28.5.23

--- Lions Rugby 10s ---

Aku bukan official photographer bagi kejohanan UiTM 10s ini. Aku saja singgah jumpa dengan member. Terpandang pula ada game ragbi. Maka sambil-sambil tu aku shoot beberapa keping buat ada-ada jer. Boleh buat content. Hihihihi......

Disertai oleh seluruh cawangan UiTM dalam Malaysia. Namun begitu ada yang tidak sertai seperti Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Tekaan aku lagi, game ni juga bersempena Majlis Konvokesyen UiTM kali ke ............... (aku tidak tahu).

Gambar-gambar adalah secara random yer. Tak select mana-mana team. (Actually fokus pada UiTM Permatang Pauh). Tapi boleh pula terfokus pada game UiTM Dungun, Puncak Alam dan Shah Alam.




6.5.23

--- Trans BAS; Gua Ikan dan Kembali Pulang ---


Sekitar jam 4.30 pagi, terjaga dek kerana Mad dah nak gerak turun. Sempat bersalaman dengan beliau. Pastu tersambung tidur semula. Hihihi…. Semoga Mad selamat tiba dan dapat mengejar flightnya.

Jika ikutkan Labu dah kejut awal lagi sekitar jam 2.30 pagi sebab dah set nak pergi tengok star gazing. Hmmmm…..hampeh. Terlalu kusyuk sleep sampai malas nak bangun. Sorry Labu.

Subuh, bergegas bangun sebab nak layan sunrise lagi. Ketiadaan air paip menyebab kami terpaksa ke sungai untuk berwudhuk. Lincah-lincah. Paip dah tersumbat mungkin sebab hujan lebat.

Alhamdulillah, masih sempat Subuh dan kemudian lepak di air terjun. Cuma pagi ni tiada berpakaian baju Melayu sebab Mad dah bergerak pulang. Pagi ni layan biasa-biasa sahaja sambal kopi-kopi dan video Wes Anderson. Belum selesai rupanya. Tapi gambar tetap beribu-ribu berlatarbelakangkan sunrise. No ending story.

Pagi ini destinasi ialah turun semula ke stesen keretapi Dabong kerana nak layan gua-gua. Cut Off Time is jam 10.00 pagi. Hihihihi….




5.5.23

--- Trans BAS; Summit Attack to Baha, Ayam Dan Stong ---


Semalam sebelum melelapkan mata, gogo dah briefing sedikit tentang tentatif untuk hari ini.

Tentatif hari ini yang utama adalah menawan puncak Baha, Ayam dan Stong. Untuk awal paginya lepak dulu di air terjun untuk sunrise sambil berbaju melayu/raya.

So macam-macam aksi kita dapat lihat sepanjang layan sunrise ini. Tapi perkara yang paling aku kagum ialah mereka yang suka buat video. Pacak tripod kemudian beraksi sendiri depan phone. Mean ada kekuatan. Dari semalam lagi aku observe generasi z ni buat content. It mean they are very good and effort.

Kemudian mereka nak buat footage untuk tema Wes Anderson. Seriusly aku memang tak tahu tema tu. Katanya tengah in lately ni. Trend ni katanya bukan baru cuma dia comeback jer.





4.5.23

--- Trans BAS; Kem Baha ---


Ok, dalam train dah bertemu Labu (solo traveller terkenal. Separuh daripada Bumi pernah dijejakinya), Alan as gogo dan beberapa teammate atau line up, kami lepak di cafe. Borak-borak kosong.

Takkala Subuh menjelang maka ramailah content creater bersiap-siap untuk merakam moment atau pemandangan indah. Aku sleep jer...... Tak kreatif nak buat video content.

Pergi ke kantin untuk sarapan. Aduuuuu....Menu puuuunnnnnnn. Aku tengok orang buat review dalam TT macam menarik dengan menu berbagai dan coach surau yang lawa. Aiseh..... Satu lagi budak yang jaga kaunter kantin ni banyak main la. Tak serius dengan pelanggan. Tak fokus. #donereportKTM

Content creator



Kami selamat tiba di stesen Dabong sekitar jam 10 pagi plus minus. Masa turun pun memang ramai content creater busy itu ini. Hahahahaha......

Masih berkesemapatan bertemu dengan member-member dari daerah yang sama. Mereka dengan aktiviti mereka.

