Saturday, January 23, 2016

--- Gunung Muntahak (Gunung Tahah) ---


Ok....entry kali ni tak nak cakap banyak. Nak buat se simple mungkin. Malas nak tulis panjang-panjang sebab bukannya ada orang baca dan aku pun sekarang memang dalam mode malas nak mengarang. Hihihi...

Aku bagi point-point penting je ok.
  • Tarikh trip, 23 Januari 2016.
  • Lokasi? Gunung Muntahak (Gunung Tahah), Kota Tinggi.
  • Ni trip member atas member. Aku join melalui Azizah. Bermakna aku tak kenal yang lain-lain. Owh....Lin pun ada join. Dengar citer pergi Pelepah Kiri. Gogo plak tu. Wow.....amazing...
  • Meeting point ialah di Masjid Jamek Kota Tinggi, Subuh di situ.
  • Trip daypack jer.
  • Aku tiba di Kota Tinggi sekitar jam 4 pagi. Terus ke Dewan Bandar Petri Jaya. Nama 'bandar' tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..........
  • So aku patah balik ke Kota Tinggi dan tunggu yang lain di masjid.
  • Jam 7 lebih kurang, kami mula bergerak menuju ke Dewan Bandar Petri Jaya. Singgah di Balai Polis Batu Ampat untuk bagi senarai nama. Gogo yang settlekan. Lupa nak mention yang gogo trip ni, Syed. Aku dengar orang panggil Syed. Harap-harap betul la. Hahahaha....
  • Masa berhenti tu, ada yang tapau breakfast.
  • Hampir jam 8, kami tiba. Sebuah pick up dah sedia menunggu. Kami pun cergas. Braekfast pun tak. Hahahaha....masukkan dalam beg jer lah.
  • Kemudian tiba 2 buah van pekerja.
  • 8,12 pagi, kenderaan bergerak menuju ke starting point.
  • View ladang kelapa sawit jer. Jangan nak mimpi view pergunungan salji k.
  • Perjalanan melalui ladang kelapa sawit ni tidaklah teruk sangat dan tidak mengambil masa yang lama. Kurang 30 minit dah sampai. Bagi 2 buah van, perjalanan terbantut kerana struktur jalan yang tidak sesuai. Pick up memang lepas sehingga ke drop point. Yang naik van, kena jalan kaki sedikit. 20 minit sebelum sampai ke drop point. Dari situ, semua berjalan kaki menuju ke Kem Buluh Perindu.
  • Di Kem Buluh Perindu ni, terdapat kemudahan pondok dan khemah yang didirikan oleh guide bagi kemudahan pengunjung.
  • Kami tiba di kem ini sekitar jam 9 pagi.
  • Dengar taklimat dari ketua guide iaitu En. Ali Aziz sebelum memulakan pendakian.
  • Trip ni rasanya santai jer kot sebab aku tengok ada yang bawa beg sandang tepi dan bawa bekas makanan di tangan. So santai k...
  • On trek, macam biasa, beberapa kali berhenti berehat sebab penat. Hahahahaha....
  • Terdapat banyak sejarah berkaitan gunung-gunung sekitar sini. Guide ada cerita serba sedikit. Aku takder la nak catit semua sejarah tu.
  • Masa trek juga aku sempat dengar, 'pakcik, berapa lama lagi nak sampai?', 'jauh lagi ke pakcik?', '3 jam tu termasuk dengan berhenti berehat ke pakcik?', 'dah pukul berapa ni? Bila nak sampai?'.......dan macam-macam lagi. Itu normal. Hahahahahaha...... #dongibap
  • Jam 12.07 pagi, kumpulan pertama sampai di puncak. Tahniah....!!! You wiiinnnnnn...!!!
  • Untuk rekod peribadi, aku tak terkentut pun masih trekking....KAHKAHKAHKAH...satu pencapaian yang membanggakan.
  • Selain itu, aku juga kurang berkomunikasi sebab baru nak berkenalan. Tapi itu bukan masalah besar. Better like that sebab aku memang kurang gemar berborak masa trekking kerana bercakap boleh meningkatkan penggunaan tenaga. Maka aku akan cepat penat. Bergantung pada mental masing-masing. Setiap individu berbeza tahap mentaliti. Lagi mental kalau bersoal jawab. Hahahahahaha......aku lebih suka senyum jer, kerana senyum akan membina saraf-saraf baru. Eh!!! betul ker fakta ni? Aku memandai jer. Hahahahahaha
  • Puncak Muntahak ni, tak ada view ok.
  • Tau dak apa yang dibawa dalam beg sandang tepi warna merah yang dibawa oleh gadis tadi? Satu set sandwich hokey. Terkezut aku. Memang terbaiklah buat gadis tersebut yang rajin buat sandwich.
  • Sedang enak menjamu selera, tetiba hujan turun. Cepat-cepat pasang fly. Tapi, ternyata, hujan tersebut hanya laluan jer. Suasana kembali cerah.
  • Hampir sejam kami di puncak, kami pun bersiap-siap untuk turun. Macam biasa, kami bergambar kumpulan. Mulanya kami bergambar berlatarbelakangkan signboard. Tapi cahaya kurang sesuai di situ. Kami cabut seketika dan ubah kedudukan bergambar. Kemudian, kami letak semula signboard tu di tempat asal. Dont worry.
  • Jika tadi masa pendakian terdapat banyak lori-lori bermuatan berat yang berhenti di tepi jalan, tetapi tidak masa turun. Semua dah macam ferarri. Berdesup turun. Sedar-sedar dah sampai air terjun. Kihkihkih... Jam 1 kami gerak, jam 3 petang kami sampai.
  • Rehat, solat, mandi dan berfoto.
  • Kemudian, kami sambung perjalanan turun ke Kem Buluh Perindu. Owh.....nama air terjun tadi ialah Jeram 7 Tingkat (4.44 petang). Jarak antara jeram dengan kem tidak jauh sangat.
  • Berehat seketika dan sambung kembali berjalan keluar. Naik van dan sampai di dewan. Buat pengurusan diri dan menuju ke destinasi masing-masing.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...