31.10.20

Jalan-Jalan Pantai

Pagi tadi kami di Bukit Panorama, seterusnya kami mengatur perjalanan balik ke Mersing. Aku plan kepada ustaz dan Hafiz agar kita singgah di beberapa lokasi pantai yang menarik pernah aku singgah. Sebelum ni aku singgah masa solo ride dengan Rs150. Maka aku nak shared tempat-tempat menarik tersebut. 

First lokasi adalah sekitar mmmmmmmmm....mmmmmmm.......ok, aku tak tahu nama lokasi sebab ia hanya tepi jalan utama jer. Lokasi boleh check di koordinat ini, 3°17'42.48"N, 103°25'49.20"E.

Kami singgah dan lepak kejap. Menghirup angin pantai.





Bukit Panorama

Seperti yang dirancang, seawal jam 5.30 pagi, kami check out. Solat Subuh di sebuah masjid tidak jauh dari hotel. Hujan sedikit renyai.

Di luar kereta hujan yang tadi renyai-renyai dah mula lebat. Kami bersarapan dengan roti dan biskut yang dibeli semalam di Tunas Manja. Detik dalam hati, "Boleh mendaki ke hujan-hujan ni? Mungkin kita lepak dulu dalam kereta sehingga hujan berhenti".

Hujan mula berhenti ketika kami dah mula masuk Sungai Lembing. Kelihatan banyak kereta pakir di kaki Bukit Panorama. Macam-macam ragam-ragam. Ada yang sedang tukar baju. Ada yang seakan-akan kesejukkan disebabkan kebasahan. Mungkin mereka ini mendaki seawal pagi kemudian hujan. Huhuhuhuhuhu......

Kami membuat persiapan diri untuk mendaki. Trek pendakian ini adalah bermula dengan anak tangga. Berakhir juga dengan anak tangga. Pacak dari mula sehingga puncak. So, warm up dulu k. Jangan terus mendaki. Takut semput nanti.


Antara pemandangan yang boleh dilihat

Jika penat, boleh berhenti berehat ambil nafas. Jangan tergesa-gesa. Layan dulu beberapa port view. Foto-foto dulu. Hihihihi.... Memandangkan pagi ini hujan maka sedikit berkabus. Hampir-hampir tak nampak pekan Sungai Lembing di bawah sana.

30.10.20

Singgah Sekejap di Taman Negeri Endau Rompin

Ia bermula dengan, "Ben, minggu ni apa plan?". Aku jawab, "Makan Sushi King".

Jam 9.00 pagi, dijemput oleh Hafiz dan Ust. Izan. Tq guys datang jemput. Hihihihi.... Tayar pun bergolek. Singgah makan di Nasi Kerabu Honey, Endau. Sambil makan, sempat membawang, "Kenapa geng-geng haritu tak suka makan kat sini ek?". Tiada jawapan sahih kerana semuanya hanya sekadar andaian.

Terus menuju ke Taman Negeri Endau Rompin. Ini bukan kali pertama aku datang ke sini. Firstime datang masa aku student di POLISAS. Kali ke dua bersama dengan Ust. Amir dan Akrmey. Ke tiga datang sorang. Ini, kali ke empat aku datang. Kali ke dua dan ke tiga tu ada sedikit kekeliruan urutan samada kejadian aku ditegur oleh perhilitan atau dengan Akrmey dulu.

Masa mula-mula masuk tadi kami sesat sikit iaitu kami terlepas simpang. Kami patah balik selepas bertanya dengan pekerja ladang. Alhamdulillah, selamat sampai.

Kali ini datang, dah ada gate. Nak masuk kena bayar RM30 per kepala. Aku cakap, "mahalnya", sambil menghulurkan duit. Bising-bising tapi bayar. Dah alang-alang datang. Guide cakap, nanti kat dalam, akan ada staf tunggu. Ada sedikit feel-feel macam filem Jurassic Park. Nampak staff dia semua pakai pakaian uniform yang sama.


