18.10.17

--- Mersing Island Hoping ---

Sebelum nak start menulis, ku ucapkan selamat menyambut Pesta Cahaya kepada kaum India di seluruh tanah air yang tercinta ini.

Rencananya nak balik kampung cuti umum ni tapi disebabkan tiket ETS dah kehabisan stok maka mereputlah di Mersing ini. Otak dah fikir aktiviti sebab Khamis pun aku dah mohon cuti. Yes..... Shima. Aku terus whatsapp Shima bertanyakan tentang pakej island hoping. Ok, ada katanya. Aku terus booked untuk join.

Pergi ngan siapa? Lone ranger jer. Mudah rasanya.

Seperti yang ditawarkan oleh Shima, Bluewater menawarkan 2 pakej. Day trip dan trip 2 hari 1 malam. Bezanya cuma kemudahan penginapan jer. Harga juga berbeza la bila dah ada hotel.

Selepas dah deal untuk join this activity, aku terus di add ke dalam group whatsapp. Kata Shima, mudah nak salurkan maklumat. hashtaq katanya.

Seperti yang telah diberitahu dalam group, kami semu diminta utuk berkumpul di depan office atau kaunter pada jam 7.45 pagi. Alhamdulillah....aku paling awal. Yeaahhhh...amat jarang-jarang aku ni datang awal. Hahahahahahahahahaha....

Dalam group ada yang masih bertanya nak parking di mana? Parking berbayar atau tepi jalan? Ada juga yang bertanya, kasut perlu atau tidak? Hahahahahahahahahaha....... Aku tengok untie yang dalam Kaunter 13 tu dah tak keruan. Mungkin dah tunggu terlalu lama kot. I dont no.

Apapun....jarum jam terus bergerak tanpa halangan. Hampir jam 8.30 pagi, bot baru nak merapati jeti. Ok, semua dah tak sabar nak ber island hoping. Jom......

2 buah bot meluncur laju di atas ketenangan laut menuju ke 'pulau rahsia'. Katanya, kami akan breakfast di sana.

Maklumat tambahan


Sambil meluncur laju, kami punya pemandu bercerita tentang pulau-pulau di sekitar sini. Dalam masa yang sama, ada pelancong-pelancong yang bertanya soalan. Rasanya Pulau Aur paling banyak ditanya. I was suspen why people keep asking about Pulau Aur?  Ada apa di pulau tu? Satu lagi tentang Cikgu Mat. Who Cikgu Mat? Mmmmm....mungkin saudara mereka kot. I guess.

Takper.....mungkin itu yang sentiasa bermain-main difikiran.




Kurang 15 minit perjalanan, kami pun sampai ke 'pulau rahsia' yang diperkatakan. Pulau kecil ini sebenarnya berada di antara Pulau Seri Buat dan Pulau Sembilang. Yeaaa.....cantik pulaunya. Kecil dan comel. Hahahahahahaahahaha.....

Mandi manda...

Pulau Rahsia

14.10.17

--- Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3.1 ---

Ok....ni adalah kesinambungan daripada kursus yang lalu iaitu Peringkat 1 yang telah diadakan di SMK Yong Peng. Kali ini, ia dibuat di Kem Jubli Intan Tanjung Laboh. Berlangsung dari 12 hingga 14 Oktober. Ok......tak tahu kan? Sebab tak banyak entry yang lalu la tu. Mmmmmm.....takpe-takpe, saya tak marah awak pun. Saya tahu awak bz. Hahahahahahahaa....

Peringkat 3A atau boleh disebut 3.1 ni adalah peringkat yang lebih praktikal atau fizikal. Ye la....lagi tinggi level lagi ketat la dia punya task. Kursus kepimpinan ok.

Antara task-task yang difokuskan dalam peringkat ini ialah pembinaan gajet dalam kawasan perkhemahan sekawan. Setiap pagi akan ada pemeriksaan pagi oleh jurulatih. Masak sendiri. Istiadat Pagi pula perlu lebih mantap.

Owh....dalam kursus kali ini, bukan sahaja PKK. Turut serta ialah PM. Bukan Perdana Menteri atau 'personal message' tapi P E N G A K A P   M U D A. Pengakap Remaja tiada penyertaan.

Menurut jurulatih, kursus manikayu negeri Johor ini telah suram selama 2 tahun. Setelah 2 tahun krik...krik...kini baru muncul semula. Maka, para jurulatih sedaya upaya cuba menyelesaikan kursus ini dalam tahun ini juga. In shaa Allah....

Antara perkara dalam kursus ini yang aku ingat dan memberi pengajaran kepada kita ialah sesi Istiadat Pagi. Kenapa...kenapa....? Istiadat tu memang tiada apa-apa tapi pagi tersebut ia dihadiri oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor secara tiba-tiba. Kami pula tak buat raptai. Bila tak buat raptai dicampur dengan nerbes, maka ada la kelompangan-kelompangan dalam istiadat tu.

Maka jurulatih melahir rasa kurang berpuashati dan sedikit malu. Kata beliau, pada peringkat ini, sepatutnya perkara-perkara ini tidak patut berlaku. Adakah sijil atau pengiktiraf sebelum seperti tiada kualiti. Beliau mohon semua peserta kursus ambil iktibar dan buat perubahan pada next istiadat. Dont make mistake again.

Yang atas tu serius ok. Dalam ucapannya itu, dari segi suara dan raut wajah telah menggambarkan kekecewaannya. Please take noted. Harapan beliau satu sahaja, pemimpin yang bakal lahir ini adalah yang terbaik dari kalangan terbaik.

Kami akui kelemahan kami dan bertekad untuk buat yang lebih baik.

Selain itu tentang malam kebudayaan. Alahai....aku memang lemah bab-bab persembahan ni sebab aku tak kreatif dan pemalu. Tengok tentatif tak ada. Maka aku memang happy giler. Tapi tetiba boleh ada pula. Katanya aktiviti selingan. Alaaaaaaaaaaahai.........

Dalam kursus ini juga kami telah diberikan tugasan (tesis pendek) yang akan dibentangkan pada Kursus Kepimpinan Manikayu 3B. Dua tugasan sebenarnya. Tadi assigment. Satu lagi Projek Perintis. Projek perintis ini mengkehendaki setiap peserta membina model menara tinjau. Hihihihi....

Kursus seterusnya bakal diadakan di bulan Disember. Jumpa kat sana nanti ok. Aku harap-harap tak ada la malam kebudayaan. Hahahahahahahahahahahahahahaha.....

Pasukan Mersing








Pembentangan aktiviti

Aktiviti merebus telur mungkin




Ucapan dalam sesi penutup oleh Ketua Jurulatih







7.10.17

--- KeReX Paintball Layak ke Peringkat Seterusnya ---

T A H N I A H !!!

Kelab Rekreasi dan Sukan Ekstrem UTeM (KeReX)


Save the date 25 November
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...