Wednesday, June 17, 2015

--- Gunung Rajah, last wishlist ---

Anjuran :

Malaysian Outdoor and Nature Lover ( MONeL ) & Outdoor Gateway

Tarikh trip:

13 ~ 14 Jun 2015

Pengurusan oleh :

Arep & Faiz

*Entry kali ni, gambar turut disumbang oleh Abg Zul. Lawa gambaq dia…

Gunung ini berketinggian 1684 m (dpl). Terletak di dalam daerah Bentong, Pahang Darul Makmur.

Ok, untuk trip kali ni disertai oleh 42 orang termasuk organizer. Telah disusun oleh Arep, tugas shooter diberikan pada Mimo (guider) dan Bad (Rambo). Center ditugaskan pada Ayat dan Myra. Sweeper pula ialah Arep dan Radhi. Secara detail lagi, 23 peserta adalah dari Outdoor Gateway, 15 dari MONeL dan 4 adalah cap ayam. Cap Ayam? Mmmmm…tak pernah dengar. Hahahaha…

12 Jun 2015, malam, para peserta mula bergerak menuju ke Masjid Chamang, Bentong. Pergerakan secara carpool. Semua jumpa di sana k. Aku last minit join sebab baru ada sedikit masa.

13 Jun 2015, Subuh. Pengurusan diri. Ration? Owh….ration dah diagihkan oleh Faiz di station Gombak lagi. Hihihihihi Smile… Sempat berkenalan dengan beberapa orang peserta. Kemudian kami sarapan pagi.

Kami bergerak menuju ke Hutan Lipur Air Terjun Chamang. Parking kereta dan membuat persiapan terakhir sebelum pendakian.

Masa sibuk-sibuk membuat persiapan, pengawal keselamatan minta kami parking di luar sana. Tidak boleh parking sini sebab mengganggu pengunjung hujung minggu. Namun, atas kebijaksanaan Arep dan Faiz, kebenaran diluluskan dengan syarat.

DSC00003 copy

DSC00004

DSC00005

Macam biasa, gelagat sebelum trekking ni. Semua happy. Gambar sana, gambar sini, gambar situ. Moment la katakan. Ada gurau senda. Didik hibur. Ada yang nyanyi-nyanyi. Jalan pimpin tangan. Hihihihihi…….. Nanti kita tengok plak masa trekking. Hahahahaha….

Monday, June 8, 2015

--- Annapurna Base Camp 8 (final) ---

05 Jun 2015… Ok., tak sabar nak balik. Eh! Hahahaha… Breakfast dah siap jam 06:40. Jam 07:00 kami memulakan perjalanan.
Sejam kemudian, kami sampai di Bamboo (07:58). Sinuwa jam 09:37. Tengok balik ke belakang, boleh nampak Dovan di lembah sana.
DSC05405
Dari Sinuwa, kami menuruni lembah untuk ke Chhomrong. Hadapi azab tangga dengan penuh tabah ok. Hahahaha…
DSC05407
DSC05412
DSC05415

Thursday, June 4, 2015

--- Annapurna Base Camp 7 ---

04 Jun 2015… Macam biasa, bangun pagi dan membuat pengurusan diri. Yup…hari ni kami akan turun meninggalkan ABC.

Rasa sedih? Owh…taklah. Naper nak sedih plak? Huhuhuhu… Perjalanan turun berjalan dengan lancar. Pengalaman sepanjang berada di sini tak mungkin mudah dilupakan. Ini antara pengalaman yang menarik pernah dirasai. Walaupun kami hanya berlima, kami suksess. Syukur.

DSC05329

DSC05331

DSC05332

DSC05334

DSC05336

DSC05338

DSC05341

Wednesday, June 3, 2015

--- Annapurna Base Camp 6 ---

03 Jun 2015… Hari ke dua di ABC. Selamat pagi ABC… Kesejukan menyebabkan malasnya nak bangun dan nak keluar dari selimut. Tapi aku gagahi jua sebab dah tak tahan nak kencing.

Bilik air guest house yang kami duduk ni plak tak ada pili. Air kalau habis, nanti diaorang isi. So nak ambil wuduk tak ada. Arghhhh…!!! Aku pun terfikir sungai kecil kat luar. Terpaksa tanggalkan baju sejuk bagai. Ambil wuduk. Perghhhhhh…..sejuk dia sampai kebas dan tak rasa apa-apa tangan semua. This not joke.

Alhamdulillah…yang fardhu berjaya ditunaikan.

Di dinning room ni terdapat satu artikel tentang seorang individu yang dikenali Anatoli Boukreev. Warganegara Rusia. Beliau meninggal dunia dalam tragedi salji runtuh semasa mendaki Annapurna 1 peak pada 25 Disember 1997. Usia beliau ketika itu 39 tahun. Beliau ni jenis suka mendaki secara solo. Beliau juga dikatakan tidak menggunakan tabung oksigen pada ketinggian 8000 meter. Beliau berjaya menawan 18 puncak yang berketinggian 8000 meter antara tahun 1989 hingga 1997. Dalam 18 puncak itu, beliau berjaya menawan Everest sebanyak 4 kali. Banyak lagi info tentang beliau berkaitan isteri dan anak beliau, boleh google ok. Jangan nak malas sangat.

