13.6.11

--- Semeru Tengger Bromo, Syurga d atas Awan ---

Untitled-1 copy
Anjuran : Alumni Universiti Teknikal Malaysia Melaka, AUTeM
Masa : 04 ~ 12 Jun 2011
Lokasi : Surabaya, Indonesia
Tagline : Kepayahan dalam Kebahagiaan

*Semua waktu tercatat adalah waktu Malaysia sbb ikut jam kamera. Untuk info, jam Kepulauan Jawa Timur adalah awal 1 jam dari Semenanjung Malaysia.

Trip tahunan AUTeM datang lagi. Dah macam ALAM RIA CUTI SEKOLAH plak. Xpdc kali ke tiga ini masih menjadikan Indonesia sebagai negara untuk berekreasi. Bukannya apa, mudah dari segi sosio budayanya yang tidak jauh berbeza dengan Malaysia. Disamping itu, Indonesia masih menawarkan banyak tempat yang menarik yang boleh dilawati setaraf dengan negara2 lain.

Jika trip pertama, AUTeM pergi ke Sumatera Utara, trip kedua ke Sumatera Barat, kali ini Surabaya adalah destinasi untuk berekreasi. Ikuti log perjalanan Biro Rekreasi, AUTeM 2011...



Hari Pertama, 4 Jun 2011, Sabtu

Aku tiba di LCCT, Kuala Lumpur dari Melaka Central pada jam 1.30 pagi. Teman2 yang lain belum tiba rasanya. Mean aku org pertama yg sampai. Sms Yan, bas dia jam 3 pagi dari Ipoh. Mmmm..... Aku lepak2 dulu area KFC. Tidur bangun...tidur bangun...

Subuh menjelang, baru la jumpa dengan Leader Program iaitu saudara Abdul Salam Adam. Katanya dia lepak2 dulu area sana tadi ngan kawan2 dia yang nak gi Fansifan, Vietnam.

Kami menunaikan solat Subuh terlebih dahulu sebelum bergerak ke pintu masuk airport. Sambil2 itu menunggu ketibaan teman2 yang lain. Time tu Yan dah sampai tp dia pun gi surau. Seterusnya ketibaan Syed, Abe Mat dan Lin. Selang 15 minit gi tu, Emy dan Ana pun sampai. Aku kenal Emily sbb dah pernah trekking masa gi Tahan dulu. Lama sudah. Yang lain2 tu baru kenal gi tu. Lengkap sudah seramai 8 orang yang akan berlepas hari ini. Lagi 3 orang, pada hari Selasa.

Bersalaman, berbual2 perkenalan, kami pun check-in barang sebab dah ada panggilan. Selesai check-in, kami lepak dulu di KFC semula sementara menunggu waktu berlepas kira-kira jam 0920 waktu Malaysia. Tapi flight delay ke waktu 0950.

DSC08773 copy 2
LCCT

Seterusnya masuk ke bahagian menunggu. Sebaik pintu dibuka, kami terus beratur dan bergerak menuju ke kapal terbang. Cari tempat duduk. Suasana cam biasa la agak sesak sikit dengan warganegara Indonesia. Destinasi pun ke Indonesia kan... Hihihihi.... Prosedur seterusnya mendengar taklimat keselamatan. Muka pramugari dari mula2 kami masuk sampai ke sudah, masam mencuka. Markah untuk kategori Layanan Mesra, KOSONG. Mungkin pramugari Air Asia macam tu kot. Baget mahal. Takut make-up retak kalau senyum. Hmmm.... berbanding dengan pramugara dia yang sorang tu senyum jer. Haaaaa...kan manis gi tu. Tersentap mak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...