4.4.15

--- Batu Nenek Buau, Pulau Pemanggil ---

Ke mana kita minggu ini? Ceeehhhhh!!! Macam la setiap minggu aku berjalan-jalankan. Hahahaha….

Dah lama rasanya tak update entry tentang aktiviti luar pintu. Alhamdulillah….minggu ni dapat juga ber luar pintu. Minggu ni, aku bersama member ke Pulau Pemanggil. Yeaaahhhh….!!!

Sedikit info tentang Pulau Pemanggil. Pulau ini terletak dalam Taman Laut Negeri Johor, daerah Mersing. Jarak? Hmmmmm……jaraknya secara tepat dalam kilometer, aku tak tahu. Laut kena la ukur dalam unit batu nautika kan. Itu korang boleh google atau dapatkan info dari Jabatan Laut ok. Masa perjalanan? Ok, dalam keadaan laut tenang, dalam sejam lebih dah boleh sampai. Korang boleh naik dari Jeti Mersing jer. Kos? Hmmmmm….banyak soalan kan korang. Hahahahaha….. Ada banyak bot yang boleh membawa korang ke pulau-pulau. Pilih sahaja. Yang penting, duit. Nak murah ada, nak mahal pun ada. Nanti aku akan shared kontek number kat bawah ok. Teruskan membaca. Hihihihi……

Owh….korang juga boleh google map untuk tengok Pulau Pemanggil… Red rose

Pada masa dan ketika ini, aku bergerak dari Pulau Aur. Dengan bantuan seorang kawan yang bekerja di Pulau Pemanggil, satu speedbot dengan enjin 40hp berjaya di adjust untuk datang ambil. Terima kasih sesangat pada Atiff dan Jimi (tekong bot).

Dari Pulau Aur ke Pulau Pemanggil, memakan masa kurang sejam dengan keadaan air laut yang lenang. Yup….lenang ok. Kalau air tak lenang, memang aku sendiri takkan pergi ke sana. Hahahaha… Thinking smile

Bergerak dari Pulau Aur sekitar jam 9.15 pagi dan tiba kurang jam 10.00 pagi. Kami tidak terus menuju ke Kampung Buau, tetapi kami mengelilingi pulau terlebih dahulu. Yup….under pakej katanya. Hahahahahaha…

Sepanjang perjalanan dari Atif banyak berkongsi cerita tentang Pulau Pemanggil. Kelihatan beliau begitu arif. Rasa beruntung sangat dapat tour guide yang sporting. Hihihihi….. Di samping cerita dari Atif ni, korang juga boleh baca tentang sejarah pulau ini di link, Sejarah Pulau Pemanggil.

DSC03259

DSC03262

DSC03264

DSC03266

DSC03271

DSC03275

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...