Geng bas sekolah

Saja bergurau dengan mereka naik bas sekolah ker....

Bertemu dengan guide dan beliau bertanya kenapa lambat sangat tiba? Mmmmmmm...... Tanpa membuang masa kami pun menaiki transport yang telah lama menunggu ketibaan kami. Cari kedai makan dulu untuk sarapan dan bungkus makan tengah hari.

Harga makanan kat sini murah dowwwwww........

Ok, kita bergerak pula ke starting point (Stong Hill Resort) pendakian untuk buat last packing or apa-apa yang patut. Barang yang dirasakan tidak perlu dibawa boleh ditinggalkan dalam van.

Pada awalnya gogo kata tiada ration yang akan kita bawa kerana semua guide dah settlekan. Tapi tetiba ada pula ration. Ada miss communication di situ. Tapi takper..... kena on juga. Repacking untuk tambahan ration.





3.5.23

--- Trans BAS ; Train to Dabong ---


PM member bertanyakan trip dihujung minggu sempena Wesak Day. Ok jumpa. Gunung Stong. On selalu.

Saja nak imbas kembali. Aku pernah plan nak naik train ke Dabong ni. Pergi balik jer. Tapi bila check tiket, lah kenapa train ni jalan malam jer. Habis tu aku nak healing apa jer dalam train dengan pemandangan malam luar jendela. So cancel je lah. Tapi untuk kali ini, di sebabkan ada aktiviti mendaki, aku pun on jer. Allah plan is Great. Cari tiket untuk sleeper coach. Habis. So ambil single seat (coach T1) sebab orang introvert ni kurang bersosial. #katanya.

Dari Mersing gerak sekitar jam 7 petang. Terus parking di KTM Kluang, 9 malam. Harga bayaran parking (Touch-n-Go) ialah RM5/day. Berjalan kaki ke McDonald berdekatan untuk isi perut. Sebelum jam 10 malam, aku dah kembali ke stesen. Terserempak pula dengan member-member yang turut serta ingin ke Dabong malam ini. Aiseh........ Adakah ini kebetulan atau jodoh? Ada Hafiz, Eizan, Fifi dan yang lain-lain.

Acah-acah macam terkejut la. Walhal aku dah agak kehadiran mereka sebab aku dah tahu dia orang nak ke Dabong dan parking situ. Ok, teruskan lakonan. 😂😂😂

Jam 10.00 malam lebih kurang, kedengaran pengumuman tentang train. Gate di buka. Berborak lagi. Masih berlakon.


Train tiba dan kami pun bergerak naik ke coach masing-masing. Teammate kebanyakannya akan naik di stesen Gemas. Mereka T2 kebanyakannya. Ada juga yang sleeper coach (T7 dan T8).

Letak barang terus tidur. Coach T1 ni seat dia 2 dan 1. Ada couple dan single. Memangdangkan aku single, maka seat single menjadi keutamaan.

Sesekali aku berjalan menjelajah ke coach lain sebab bosan juga dok lama-lama. Line plak hampeh. Sambil-sambil jalan tu harap terserempak dengan teammate la. Acah-acah ter gitu. Sebab aku belum pernah join trip dengan dia orang. Alan as gogo pun aku kenal dalam instagram jer. So aku sedikit cam la mukanya macam mana dan bila jumpa tu terus tegur. Yang lain nanti masa ice breaking. Labu? Labu naik dari stesen Mentakab. So lama lagi nak jumpa dia.

Sambung tidur.

Bangun dan jelajah lagi. Lepak kat member di sleeper coach. Balik ke seat. Begitulah ulang-ulang sehingga kami tiba di Dabong.

Train kami naiki tiada surau. Aku pun terfikir aku ni kat negara bukan Islam ke? Surau pun tak leh nak provide. In English we label it 'non Islamic compliance'. Wifi free? Jangan harap. Kat Nepal, tengah mendaki dalam hutan ke ABC dengan signal Edge pun boleh berinternet, tapi dalam Malaysia yang 5G pun....mmmm.... Bukan nak complaint tapi usul untuk tambah baik. Dituju kepada kementerian yang berkaitan. Duduk kat coach T1 yang harga tiket mahal pun soket tiada. Hmmmm...... Yang pelik tu, dalam toilet ada soket elektrik. Haish.....

Soket dalam tandas

Coach ini ada mic

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...