFC bersama-sama Adha (MSU).

Selesai makan, kami bergerak menuju ke rumah kakaknya Zul. Di situ kami repacking ration2. Siap packing, kami pun bergerak menuju ke dengan menaiki kereta Zul. Langkah berjimat-cermat dan mengurang pencemaran. Hahaha.... Jam ketika itu menunjukkan 11.00 malam lebih. Cara Zul memandu seolah-olah sama macam aku naik bot dari Pulau Aur ke Jeti Mersing. Kurang sedikit. Sentap rasanya. 


Exit Tol Tapah, kami tiba di perkampungan orang asli Kuala Woh sekitar jam 12.30 tengah malam. Hening dan sejuk. Terus tukar uniform. Buat sedikit regangan. Tepat jam 1.00 pagi, kami berempat pun mengorak langkah memulakan pendakian. Hmmm...ada jalan berturap baru rupanya. Jalan tak lama aku dah mula berpeluh banyak. Tak tahu kenapa. Hahaha...

30 minit lebih kami sampai di sungai. Terimbau kenangan masa mendaki Gunung Batu Putih ini suatu ketika dulu. Under KeReX gak. Guidernya adik Abang Ayien Carlos. Tak ingat plak nama tetiba. Hahahaha... Kami menlintasi sungai tersebut. Dalam keadaan gelap, suasana memang agak cemas gak la. Batunya licin. Kasut Colombia pun kalah. Mmmm.....

Kami meneruskan pendakian setelah mengharungi detik cemas melintasi sungai tersebut. Dalam kegelapan malam, kami mendaki dan meredahi apa jua. Entah kenapa, aku trekking kali ini sangat memenatkan aku. Tercungap-cungap giler aku. Ada sampai satu tahap tu, aku siap kena tiup wisel sebab diaorg laju sangat dan tinggal aku sorang2 kat belakang. Hahahaha....biler teringat balik memang kelakar. Hiiiii...takut dowww.....

Pendakian semakin lama semakin sukar. Trek pun dah tak macam trek. Banyak kali gak la kami lost. Ikut jalan ini, jalan mati. Cuba jalan lain, tetiba hilang. Oooo....memang mental time tu. Serius. Mental tu sebab kena test2 trek. Maksudnya kena agak2. Ikut hati nak suruh patah balik jer. Tapi melihatkan Zul tidak putus asa, teruskan jugalah. Tapi aku memang mental dow time tu. Kami plak boleh krem. Mula2 kaki kiri. Pastu kaki kanan pula. SERIUS...!!! Hahaha..... Seingat aku, masa dulu naik senang jer treknya. Aku ingat lagi sebab masa tu aku trekking pakai sandal rafting jer. Tapi kali ni trek bukan men susah lagi.

Kami berehat beberapa kali sehinggalah masuk waktu Subuh. Kami bersolat terlebih dahulu. Selesai solat, kami meneruskan pendakian. Kali ini kami dalam trek. Ada trek. Tapi bila jalan sampai satu tahap, tetiba trek tu ada tanda blok. Akhirnya kami mengambil kata putus untuk redah menuju ke kawasan tinggi. Kalu tak jumpe juga trek yang sebenar, kami akan cari jalan pulang. Teringat masa sesat di Gunung Serudum.


Redah punya redah akhirnya kami sampai ke satu tempat di mana kami nampak di mana kami nampak batu berwarna putih. Aku ingat tempat tersebut. Batu Kak kalu tak salah. Ketika nampak tu hati dah berasa lega sikit. Seterusnya Zul melihat GPS nya dan mencari trek untuk menuju ke sana. Kali meneruskan lagi perjalanan dan akhirnya sekitar jam 10 pagi lebih, kami menemui trek sebenar. Perasaan syukur dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Tanpa membuang masa kami megikut trek tersebut. Kurang sejam, kami pun sampai la Gua Azan. Gembira tak terkata.



