Showing posts with label Banjir. Show all posts
Showing posts with label Banjir. Show all posts

25.12.21

--- Mersing Sounthern Volunteer Melakukan CSR Pasca Banjir Di Hulu Langat ---

Ok, aku pun tak tahu nak ulas macam mana. Ye lah.... Jika aku cakap aku faham perasaan mereka, mungkin aku salah kerana aku tidak berada di posisi mereka. Jika aku cakap, aku faham perasaan mereka, lagi sekali aku salah kerana mungkin aku tidak sekuat mereka yang menerima ujian ini.

Aku hanya mampu mendoakan agar Yang Maha Esa memberi kekuatan kepada semua hambaNya yang sedang diuji.

Media melaporkan ia seakan-akan tsunami. Mungkin benarlah laporan itu. Hummm....serius, aku tak mampu nak berkata apa-apa.

Aku berkesempatan bersama-sama pasukan Mersing Sounthern Volunteer datang menghulurkan bantuan pasca banjir di sini. Pasukan ini bertujuan meringankan beban mangsa-mangsa banjir dalam proses mengemas dan seumpamanya.

Bukan pasukan Mersing Sounthern Volunteer sahaja, malah ramai lagi sukarelawan dari seluruh semenanjung ini datang membantu. Terima kasih pada semua.

Gambar-gambar ini hanyalah sebahagian kecil keadaan di Hulu Langat.

Semoga ada pihak-pihak yang berkemampuan menghulurkan bantuan. Untuk rekod, banjir bukan sahaja berlaku di sini malah di beberapa tempat lain seperti Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan.
Malah dalam masa yang sama, Mersing Sounthern Volunteer turut berada di Bentong dalam misi yang sama. Alhamdulillah.....



15.12.19

--- Banjir...Banjir...Banjir.... ---

Semalam lagi plan nak berbasikal dalam hujan. Tapi pagi kelmarin, lebatnya mengganggu jarak penglihatan. Maka rasanya tak sesuailah berbasikal. Hahahahaha...

Untuk info, memang sekarang ni musim monsun di sebelah pantai Timur. Susah nak cari ruang yang tak ada hujan untuk beriadah. Ada tu ada cuma kadang-kadang tak kena plak dengan time kita.

Hari ni pun hujan tapi tidak selebat semalam. Habis kerja jer, terus siap-siap. Pakai rain coat kali ini. Rain coat ni pun dah lama dalam box. Itulah yang dibawa setiap kali hiking. Bazir plak tak guna. Bawa goPro. Jom...

Hari ni niat nak snap suasana banjir di area Air Papan. Untuk ke Pantai Air Papan, tak boleh bergerak lebih jam 5 petang. Kalau gerak juga lepas jam 5, memang malam la sampai rumah. Tapi hari ini aku tak sampai ke pantai cuma aku plan nak melalui kampung-kampung tu jer.

Hasil tinjauan petang ni nampaknya suasana banjir dah surut berikutan hujan dah mula reda pada sebelah petang kelmarin, Hari ini hujan juga tapi tidak selebat dan lama. Walaubagaimanapun pusat-pusat pemindahan masih belum ditutup sepenuhnya.

Sorry pada member kalau tak ajak. Berbasikal petang ni lebih kepada shoot. So takut nanti ia akan melambatkan proses. Tahu-tahulah kalau aku pegang kamera dan nak shoot, memang lama.

Nextime kawe ajak ok. Hahahahaha......muah...


Ada buat video sikit tapi sorry tak cantik....hihihihi.....


20.2.15

--- Temerloh, selepas beberapa bulan kejadian banjir ---

Datang lagi rupanya aku ke Temerloh. Hari tu dah datang selepas beberapa hari kejadian banjir. Kali ni aku datang sebab ada ambil job wedding kat Kg. Awah. Majlis member, Nasrul.

DSC01500

DSC01501

DSC01503

DSC01504

DSC01505

DSC01507

DSC01510

DSC01511

DSC01512

DSC01514

3.1.15

--- Bantuan di Kemaman 2 ---

Hari seterusnya, kami kembali ke Kemaman. Sampai di Kemaman dah malam dan kami tidur di opis Tuan Haji. Masa kami sampai tu, terdapat sebuah lori yang sarat dengan barang bantuan yang bakal diedarkan. Katanya ada 3 truck tapi 2 truck dah menuju ke Kelantan.

03 Jan 2015, jam 8.00 pagi kami dah mula ke base. Hujan renyai-renyai. Kami mula memunggahkan barang turun dari lori untuk proses agihan. Berkotal-kotak air minuman. Selain itu terdapat juga banyak pakaian yang disumbangkan.

DSC00457

DSC00459

DSC00467

DSC00470

DSC00473

Selain dari makanan, terdapat juga bantuan berupa pakaian terpakai. Haaaaaaaaaaa….bab ni macam nak shared sikit la. Masa dok kemas-kemas dan mengelas pakaian, macam-macam jenis pakaian yang dapat. Itu takper tapi cuba korang bayangkan, boxer terpakai pun orang derma.

This is not about condemn bantuan tapi agak-agak la kan. Ada yang bagi baju kebaya sendad, tight terkoyak, seluar budak yang getah dah longgar dan macam-macam lagi. Termasuk pakaian dalam wanita. Korang sendiri rasa macam mana? Nak hulurkan bantuan pun molek-molek la. Kan Nabi bagitau, kalu nak bagi hadiah tu, bagi sesuatu yang kita sendiri suka dan sayang. Bukannya bagi kain buruk. Sabor je lah.