Lepak di dining room sambil tunggu breakfast. Sementara tu bersedia dengan kamera. Layan view dan snap pic warna keemasan takkala cahaya matahari menyinari puncak-puncak Annapurna Range.

Ok, just shared a info, dari ABC ni kita dapat melihat banyak puncak-puncak. Puncak paling tinggi dikenali Annapurna 1 (8091 meter). That why, basecamp ni diberi nama Annapurna Base Camp. Puncak lain adalah seperti Bharha Chuli juga dikenali Annapurna Fang (7647 meter), Annapurna 3 (7555 meter), Annapurna South (7219 meter), dan banyak lagi.

DSC05246

DSC05247

DSC05248

DSC05249

DSC05250

DSC05251

Tuesday, June 2, 2015

--- Annapurna Base Camp 5 ---

02 Jun 2015… Semalam tidur tak nyenyak. Rasanya aku terjaga 5 kali lebih. Tidur…jaga…tidur…jaga…tidur…jaga… Sejuk la katakan. Kalau nak kencing, memang tahan sampai pagi. Bukannya apa, kalau buka jer blanket tu, memang sejuk giler. Hidung aku macam biasa bila sejuk melampau, akan berdarah. Jerol? Tak dengar bunyi apa-apa pun. Tidur nyenyak la tu. Mmmmm…

Ambil wuduk, solat Subuh dan terus pengurusan diri. Tak ada masa nak termenung-menung ni. Termenung tu kira power la sebab dapat serap sejuk. Hahahaha…

Belom sempat Hari datang sebut ‘breakfast ready’, kami dah bersiap sedia di dining room. Kelihatan pendaki Singapore tu dah nak berjalan bersama dengan potternya. Mat salleh tu lagi la awal. Kami pun dah tak nampak dia pagi tu. Dia mendaki secara solo tanpa potter. Omputih memang cenggitu. Hmmm…

Menu pagi ni roti gurung, sup cendawan dan black tea. Hari ni kami mendaki lebih awal dari biasa. Jam 6.30 kami dah siap dan mula bergerak.

Destinasi hari ini pastinya Annapurna Base Camp. Horeeeeyyyyy…!!!

Sebelum gerak, jangan lupa bayar duit wifi (Rs 300) ok. Bagi yang tak ada air masak (Rs 150), isi siap-siap.

DSC05145

DSC05146

DSC05149

IMAG3001 copy

Kelajuan potter berjalan menyebabkan kami lost trek sedikit. Tercari-cari trek mana yang di lalui potter. But, dengan adanya Jerol, kami bangkit semula dan menjumpai laluan. Syukur.

Menyaksikan sungai yang begitu deras airnya terasa kagum dan sedikit gerun.

Pendakian hari ini semakin mencabar. Bukan trek yang menjadi halangan utama tetapi ketinggian dan suhu. Hari ni aku pakaian baju lebih satu lapis lagi kerna sejuk menggigit. 3 lapis la maknanya.

Pemandangan? Terlalu sukar untuk dinyatakan dengan kata-kata. Begitu indah. Tak sangka aku diberi peluang untuk melihat keindahan dan kuasaan Mu. Ini baru sedikit yang diperlihatkan. Allahhuakhbar…

Sepanjang trek menuju ke ABC ni, trek dari Duerali tu MBC paling aku suka. Yup…….paling suka. Sebab? Sebab ada sungai dan ….dan….dan…dan….owh….tak tau nak cakap apa. Memang suka. Photoshoot kat sini pastinya superb. Kiri kanan gunung yang besar. Then ada sungai di bawah dan tengah-tengahnya. Arghhhhhh……….cantek giler.

Monday, June 1, 2015

--- Annapurna Base Camp 4 ---

01 Jun 2015… Bangun Subuh dan membuat pengurusan diri. Pastu keluar bilik layan view sambil snap-snap gambar. Semalam view petang, ni view pagi. Lain maaaaaa…

Pastu tunggu Hari panggil, ‘breakfast ready’. Hahahaha…. Kadang-kadang belum sempat dia sebut, kami dah ajuk. Dia pun tergelak. Hahahaha….. Nampak tak kemesraan kami. Begituuuuu…

Sarapan pagi ini ialah roti planta yang telah di bakar dan sup potato serta teh panas. Sedap menu pagi ni. Tapi sayang, potionnya sikit. Roti dua keping jer. Mohon makan berat next time. Ye la, guna tenaga maaaaa… Owh, anda boleh berbuat demikian dengan menggunakan bayaran sendiri. Hahahahaha……yang diorder ni berdasarkan baget company. Begituuuuuu…

Macam selalu, jam 8.00 pagi, kami dah gerak.

IMAG2924

DSC05065

DSC05066

IMAG2925 copy

IMAG2926 copy

IMAG2928

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...