24.8.18

--- Kunming, episod akhir ---


Perjalanan 10 jam dengan keretapi dari Lijiang ke Kunming, selamat kami tempuhi. Kalau ada yang tanya tentang bosan, aku jawab tak bosan sebab kami lebih kepada tidur jer dalam train. Paling-paling pun berborak. Layankan Eda. Hihihihi.....

Beberapa kali terjaga sepanjang perjalanan. Akhirnya kedengaran Epy memperingatkan aku tentang Subuh. Aku pantas bangun. Kelihatan koridor lengang. Aku pun dengan pantas ke toilet untuk wuduk seterusnya solat.

Dalam train on the way dah berbincang-bincang what next destination or activity. Macam biasa, Daus akan lebih ke hadapan kerana beliau sangat informative person.



Ramainya orang keluar dari Kunming Railway Station

Kami selamat tiba di Kunming Railway Station sekitar jam 0930 lebih. Dengan muka tak mandi segala. Seperti yang telah dipersetujui, kami akan ke airport terlebih dahulu untuk pengurusan diri dan drop beg.

Untuk sampai ke airport dengan train mengambil masa yang agak lama juga. Hampir sejam dengan pertukaran lane. Dari stesen Kunming naik train menuju ke South Ring Road Station. Tukar train dari Lane 1 kepada Lane 2. Dari Lane 2 kepada Lane 3 di Dongfeng Square Station. Turun di East Coach Station untuk pertukaran terakhir iaitu dari Lane 3 kepada Lane 6 dan terus ke Airport Center Station. Rujuk map untuk mudah faham. Macam naik train kat Malaysia jer.

23.8.18

--- Yunnan, Old Town of Lijiang ---

Pengurusan diri. Bangun awal makan pek kembara. Minum white coffee. Misi menghabiskan ration. Layan movie. Sempat lagi. Hahahahah.....Masih awal. Bas jam 10. Plan check out jam 9 pagi dengan mengambil taxi. Rate antara 8-10 yuan.

Masa packing tadi, Epy tanya tentang oksigen tank samada nak bawa atau tinggal. Kalau nak buang, rasa sayang sebab belum habis dan ada yang belum guna. Aku bagi cadangan agar bawa jer. Nanti di mesin scan kita tahu samada lepas atau tidak.

Tiba di station bas awal 30 minit. Tadi nak tahan taxi pun banyak yang tak dapat disebabkan ramai pelanggan. Waktu pagi kot. Orang nak pergi kerja. Dengan bantuan hostel boy, berjaya!!! Dia juga memberitahu taxi untuk ke stesen bas Shangri La (27°50'9.54"N,  99°42'36.93"E). Kalau tak, memang nak kena guna google translate lagi la.

Perjalanan hari ini ialah menuju ke Lijiang semula. Perjalanan mengambil masa 3 jam lebih. Sebelum berjalan, driver akan mengarahkan semua penumpang memakai tali pinggang. Sambil beri arahan, beliau akan berjalan membuat pemeriksaan. Baguskan...!!! Bas dah jalan. Ambil mode utk lena. Hahahaha....

Suhu semasa ialah 13 darjah Celsius.



Dalam perjalanan menuju ke Lijiang akan melalui TLG yang kami daki semalam. Hahahaha....

Tiba di Lijiang Bus Station (26°51'33.23"N, 100°14'4.71"E) dalam jam 1346.

Simpan luggage. Berjalan menuju Lijiang Old City. On the way tu ada jumpa beberapa kedai halal. Kami singgah di satu kedai untuk makan tengah hari.

22.8.18

--- Kunming, Potatso National Park ---

Hari ni, dari hostel berjalan kaki ke station bus. Beli tiket untuk ke Potatso National Park. Ada masa sejam lagi. Google cari kedai makan Halal. Tak jauh dari situ. Kami tak boleh lama sangat kerana masa agak pendek. Bas dah nak sampai. Bergegas ke station bus semula. Mujur sempat. Cuaca sejuk.

Masa di kedai tadi, sempat berbual dengan tuan punya kedai tentang hal-hal orang Islam di sini. Kelihatan beliau juga gembira dengan kehadiran kami. Jarang-jarang orang Islam luar datang berkunjung. Menurut beliau, hari ini sambutan korban tiada di sini kerana bilangan muslim yang sedikit. Masjid pun tiada di sini.

Menu paling sedap di kedai beliau ialah dim sum dan mee sup....