Ketika kami sampai, masih terdapat mereka2 yang belum bergerak. Biasa yang belakang2 ni otai2 jer seperti Kabilah, Ejab, Wan, Eja, Gadis, Nas, Uder dan lain2 yang aku kenal la. Alhamdulillah. Yang lain dah bergerak dulu. Aku pun tidak berhasrat untuk berehat panjang kerna nnt kena tinggal lagi maka aku pun terus bergerak.


On the way mendaki tu, jumpa pula geng2 MSU seperti Yaya, Ejal, Mat Rock dan Ai. Haaaaa...ni geng2 masa V2 dulu. Waahhh..!!! Lama dow tak jumpa ngan diaorg ni. Still ceria macam dulu. Nice friendsss.... Seterusnya jumpa pula dengan Ru dan Ayen. Ni kenalan masa trip Chamah Ulu Sepat dan Tahan.



45 minit mendaki sampai la kami di persimpangan menuju ke Batu Kak. Untuk sampai ke simpang tu jer bukan main teruk lagi. Kena memanjat dow. Gayattt.... Pastu nak naik ke Batu Kak tu pun teruk gak. Tapi kerna dah sampai ke sini, maka kuatkan semangat, teguhkan iman untuk naik juga.

Ternyata ianya berbaloi naik ke Batu Kak ini. Dapat tengok view yang cantek walaupun kebanyakkan pemandangan dilitupi kabus tebal. Tahniah juga pada mereka yang gigih untuk naik ke sini tanpa mengira keadaan fizikal masing2. Itu yang kita nak. S E M A N G A T yang K E N T A L.






Kami mula bergerak dari Batu Kak sekitar jam 1.00 tengah hari. Check-point berikutnya ialah Air Terjun Terbunuh. Perjalanan lebih kurang 2 jam 30 minit. Lebih kurang la. So setelah dihitung kira, aku sampai di Air Terjun Terbunuh sekitar jam 4.30 petang. Solat Asar, makan ringan2 dan sebagainya.

Nak story tak Air Terjun Terbunuh ni? Mmmm...aku rasa u compom dah boleh agak naper dinamakan sedemikian. Takkan la org sesajer kasi nama macam tu kan. Kalu nama dia macam Air Terjun Lenggang ker, Air Terjun Senyum Selalu ker, Air Terjun Ceria ker, mesti la kita akan pikio mesti air terjun ini seindah namanya kan. So sama la kesnya kenapa dinamakan Air Terjun Terbunuh. Trek turun ke bawah memang membunuh. Pacak 90 darjah dan treknya licin dan basah. So pikio2 la kalu nak turun tu. Pada mereka nekad untuk turun, anda mendapat ganjarannya di mana sumber airnya tidak mengecewakan. Boleh mandi sepuas-puasnya. Air terjun ini merupakan last water-point. Hahahaha...maka hendak atau tidak, pada mereka yang memerlukan air dipuncak, maka terpaksalah turun juga. Selamat Mencuba...

Pendakian diteruskan menuju ke puncak. Tak pacak sangat tapi menaik la. Dah tentu menaikkan sebab nak ke puncak. Kalu turun, memang xsampai puncak la jawapnya. Tanda bahwa puncak semakin hampir ialah apabila sampai ke sebuah batu yang besar. Selepas melepasi batu itu, pokok-pokok berlumut mula menemani anda. Pastu banyak gak la nak kena tunduk2 ni. Arghhhh.....

Detik jam 6.30 petang, aku pun sampai la ke puncak Gunung Batu Putih dengan beberapa orang peserta lain. Syukur alhamdulillah. Masa sampai tu geng-geng yang sampai dulu dah siap dirikan khemah sudah. Cuma tunggu beberapa fly n ground jer. Cuaca baik dengan kadar tiupan angin sepoi-sepoi bahasa dan sekali sekala kuat. Letak beg, terus buat pengurusan diri.

Aktiviti malam macam selalu la, mana yang letih tu dah tidur dah. Loteh bonar. Aku pun sebenarnya tak tidur dari semalam. Mula gerak jam 1 pagi. Sesat lagi. Pastu terus sampai puncak xtidur. Makan berat langsung tak. Haaaaa.....seb bek ada makanan ringan. Alhamdulillah... Bino dah lama tidur. Hahahaha....

