30.10.16

--- Perjumpaan Pertama Paru Paru Dunia Line Up ---

Lepas aku jalan-jalan pekan Gopeng yang tak sebesar mana ini, aku lepak kat masjid. Solat Zuhur...pastu lena. Terjaga. Tengok whatsapp. Takder apa-apa update kat group Paru Paru. Hmmmm....tengok jam. Dah melewati jam 2 petang.

Aku saja mesej kat group kot-kot ada respon. Mmmmmm.....hampa. Sambung tidur.

Sekitar jam 2.36, ada mesej kat group oleh Abg Lan, gogo Peparu. Rasa happy.

Jam 3.30 petang, dapat arahan supaya follow map yang diberi sebab mereka berkumpul di sana.

Actually mereka rafting pagi tadi sebelum meeting. Aku tak join raft sebab fobia air sejak kes lopek hampir karam kat Pulau Aur tempoh hari. Huhuhuhu..... Ni fobia kedua aku selepas kejadian flight masa ke India hari tu.


Alhamdulillah...selamat sampai dan berjumpa dengan rakan-rakan line up Paru Paru. Selepas bersalaman dan order makan, meeting pun dimulai.

Abg Jept memulakan bicara aluan. Kemudian bertukar kepada Abang Lan sebagai Ketua Ekspedisi. Berikut antara butiran yang dibincangkan, dikongsi dan perlu diketahui oleh peserta :

  • Elakkan tidur di open area. Maksud kata, semua orang akan tidur dalam tent bagi mengelakkan hypothermia. Tent disediakan.
  • Pakej RM1700 is cover transport (not flight), porter, permit.
  • 2 orang untuk 1 porter. Jumlah semua 7 orang porter.
  • Paru Paru bukan komersial trip or place.
  • Hutan Hujan Terpanjang di Asia.
  • 1 hari pendakian lebih kurang 9 - 10 jam. #wow...!!!
  • Perjalanan dari airport ke basecamp mengambil masa 19 - 20 jam perjalanan darat. #amazing
  • Trip ni ada sponsor. In shaa Allah. Doa-doakan. Dalam usaha Abang Lan.
  • Paru Paru Dunia ni sangat bagus for your profile atau achievement sebagai pendaki.
  • Abang Lan ada menerangkan check point yang bakal dilalui. Tapi aku malas nak tulis sebab tak tahu. Hahahahaha.....google sendiri je lah k.
  • Pendakian ini sangat-sangat menguji ketahanan mental dan fizikal. #akudahrisau.
  • Flora dan Fauna yang bakal ditemui dalam trip ni sangat-sangat wow.
  • Kamera WAJIB. Hahahahahahahahaha...... Bateri pandai-pandai la nak buat macam mana. Nak bawa 10 powerbank ka.....solar ka.......
  • Antara keunikan Paru Paru Dunia, setiap puncak ada sumber air. Maka jangan risau. #lega
  • 21 Nov akan ada sidang akhbar berkaitan trip ni. #waaaaaaaaaaaa
  • List keperluan barang trip, sila rujuk dalam group.
  • Antara gelaran yang diberikan 'Negeri Serpihan Syurga' atau 'Negeri Seribu Gunung'.
  • Kasut paling sesuai ialah KASUT GETAH.










Ok....sebenarnya aku tak kenal Abang Lan ni. Trekking bersama kompom la tak pernah. So this is first meeting. Walaupun aku tak kenal tapi selepas apa yang beliau kongsi dan dan bentangkan tentang trip ni, boleh agak yang beliau bukan sebarangan orang dalam dunia hikking ni. Mean ada ilmu la. Haaaaaaaaaaa....... Mungkin dia sebaris dengan Abang Deno. Tengok pic bawah ni. Tu antara kejayaan yang pernah beliau lalui. Korang ada pernah masuk majalah cenggini? Haaaaaaaaa.....tak pernahkan. Hahahahahahha..... Siap jadi cover majalah lagi ok.


Sekitar jam 6.30 petang, kami pun bersurai.

"Walaupun semua gunung tertinggi dalam dunia ni berjaya  didaki, itu bukan bermakna semua bukit-bukit kecil dapat ko tawan" abang Lan.

Seketika Di Pekan Gopeng, Muzium Gopeng

Di kesempatan cuti Deepavali ni, saja la nak jalan-jalan tengok kawasan. Hahahaha..... Kebetulan pula ada meeting atau perjumpaan dengan geng-geng trip yang dibuat di pekan kecil Gopeng ini.

Pada mulanya aku membayangkan Pekan Gopeng ni tempat persinggahan masa nak pergi Tasik Banding dulu. Hahahahaha....salah rupanya bayangan aku. Itu Pekan Grik. Hihihi....

Mengambil masa 2 jam lebih memandu dengan kereta dari Putrajaya, aku tiba di pekan ni sekitar jam 11 pagi. Terus cari KFC sebab katanya meeting point pagi tadi di situ. Sambil menunggu diaorang rafting di Sungai Kampar, aku pusing-pusing dulu. Aku sempat google 'Menarik Di Gopeng'. Ada la beberapa blogger shared their informasi. Kebanyakkannya menyenaraikan 4 tourist attraction.

Dari 4 tu aku pilih satu jer. Muzium Gopeng. 3 yang lain tu tak minat sangat. So inilah apa yang aku jumpa. Menarik juga muzium ini walaupun kecil.












