21.11.13

--- Jalan-Jalan Di Gili Trawangan, Lombok ---

sambungan Rinjani.....

19 November 2013
Alhamdulillah..... kami telah berjaya menjejakkan kaki di puncak Gunung Rinjani. Kami akan merindui detik-detik indah sepanjang pendakian tersebut. Tak per, yang lepas, biarkan ia menjadi kenangan. Apapun, tetap kecewa sedikit sebab tak pergi ke tasik dan keluar melalui Senaru. Huhuhuhu.....ok, pasni target nak repeat.... hihihihi.....

Kami menaiki transport menuju ke Gili Trawangan. For information, jalan-jalan ke Gili Trawangan tidak ada dalam tentatif asal. Tapi disebabkan kami turun awal dari jadual, maka kami isi dengan aktiviti ke pulau tersebut sementara menunggu hari ke Bali. Bermakna, ada pertambahan kos bagi trip ke gili ini.


Dalam perjalanan, kami melalui kawasan perkampungan yang penuh dengan tanaman pokok-pokok gajus. Di Lombok, buah tersebut dikenali sebagai 'jambu mente'. Penduduk sini mengusahakan biji gajus tersebut sebagai snek.

Langit tidak selalunya cerah. Dalam perjalanan, hujan beberapa kali turun membasahi bumi.

Perjalanan kami juga tidak sunyi dengan pelbagai cerita-cerita perihal masyarakat dan Pulau Lombok. Pak supir kami yg muka iras-iras Tokey Jambu ni tak putus-putus bercerita. Antara cerita yang paling menarik untuk di kongsi ialah mengenai Masjid Kuno Bayan.

Kebetulan masa itu kami memasuki perkampungan Bayan tersebut. Menurut supir, imam di sini boleh sembahyangkan untuk orang lain. Dalam ayat lain, solat boleh diwakilkan kepada imam. Haaaaaaa....macam terkejutkan? Selain itu, terdapat sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Kuno Bayan Beleq. Masjid tu tepi jalan utama jer. Pintu pagar la tepi jalan tapi masjid dia agak dalam sikit. Semasa kami melaluinya, hanya nampak sikit-sikit jer sebab dilindungi pokok-pokok dan pagar. Memang kuno.

Menurut supir lagi, sambutan MaulidurRasul di sini turut disajikan dengan tuak. Aku tidak selidiki dengan mendalam erti tuak tersebut. Adakah tuak tu merujuk kepada arak? Haaaaa......

Ini hanya cerita lisan jer ok. Korang boleh cari lagi maklumat dalam internet. Google jer. Aku tak der gambar masjid tu sebab tak berhenti untuk snap pun. Menurut supir, masjid tersebut tidak boleh dimasuki sebarangan orang. Tentang kesahihan fakta lisan ini, janganlah diambil serius. Kang ada yang nak bawa ke Kedutaan Indonesia tuk siasat. Silap-silap aku kena saman. No...no...no.... ini cuma cerita jer ok.

Uncle Saidin ada bertanya tentang tindakan oleh majlis agama Indonesia, namun jawapan oleh supir adalah tidak tahu. Katanya pihak majlis tidak boleh berbuat apa-apa. Supir juga menambah bahwa, amalan ini hanya di Bayan sahaja. Tidak melibatkan tempat-tempat lain.

Info tambahan, tidak ada orang India di Pulau Lombok. Oooooooo....... Menurut supir lagi, orang bukan Islam dihalau keluar dari pulau tersebut semasa zaman pemerintahan ___________ . Ok tak ingat. Betul ke Bohong? Wallah hualam.....

Meneruskan lagi perjalanan di pesisir pantai. Keindahan lautnya tidak membiru kerana langit diselubungi awan hitam yang membuatkan suasana menjadi mendung. Laut juga kelihatan sedikit bergelora.


