Pengurusan diri. Bangun awal makan pek kembara. Minum white coffee. Misi menghabiskan ration. Layan movie. Sempat lagi. Hahahahah.....Masih awal. Bas jam 10. Plan check out jam 9 pagi dengan mengambil taxi. Rate antara 8-10 yuan.
Masa packing tadi, Epy tanya tentang oksigen tank samada nak bawa atau tinggal. Kalau nak buang, rasa sayang sebab belum habis dan ada yang belum guna. Aku bagi cadangan agar bawa jer. Nanti di mesin scan kita tahu samada lepas atau tidak.
Tiba di station bas awal 30 minit. Tadi nak tahan taxi pun banyak yang tak dapat disebabkan ramai pelanggan. Waktu pagi kot. Orang nak pergi kerja. Dengan bantuan hostel boy, berjaya!!! Dia juga memberitahu taxi untuk ke stesen bas Shangri La (27°50'9.54"N, 99°42'36.93"E). Kalau tak, memang nak kena guna google translate lagi la.
Perjalanan hari ini ialah menuju ke Lijiang semula. Perjalanan mengambil masa 3 jam lebih. Sebelum berjalan, driver akan mengarahkan semua penumpang memakai tali pinggang. Sambil beri arahan, beliau akan berjalan membuat pemeriksaan. Baguskan...!!! Bas dah jalan. Ambil mode utk lena. Hahahaha....
Suhu semasa ialah 13 darjah Celsius.
Dalam perjalanan menuju ke Lijiang akan melalui TLG yang kami daki semalam. Hahahaha....
Tiba di Lijiang Bus Station (26°51'33.23"N, 100°14'4.71"E) dalam jam 1346.
Simpan luggage. Berjalan menuju Lijiang Old City. On the way tu ada jumpa beberapa kedai halal. Kami singgah di satu kedai untuk makan tengah hari.