Pertama sekali, kami dibawa masuk ke dalam galeri dan diakhiri tayangan video. Menarik..... Ada kuiz-kuiz tanpa hadiah. Sekadar menguji pengetahuan am.

Selesai itu, aku sempat berbual dengan staf. Tak tanya nama plak. Takper. Hasil perbualan tersebut, katanya taman dengan konsep terbaru ini bermula pada awal tahun 2020. Ia diswastakan kepada sebuah syarikat atau individu yang sama menguruskan Pulau ______ . 

Bagus la. Nampak sikit terurus. Good job guys. Nak banyak info, mudah jer sekarang. Aku bantu korang. Layari ni https://rompinpark.my/.

29.10.20

Firstime Offroad bersama MTB

#mrct #mersing #mountainbike #bukitpondok

Ok, hasrat untuk offroad tertunai kali ini.

Jam 7.30 pagi mula berkumpul di depan 7E, Bangunan MARA. Bertentangan dengan Timotel Hotel. Dapat juga join bersama tean MRCT.

Jam 8.00 pagi, kami mula kayuh. Tunggu orang itu, tunggu orang ini....tak sampai-sampai. Hahahahaha......


24.10.20

Bukit Selantai

Di Besut terkenal dengan Bukit Keluang. Di Semenyih popular dengan Broga. Beberapa bukit terkenal lain seperti Berekeh, Bukit Besi, Denai 3 Puteri dan lain-lain. Semua bukit ni boleh dikatakan sangat popular untuk pendakian santai pada hujung minggu. Di insta pastinya dipenuhi dengan aktiviti di bukit-bukit yang disebutkan.

Mersing....yes, Mersing pun ada. Aku tak pasti samada terkenal atau tidak. Sejak bila ia mula menjadi tumpuan walaupun aku dah kat sini hampir sepuluh tahun.

Bukit Selantai........gelaran diberi. Sejak beberapa minggu ini mula menjadi bualan di dalam group-group whatsapp. Pastinya ia memenuhi aktiviti mingguan orang-orang Mersing. Bukit ini sering menjadi tumpuan kumpulan-kumpulan mountain bike. Setiap minggu banyak kumpulan juga yang mendaki ke puncak bukit tersebut.

Alhamdulillah...kali ini aku berpeluang mendakinya walaupun terpaksa mengorbankan Halim yang dah plan ajak ngayuh ke Jemaluang. Hahahahahaha....sorry Halim. Kalau Hanif tak sebut pasal mendaki, pastinya kayuhan kita berjaya.

Jam 7.30 pagi dah berada di lokasi perjumpaan (maaf, lokasi tidak dapat didedahkan). Kemudian tiba lagi seorang sahabat dan guide. Dengan 2 buah kereta, kami pun bergerak ke Air Papan. Parking dan buat persiapan.

Sebelum-sebelum ni aku yang selalu berbasikal ke sini pun tak perasan yang dah ada pintu gerbang rupanya.



16.10.20

Kayuh ke Jemaluang

Kelmarin dah kayuh 10 km lebih. Pastu plan nak ride lagi pada hari Sabtu ke Penyabung.

Tapi disebabkan Sabtu aku ada plan lain, terpaksa cancel. Halim kata ok. Kebetulan plak dalam group ada post kata nak kayuh ke Jemaluang pada pagi Jumaat, aku terus on.

Kenapa terus on? Sebab ini peluang. Kalau nak kayuh sorang-sorang mungkin tak sampai. Jemaluang ni bagi aku memang jauh la. Tak pernah terfikir nak kayuh ke sana. Tapi selepas aku sampai, rupa-rupanya tak jauh mana pun. Hahahahahaha.....

Alhamdulillah...selamat sampai. Siap ada tasik. Berbaloi. Pergi balik 44.1 km.

12.10.20

Track Baru

Macam biasa, Halim akan mesej ajak ride. Katanya petang ni ada group. Wow...... Rupa-rupanya ustaz Ali seorang jer. Cis....Petang ni ada track baru iaitu menuju ke loji air. Dalam 12 km sehala.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...