Tiba di kawasan yang lain, di tanya oleh Uncle Saidin tentang hiasan yang di pacak di tepi jalan. Supir menjelaskan bahawa itu menandakan ada majlis kenduri kahwin. Pengantin perlu berarak sejauh 2km menuju ke rumah pengantin perempuan. Menariknya untuk dikongsi tentang tradisi perkahwinan di sini ialah, lelaki perlu melarikan atau menyembunyikan atau menculik perempuan yang bakal dikahwininya selama 2 atau 3 hari. Kemudian lelaki tersebut barulah pergi menjumpai keluarga perempuan dan menyampaikan hajat tersebut.

Ditanya mengapa amalan tersebut dilakukan, ini melambangkan kesungguhan lelaki tersebut. Dalam perkataan lain, HERO laaaaa. Kami juga bertanya kepada supir, adakah beliau juga melakukan demikian? Jawapannya, ya. Bapa kepada lelaki akan marah jika anak lelakinya tidak melakukan demikian jika ingin berkahwin.

Selain itu, bagi mana-mana wanita yang ingin dikahwini, tetapi tidak dilarikan, harga wanita tersebut akan jatuh. Ia juga melambangkan maruah yang rendah. Nilai seseorang wanita menjadi rendah juga boleh terjadi kepada mana-mana wanita yang dilarikan, tetapi tiba-tiba si lelaki tidak jadi mengahwininya. Selalunya, wanita tersebut akan lambat jodohnya kerana tidak ada lelaki yang mahu perempuan sedemikian. Bukan la tak kawin langsung, cuma selepas kejadian tu, makan bertahun-tahun la nak bertemu jodoh semula. Gi tuuuuu.....

Haaaaaaaa....pelikkan adat di sini. Sebab itulah, kita pernah mendengar kes-kes lelaki Lombok yang melarikan anak dara Malaysia tu. Bukan niat tidak baik, tetapi ia merupakan amalan budaya di sini.


Sekitar jam 5.30 petang, kami tiba di Bangsal Habour ( 8°23'36.89"S 116° 5'58.09"E ). Ketibaan kami boleh dikatakan agak lewat. Kena ingat bahawa gelap di Lombok adalah lebih cepat dari Malaysia. Hari dah semakin gelap. Cuaca pula agak berangin dan laut bergelora. Maka agak berisiko bot penambang untuk ke Pulau Gili Trawangan. Di sini kami mengalami sedikit masalah di mana tekong bot mengenakan bayaran mahal. Abang Juan macam tak puas hati. Perbincangan terus diadakan. Bagi meredakan ketegangan, Abg Juan ajak makan bakso dulu. Yeaahhhh.....!!!


Bakso petang itu dibelanja oleh Abang Lan. Ucap terima kasih pada beliau. Semangkuk, Rp 10000 jer.

Atas kegigihan Abg Juan dan Abg Jack, harga bot yang munasabah dipersetujui iaitu Rp 70000/seorang. Ok, jom2....... Perjalanan bot mengambil masa hampir sejam. Tapi kalau naik bot laju, rasanya kurang 30 minit dah sampai. Hihihihi..... Yang hairan tu, masa kami naik tu, tekong tu kasi plak orang awan lain naik dengan harga normal. Kenapa kami dikenakan harga mahal. Hmmmmm........




Terdapat 3 pulau berdekatan situ iaitu Gili Air, Gili Meno dan Gili Trawangan. Dikatakan Gili Trawangan paling cantik pantai dan airnya. Cantik ker?

Hari dah pun malam ketika kami menghampiri pantai Gili Trawangan. Rakan-rakan yang lain begitu teruja melihat kejernihan air pantainya. Nampak ikan-ikan katanya. Bot terus rapat ke pasir dan menurutkan penumpangnya. Ingatkan ada jeti. Hihihihi.....

Kami terus bergerak dengan membawa haversack mengikut Abg Juan ke penginapan. Masuk satu lorong dan tiba. Menurut Abg Juan, ini rest house rakannya. So mungkin dia boleh deal dengan harga kawan-kawan. 3 bilik di sewa.

Pengurusan diri.................................................

Kami keluar mencari makan malam. Lapar sangat dah ni. Kami makan di sebuah medan makan ala-ala pasar malam. Ramai pelancong antarabangsa. Bermacam-macam warna, macam-macam saiz dan macam-macam ragam. Abg Jack order macam tak makan seminggu. Akibatnya tak habis. Nafsu...nafsu...nafsu...