2.10.16

--- Mendaki Batu Cina dengan Our Touch Community Service ---

Seperti yang telah direncanakan, hari ni kami akan meneruskan aktiviti cuti-cuti kami dengan mendaki Batu Cina. Yup, Batu Cina. Daya tarikkan ini tidak dapat dipisahkan dari Pulau Aur. Tak lengkap rasanya jika datang ke pulau ini tapi tidak mendaki ke sana. Itu apa yang diceritakan dalam kebanyakkan blog-blog yang kami baca sebelum sampai ke sini.

Oleh itu, untuk melengkapkannya, kami pun memdaki jugalah. Pendakian ini di pandu oleh Awie. Beliau merupakan salah seorang pekerja Blue Water Resort dan juga merupakan anak jati pulau. Ayanhnya imam di Masjid Jamek Pulau Aur.

Ada briefing tak sebelum mendaki? Takder dan tak perlu sebab kebanyakkan sukarelawan ini too many pengalaman. So they know do and dont in trekking.

By the way, aktiviti petang ni terbahagi kepada 2 kumpulan dan 2 aktiviti. Satu kumpulan nak mengelilingi pulau dengan menaiki lopek. Manakala sebahagian lain ingin mendaki. So we goes with that plan. The choice is setup.

Sorry tercakap mat salleh.

Dari bawah dah boleh lihat batu tersebut. Merupakan mercu tanda. Dari resort, kami naik dan turun melalui trek bersimen sehingga kami tiba di sebuah rumah usang. Dari rumah usang tersebut, terus pacak naik menuju ke Batu Cina.

Kebetulan ada satu group pelancong dalam perjalanan turun dari Batu Cina. Pelancong Teluk Sebukang jika tak salah.




Owh...hampir terlupa. Sukarelawan ini terdiri daripada pelbagai latarbelakang. Ada guru, jurutera, arkitek, doktor, wartawan, suri rumah, pelajar, artis dan bermacam-macam lagi. Ada juga yang merahsiakan pekerjaan atas sebab keselamatan. Hmmmm....perisik la tu. Apapun latar belakang, mereka semua ini very sporting.

Semasa kami dalam perjalanan tu, sempat kami mengajak dua orang anggota polis marin yang sedang lepak-lepak di jeti. Lagi ramai, lagi meriahkan. Aku perati ada yang suka apabila encik polis join. Hmmmm........

Dalam perjalanan pendakian ini, terdapat beberapa spot yang menarik untuk bergambar. Sangat tidak rugi.










1.10.16

--- Mendaki Bukit Batu Semalu, Pulau Dayang ---

1 Muharram....yeaaaaaa...sempena cuti Awal Muharram. Pastinya ramai yang merancang aktiviti time cuti panjang ini. Ye lah bukan selalu dapat cuti free.

Tanpa membuang masa nak mikir ayat yang sesuai, aku terus terang je lah ke mana destinasi aku kali ini. Bersama team Our Touch Community service, ke Pulau Aur. Hahahahahahahaha.....mesti ada yang akan cakap, asyik ke pulau tu jer. Tak bosan ker? No komen.

Macam mana nak ke sini? Alahai, kena habaq lagi ek? Ok2.....jangan down. I tell u all. Mudah jer. Cari bot dari jeti Mersing. Cakap nak ke Pulau Aur. Settle. Hahahahaha..... Mudahkan.

Ok......trip kali ni kami akan mendaki 2 bukit. Bukit je lah. Kat pulau mana ada gunung. Pagi ni kami akan mendaki Bukit Batu Semalu dahulu. Esok mendaki Batu Cina pula.

Macam aku dah mention awal tadi, trip kali ni aku join satu team sukarelawan. Nama sukarelawan ini Our Touch. Korang boleh terus ke laman web dia orang di ourtouch.org.my untuk mengenali mereka. Kat situ korang boleh tahu aktiviti-aktiviti yang pernah dan akan mereka lakukan. Mereka ni bukan buat kerja amal hanya dalam Malaysia jer malah dah sampai ke oversea. Kebetulan mereka ada program kat sini bersama masyarakat kampung pada kali ini.

Sebelum bertolak, kami bersarapan dulu di kedai Kak Ngah Norli. Kedai ni antara kedai yang selalu dikunjungi pelancong yang datang ke sini. Kak Ngah Norli juga ada ambil upah memasak jika ada yang ingin bercuti di sini.

Di kepulauan Aur ni terdapat 4 buah pulau. Satu ialah Pulau Aur ini sendiri, Pulau Dayang, Pulau Lang dan Pulau Lang. Bukit Batu Semalu terletak di Pulau Dayang.

Untuk ke Pulau Dayang, kami menaiki lopek. Kami sewa lopek orang kampung. Selain dari menaiki lopek, anda juga boleh berenang ke Pulau Dayang. Kalau berani la. Jarak antara 2 pulau ni tak jauh pun. Tak lebih 1 km.




Dalam pendakian pagi ini, selain kami, ada beberapa orang kampung dan guru juga turut menyertai. Guide kami ialah Encik Fadli. Muka nampak garang tapi sebenarnya dia sweet-sweet gitu. Hihihihi....

Tu haaaa guide


Sesampai kami di Pulau Dayang ni, semua macam teruja. Mana tak teruja, pasirnya cantik bangat. Putih bersih, halus dan cantik. Apa lagi, masing-masing posing sakan.

5 minit jer guide bagi kami teruja. After that, dia dah ajak kami mendaki. Dari pantai tu sebenarnya boleh lihat batu yang besar di belakang chalet. Tu lah Batu Semalu yang akan kami daki.


Atas lopek pun boleh pose









Antara cabaran dalam pendakian




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...