Showing posts with label Gunung Lambak. Show all posts
Showing posts with label Gunung Lambak. Show all posts

17.10.15

--- Gunung Lambak ---

Terletak di Kluang, Johor, Gunung Lambak ini berketinggian 510 meter dari paras laut. Di kaki gunung ini terdapat taman tema air dan kawasan rekreasi bagi masyarakat awam amnya dan penduduk Kluang khususnya.

Sedang mencari aktiviti mingguan yang ingin dijalankan, seorang teman mencadangkan Gunung Lambak. Aku pun ok selalu. Kemudian aku terfikir yang di Kluang ini ada 1 lagi gunung iaitu Gunung Belumut. So, aku macam kompius skit sebab salah satu gunung tu aku pernah naik tapi tak ingat. Maka aku berharap Gunung Lambak ini gunung yang satu lagi yang aku belum naik.

Sekitar jam 7 pagi, aku dan member bersarapan di Kluang Railway Coffee. Yup…merupakan antara kedai yang popular di Kluang ini. Firstime aku datang. Sambil sarapan, my friend pun story la tentang gunung yang nak di naiki ini. So, aku pun rasa Gunung Lambak ini pernah aku daki dulu. Layan jer lah.

Aku sempat bertanya, Lin dah sampai mana? Kata Azizah, dia on the way. Dia tak bersarapan ngan kita. Nanti dia bungkus nasi lemak tuk kita. Wow…!!!

Gogo yang akan mengetuai pendakian ini ialah Cik Na. Bersama-sama ini juga terdapat satu group yang dikenali Mukmin Bakcpackers. Ahli group ini terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada peguam, engineer, juruteknik, bank dan macam-macam.

DSC04369

DSC04371 copy

DSC04373

DSC04374

Semua pendaki dah sampai. Bersalaman dan berkenalan secara ringkas. Kami pun memulakan pendakian.

Owh… Rasanya ramai kot pendaki-pendaki kenal Cik Na kan. So tak perlu diperkenalkan lagi.

Selain daripada mendaki, gunung ini juga dijadikan tempat berjogging bagi masyarakat setempat. Kelihatan begitu ramai orang-orang beriadah di sini. Kami melalui trek berturap sebelum memasuki trek hutan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...