Selesai makan, kami berjalan-jalan sampai menuju ke hujung. Dalam perjalanan tu kami melalui bermacam-macam kedai. Paling banyak berkonsepkan pub dan club. Lebih kepada konsep Inggeris sebab pelancong banyak dari kalangan mat salleh. Bunyi muzik yang kuat....bla...bla....bla.... bosan tahap......



Kami berpatah balik dan aku akhirnya pulang ke penginapan. Yang lain masih ingan menikmati 'keseronokan' di Trawangan ini. Zzzzzzz.........

20 November 2013
Hujan turun dengan lebatnya pada awal pagi itu. Plan pagi ni nak mandi pantai dan snorkeling. Tunggu je lah dulu hujan berhenti. Uncle Saidin dah beriya-iya benar mengajak. Beliau dah semua siap tight semua lengkap. Abg Jept pula sedang membaca buku. Akademik sangat.......



Hujan dah renyai-renyai. Kami pun bergerak menuju ke tepian pantai. Sesampai jer di pantai, uncle Saidin terus berenang. Tak tahan katanya. Kami plak masih teragak-agak sebab sedang melihat-lihat port. Lagipun di tepi pantai tersebut banyak bot.

Yup betul, airnya jernih membiru dan pasirnya putih bersih. Namun kecantikkannya tidak menyerlah sepenuhnya kerana langit mendung sambil hujan masih renyai-renyai. Teringat Pulau Aur. Lebih kurang jer. So tak excited sangat. Lagipun aku memang kurang mesra dengan pantai. Hihihihi.......

Sambil dok usha-usha line tu, ada la yang datang dok offer snorkeling. Abg Juan yang expert pun nego-nego......dapat la harga yang berpatutan iaitu Rp 100000/seorang include google, kaki itik, life jacket dan bawa pusing-pusing laut dan snorkeling. Actually kan, tak ramai pelancong that time. Rasanya ramai belum bangun. Ye la, semalam dah berdisko dan minum-minum. Selain itu, menurut info daripada masyarakat tempatan, memang bukan peak season bagi pelancong-pelancong.

Camera aku time ni tak function sebab tak kalis air. Kamera murah la katakan. So pinjam gambar-gambar dari kamera depa je la.



Menariknya bot di sini ialah, terdapat bahagian plastik telus yang membolehkan pemandangan dalam air dapat dilihat dari atas bot. This is my firstime tengok. Good idea. So bagi mereka yang tidak bercadang untuk snorkeling, boleh lihat batu-batu karang dari atas bot jer. Wow.....







Lagi cerita menarik ialah, bangkai kapal yang di karamkan. Kapal besar ok. Kapal tu rosak sikit dan dah sampai tarikh luput. So dikaramkan sebagai tukun. Kami melihat menerusi kaca tersebut. Haaaaaaaaaa.....macam tengok ala-ala filem Titanic plak. Hahahaha..... kapal tu besar beb.








Ok , tak elok mandi lama-lama sangat. Nanti apa kata jiran-jiran kan. Moh ler kita balik.

Berjalan-jalan dah, mandi-mandi dah, snorkeling pun dah. Kami kembali ke rest house dan packing-packing. Kami akan check-out dan menuju ke destinasi seterusnya iaitu B A L I . . . .


Kami mula meninggalkan rest house dan bergerak menuju ke kaunter tiket. Sebelum berpisah, kami bersalaman dahulu dengan Mady dan Agni. Mereka menyambung 1 malam lagi bercuti di Trawangan ini. Kami mohon maaf jika ada tersalah silap sepanjang trip ini. Mana la tahu kan. In shaa Allah Jumpa lagi.

Jam sekitar 11.30 pagi. Kami mendapat tiket dan bot kami sekitar jam 12.00 tengah hari. Pada masa menunggu sekitar itu, kelihatan ramai pelancong-pelancong keluar masuk pulau Gili Trawangan ini. Tak kurang juga yang sedang menjalani aktiviti mandi-manda dan snorkeling.