DSC00477

IMAG2005

IMAG2010

IMAG2015

DSC00481

31.12.14

--- Menyertai Aktiviti Bantuan Banjir di Kemaman ---

Dalam pesbuk, twitter, instagram, berita televisyen……apa lagi media sosial yang tak sebut? Memaparkan banyak gambar-gambar banjir yang melanda Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Johor Timur. Paling teruk ialah Kelantan dengan mencatatkan bilangan mangsa banjir paling tinggi. Rasanya puluh ribu la mangsa banjir. Seriusly….dahsyat sangat.

Di samping gambar, terdapat juga pelbagai status-status berkaitan dengan banjir tersebut. Salahkan pihak itu la….pihak ini la…… Rasanya korang faham la kot permainannyakan.

Paling….paling…paling…..tak tahu nak cakap adalah apabila gambar PM bermain goft bersama Obama dikala negara dilanda ujian banjir teruk. No komen about that sebab tidak tahu perkara sebenar. That isu memang makanan haters. Komen banyak-banyak nanti kena tangkap.Annoyed

Kemudian, dalam kejadian banjir tu ada trajedi bot penyelamat yang terbalik dan mengorbankan sepasang suami isteri seterusnya menjadikan 6 orang anak mereka yatim piatu. Si isteri merupakan seorang guru. Suaminya aku tak pasti. Maafkan saya.

Antara berita yang aku baca yang aku masih ingat ialah mangsa-mangsa banjir naik ke atas bukit untuk mencari tempat perlindungan. Kemudian ada pula yang post tentang rayuan mangsa banjir yang terputus bekalan makanan.

Actually, banyak lagi. Takkan la aku nak cerita semuanya kat sini kan. Search sendiri ok…

Dalam banyak-banyak mangsa banjir tu, ada juga sahabat-sahabat aku yang juga turut menerima ujian tersebut. Semoga mereka tabah menjalani ujian Allah.

Detik dari itu, berpusu-pasu team bantuan cuba try masuk ke lokasi mangsa untuk membantu memberi bantuan. Antaranya En. Abdul Salam Adam. Bagus orangnya. Banyak jasa beliau. Semoga mendapat balasan yang setimpal dari Allah.

That time aku kat Alor Setar. Terus pasang niat nak join team-team sukarelawan tuk hantar bantuan. Target aku masa tu nak ke Manek Urai. Lokasi yang paling teruk terjejas dalam ujian Allah ini. Banjir di situ digambarkan seakan-akan tsunami kecil. Banjirnya meranapkan hampir keseluruhan penempatan kawasan tersebut. Hmmmmmm… Sedih tengok derita kesusahan yang ditanggung oleh mereka.

Namun hasrat tersebut agak susah tercapai sebab terdapat beberapa kekangan dari aku sendiri. Laluan untuk masuk ke sana tutup untuk semua kenderaan. Bagi mereka yang ada 4x4, no problem. Redah jer. Aku kan kereta kecil jer. Mana mampu nak redah lautan. Laluan yang dibenarkan lalu ialah melalui Muadzam. Jauh tuuuuuuuu….

Ok, saja nak selit sikit kes kenapa aku deactivate my facebook. Terjadi selepas aku post satu status di wall. Aku post berkaitan dengan isu ekonomi 2015 yang bakal merudum. Orang dok shared benda-benda cenggitukan. Then aku terbaca satu status member fb aku yang seolah-olah respon berkaitan dengan post aku tu. Aku baca dan macam seolah-olah dituju pada aku. Seolah-olah aku ni jenis tak prihatin dengan masyarakat. Ibarat aku pro goment la. So, malas nak fikir, terus deactivated… Crying face. Pendek kata sentap la. Hahahahahahaha…….

Back to story nak join bantuan, aku tekad nak drive jer. Tengok boleh sampai mana kan. Tapi aku dapat satu mesej dari Siti bertanya hal tersebut dan beliau bagitau ada team kat Kemaman. Dia nak follow. Am pun tetiba nak join. Kami set tuk naik Alza Am. Besar la skit berbanding keta aku yang kecil ni. Hihihihi……

31 Disember, seawal pagi, aku pun bergerak ke rumah Am area Gombak. Parking. Naik kereta Am menuju pula ke Kampung Dato Harun untuk ambil sedikit barang bantuan yang ingin diberikan kepada mangsa. Sekitar jam 10 pagi, aku dan Am terus menuju ke Batu Kikir untuk pick up Siti. Kami melalui Muadzam Shah, dan terus ke Chukai, Kemaman. Kami singgah di Muadzam untuk beli barangan keperluan untuk disumbangkan.

Tiba di sana petang. Basecamp tu bertentangan dengan Hospital Kemaman jer. Merupakan sebuah kedai makan. Atas panduan Shamera, kami pun sampai. Shamera ni antara sukarelawan kat area Kemaman ni. Ada area Kemaman ni yang tenggelam agak dahsyat gak la. Bersama beliau adalah Nas.

Ada lagi sukarelawan kat situ. Yang tolong-tolong packing barang.

DSC00287

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...