Dapur juga merupakan port terbaek setiap perkhemahan. Aku pun lepak dapur gak. En Shahrul begitu rajin di dapur. Sesuai ni kalu nak buat menantu. Hmmmm.... Zzzzzz....Zzzzz.....

Keesokkan paginya, kami bangun dengan ceria. Seceria kanak2 riang. Buka mata, sarapan pagi dah siap. Terima kaseh pada jurumasak dan konco2 dapur sekalian. Selesai makan, sesi gambau2. Ada yang nak bergambar ikut universiti la, ikut fakulti la, ikut tema la, ikut warna baju, ikut poli. Last2 ikut suka hati. Hahahaha.....

Pemandangan tidak berapa nampak kerna kabus tebal. Bukan itu sahaja, kalu nak tengok view, kena panjat beirut. Mmmm....











Keceriaan jelas terbayang di setiap wajah para pendaki. Sonok la sebab dah sampai puncak kan. Pastu jap lagi dah nak turun pulang. Paling penting semua penat lelah mendaki dan galas beg semalam hilang takkala sampai di puncak Gunung Batu Putih ini.






Senja baru kami sampai di Sungai Y. Cuaca baik mempercepatkan proses menyeberangi sungai tersebut. Aku macam biasa la gayat sikit. Muatan lebih. Yang lebih tu camera sebenarnya. Hahaha...kena berhati-hati banyak2 sebb camera tu ibarat nyawa la. Hahaha....


Kami Maghrib di Sungai Y sambil menunggu teman-teman di belakang sana yang belum sampai. Sambil tunggu tu buka dapur haram dulu kot. buat kopi O dan masak maggi. Nikmat nya. Hujan plak mula turun renyai2.

Mulanya Eja as go go minta semua berkumpul supaya sama2 gerak dan senang nak hitung kira. Mana la tau kot-kot terlebih orang. Entah ada makluk lain ikut balik kan. Haaaaa..... Atas sebab2 dan alasan munasabah, Eja lepaskan beberapa group lain untuk gerak dulu.

Aku dan beberapa peserta lain dah sampai di kampung orang asli. Siap membuat pengurusan diri. Hujan turun dengan lebat. Teman-teman UTM Skudai terpaksa tidak menunggu lebih lama kerna destinasi mereka masih jauh.

Kami masih menunggu. Menurut beberapa teman, group sweeper paling belakang belom sampai lagi di Sungai Y. Ada sumber mengatakan ada yang injured teruk. That's y lambat. Aku plak nak kena balik Mersing ni. Zul pun ada kerja. Maka kami pun turut bergerak dulu selepas bersalaman dengan rakan-rakan.

Mengakhiri log kali ini, trip kali ini memberi pengajaran berguna pada aku bahwa tak selamanya kita akan sentiasa success dan tidak selalunya kita kuat. Maka sebelum mengikuti mana-mana trip kena fikirkan tahap kemampuan kita dengan tahap sesuatu trip. Jangan sampai menyusahkan orang lain. Susahkan diri sendiri tak pe. Hahahaha.... Terima kaseh pada Zul, Adha dan Bino. Korang laju sangat la. Tak terkejar mak. Ye la kan...badan dah tak serupa dulu.....Hahahaha...... Lebih kurang minta halal k....wassalam.

*Nota kaki : andai terdapat gambar2 yang menyinggung perasaan atau sensitif, terus bagitau aku agar aku leh remove. Hihihihi.....
*Lagi pic tentang trip ni di sini.

10.10.11

--- sAntai bErsama kEpulauan mEmber's---

Petang2 bosan masa kursus KSSR baru2 ni, kami pergi la jalan2 area pantai Mersing. Walaupun tidak seindah pantai di pulau Pemanggil, Sibu, Aur an Tinggi, namun boleh la untuk melepaskan rindu kat pulau. Haaaaa....gi tuuu....




Sambil jalan2 tu, sambil makan kopok leko dan pisang goreng. Layaaannnn.....










Ini si Kerol buat apatah...Haaaa....konon2 nak tgk angle terbaek la tu untuk shoot. Last2 aku yang shoot dia. Hahaha....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...