Letih punya pasal, siap tertidur-tidur semua. Kecuali yang snap pic ni. Hahahahaha...... Setengah jam kemudian, kami pun sampai di Bangsal Habour. Siap sedia menunggu, kami punya supir.



Kami mula bergerak dari Bangsal Habour menyusuri pantai-pantai. Kami berhenti seketika di satu point of view ( 8°25'17.78"S 116° 2'42.50"E ) untuk menikmati pemandangan sekitar pantai dan Telok Malinbu. Dari point of view ini, boleh juga kelihatan 3 buah pulau gili. Perjalanan dari Bangsal ke sini, mengambil masa kira-kira 30 minit.

Di point of view ini terdapat sebuah gerai makan dan minum. Terdapat juga penjual-penjual kecilan. Dapat diperhatikan bahawa point of view ini sudah menjadi salah satu lokasi atau perhentian para wisata.






Sejam daripada point of view tadi, kami singgah di pusat ole ole. Nak beli buah tangan daripada Lombok katanya. Part ni memang merbahaya. Nampak itu nak beli, nampak ini nak beli. Baju biru dalam gambar tu, beli terus pakai. Haaaaaaa....nampak tak permainan di situ..... hihihihi......




Masa diambil melebihi sejam lebih untuk kami sampai di Pelabuhan Penyeberangan Lembar ( 8°43'44.42"S 116° 4'32.14"E ). Alhamdulillah, semuanya selamat tiba. Ticket pun dah di settle kan oleh Abg Juan dan supir-supirnya.





Sebelum berpisah, kami bersalaman terlebih dahulu dengan Abang Juan dan supir-supir. Terima kasih kepada Abg Juan atas kerjasama yang diberikan sepanjang kami di Lombok. Tak jemu-jemu melayan kerenah kami. Nak itu, nak ini. Kepada En supir-supir juga yang tidak jemu-jemu berbual dengan kami di dalam Kijang sepanjang perjalanan. Kami rasa amat-amat selesa atas kerjasama yang diberikan. Semoga ukhuwah ini berkekalan hingga akhir hayat. Amin.....



Feri ini menawarkan perkhidmatan yang sangat selesa. Besar sedikit dari feri Pulau Pinang. Tingkat bawah untuk kenderaan. Tingkat atas menempatkan ruang kabin yang selesa. Ada katil. cafe, surau, pentas, dan tayangan muvie. Serius, terbaik. Herge tiket untuk feri ini tidak mahal. Murah giler ok.









Setelah 5 jam dalam feri, kami pun tiba di Pelabuhan Padang Bai, Denpasar, Bali ( 8°31'59.59"S 115°30'27.80"E ). Jam menunjukkan 9.30 malam.

Ketibaan kami di sambut oleh Bapak Edy. Bersalaman dan memuat naik beg-beg ke dalam van. Tiba-tiba datang 3 orang yang tidak dikenali. Berkepala botak sedikit dan bertatu penuh di tangan hingga bahu. 2 orang lagi biasa-biasa sahaja. Dalam samar-samar, dengar tak dengar, dia kata, Bapak Edy tidak boleh pick up pelancong dari sini. Katanya lagi, kawasan ini ada organisasi yang menguruskannya. Dia la tu. Pelancong mesti menaiki angkutan dia dari sini dan di hantar ke lokasi ................ (entah tak tahu).

Bapak Edy cuba berbincang secara baik dan ingin membayar harga angkutan tersebut, Tapi beliau tidak mahu. Keadaan macam agak sedikit tak selesa.  Jumlah yang kena bayar ialah Rp 400000. Kami pun mengikut sahaja, dan menaiki angkutan yang nampak buruk tu. Beg, kami biarkan di dalam van Bapak Edy. Beliau akan mengikut dari belakang sehingga ke destinasi yang diturunkan.

Suasana dalam angkutan sepi. Uncle Saidin yang sebelum ni asyik bercakap pun senyap. Penat naik feri kot, tu yang senyap. Katanya....... Angkutan yang di bawa agak laju. Bumping bagai...... Lebih kurang sejam gak kot, kami di turunkan di tepi jalan di sebuah pintu gerbang jalan utama. Angkutan tu pun belah. Duit dah di bayar pada botak tadi.

Bapak Edy pun sampai dan kami pun naik. Pastu tetiba ada orang bercakap. Macam riuh sedikit. Laaaaaa.....ada orang rupanya. Hahahahahaha....... Menurut Bapak Edy, beliau pun tidak faham. Beliau dah bertahun-tahun buat business ni, tak tahu pula ada organisasi tu. Beliau menambah lagi, orang itu mabuk sbb macam bau arak.... bla...bla...bla... Malas nak story lagi bab tu. Sedikit tips, adjust masa korang agar tiba di Bali ini pada waktu siang bagi mengelakkan kejadian seperti ini.





Selesai hal tadi, Bapak Edy terus membawa kami ke penginapan, Q Hotel. Kami selamat tiba sekitar jam 11.00 malam. Check-in........... Di lobi hotel, tersedia menunggu ialah Uncle Suhaimi dan Auntie.

Kami keluar mencari makan kawasan sekitar tapi banyak yang dah tutup. Akhirnya lepak makan depan kedai 24 jam ala-ala 7E. Makan maggi je pun. Hahahahaha......


to be continue.......

19 comments:

  1. salam. kat sini dia benarkan pakai fins ye time snorkeling?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam...... boleh pakai fins.....hihihihihi

      Delete
  2. Tuah nk tnye bape costing supir kt lombok ni ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. @farish H ..... ok......susah nak cakap sebab transport atau supir tu dah dalam pakej mendaki sekali....... hihihihihi.....

      Delete
  3. salam, tuah. boleh tanya bulan brapa u pergi ke lombok? mase tu musim kemarau ke? sbb sye nk pg ke lombok, klu boleh waktu sawah die menghijau, sbb mmg ke lombok utk pemandangan, haritu ada tengok certain gambar dr blogger lain y dtg ke lombok waktu kemarau, and lombok nampak kering kontang. saya bercadang nak pegi bulan mac tahun depan. thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pergi bulan november...that time mmg sawah padi menghijau.....hihihihi

      Delete
  4. Hai. Boleh tak nak dapatakan nombor supir di lombok. Yg bro rekomen kan lah. boleh terus email sy di mudguard89@gmail.com

    terima kasih.. entry yg sangat membantu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuah,boleh xbg no pak supir..Sbb sya tgh mencari pak supir..awk email Saya Ana_selamba90@yahoo.com

      Delete
    2. Assalamualaikum, boleh tahu no tel pak supir tu ? email ikazaini94@yahoo.com TQ

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. SALAM PELANCONGAN DARI MELANCONG_MURAH_BALOI menyediakan pakej melancong ke Lombok dengan harga yabg cukup awesome dan berbaloi-baloi 😊 yang penting urusan di Malaysia, diyakini

    contact : 0175367426 Nurul Insyirah
    Email : melancongmurahbaloi@gmail.com
    Instagram : melancong_murah_baloi

    ReplyDelete
  7. salam,

    boleh x nk mintak contact num supir? thanks emel: mirahismail017@gmail.com

    ReplyDelete
  8. boleh mtak contact no supir di lombok x? pls email at die_1887@yahoo.com...thanks

    ReplyDelete
  9. Assalam, boleh mintak no contact supir? email saufiadam@yahoo.com

    ReplyDelete
  10. salam puan / tuan
    mohon maaf kami numpang promotion
    kami salah satu agency pelancongan bernama PT.RISFY HIDAYAH WISATA.yang sudah mempunyai legalitas.berada kat bukittinggi padang west sumatera indonesia.
    menawarkan belbagai pakej pelancongan bukittinggi – padang tour,medan tour.padang island’s tour.
    untuk information sila hubungi kami di talian
    phone / whatsapp : +6282169960060.(edward ardy)
    atau sila tengok di http://www.risfyhidayahgroup.blogspot.com
    inshaallah
    kepuasan pelanggan tujuan utama kami

    wassallam
    pt.risfy hidayah wisata

    (edward ardy)

    ReplyDelete
  11. As salam , boleh dapatkan no tel supir di lombok
    zarinayusofftmgs@rocketmail.com
    terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...