Mudah dengan google translate






21.8.18

--- Kunming, Tiger Leaping Gorge Day 2 ---

Bangun pagi. Macam tak sejuk sangat pagi ni. Semalam pun tak sejuk sebenarnya. Kami buat pengurusan diri, solat dan sebagainya. Makan biskut dan kopi. Bersiap-siap untuk photoshoot raya. #OOTD...

Sedang rancak bersiap, rakan gadis bilik sebelah hantar nasi goreng pedas. Nasi dari balance semalam dijadikan nasi goreng yang sedap pagi ini.

OOTD pagi ni bertemakan #rayaqurbandiperantauan.... Kan... Hahahahahaha....

Pemandangan pagi ini sama macam petang kelmarin. Berkabus atau berjerebu. Tak nampak sangat gunung-ganang belakang tu. Harapan pagi ini akan dapat pemandangan yang clear tapi tak ada rezeki. OOTD pagi ni pun seebenarnya sambungan dari petang kelmarin. Hahahahahaha......



20.8.18

--- Kunming, Mendaki Tiger Leaping Gorge ---


Bangun seawal pagi sekitar jam 5. Orang awal bangun ialah Zah. Buat tahajud sekali katanya. Kedua aku la kot sebab yang lain masih berselimut. Mereka sedang bergelut dengan 3 ikatan. Zah bangun awal sebab dia paling awal tidur semalam. Balik dari old town, terus lena.

Semalam, sebelum masuk bilik untuk tidur, kami dah booking ticket bas ke TLG. Uncle tu dah bagi tahu lokasi tunggu bas. Layan snooker dulu. Epi n Daus. Aku sekejap jer pastu masuk tidur. Mata dah
tak larat.

Pagi ini, jam 7 kami dah keluar ke kaunter untuk check out. Dari hostel menuju ke tempat bas dalam 10 minit jer. Lama tak lama la kami menunggu bas. Kami sampai awal di tempat menunggu.

Bas datang awal 2 minit daripada yang diberitahu.

Dalam bas baru ada mat salleh. Dia orang tidur hostel mana pun tak tahu. Bayangkan, sepanjang kami kat sini belum nampak pelancong Eropah 😂 😂 😂.

Perjalanan di jangka mengambil masa 1 jam setengah. Layan....... Kami perasan yang melalui terowong. Terowong ke dua agak panjang.



18.8.18

--- Kunming, Stone Forest ---

Alhamdulillah...selamat mendarat di Kunming Changshui International Airport. Penerbangan mengambil masa hampir 4 jam. 3 jam 50 minit kalau tengok pada tiket.

Airport yang sederhana besar dan cantik. Nampak mewah. Sekarang kami berjalan-jalan melihat sekeliling dan mencari port untuk rehat sementara menunggu siang. Hihihihi....







Perbincangan oleh dua master mind

17.8.18

--- Kunming, Hari Pertama Terbang ---

Masa dah tiba guys untuk fly ke Kunming. Salah satu daerah di dalam wilayah Yunnan, Republic of China.

Merupakan kali ke dua aku ke republik tersebut. Pengembaraan sebelum ini adalah ke Beijing, Xi'an dan Cheng Du. Malangnya catatan gagal dihabiskan berikutan kesibukkan yang melanda. Kahkahkahkah..... However, I'm always looking forward about that to finish it. Hmmmm....

Perjalanan ke airport petang ni macam agak kelam kabut sedikit. Sedikit jer. Tak tahu samada salah faham atau salam info. Yang aku faham mereka (Daus dan Lina) nak datang ke Putrajaya dan parkir sini. Tapi tak. Mereka mesej otw ke sini dan nak pick up aku dan Epy ke airport terus. Asalnya aku dan Epy plan nak ke airport naik train jer.

Kami just follow jer apa yang berlaku. Agak sempit juga la naik kereta sebab penuh dengan beg. Kemudian sedikit rushing kerana masa dah lewat. Hanya mampu berdoa je lah. Azizah pula masih di highway from Perak. Ditambah pula katanya ada kesesakan di highway. Eda? Eda dah senang lenang kat airport. Dia tiba di sana awal.

Kami deal dengan Azizah untuk parkir di Masjid KLIA bagi langkah penjimatan. Dalam rushing-rushing tu, Azizah dah sampai di masjid. Kami tiba 5 minit selepas itu. Dengan pantas kami keluarkan barang dan grab pun ngam-ngam sampai.

Tanpa membuang masa terus sumbat beg-beg ke dalam avanza. Sedikit sempit tapi terpaksa.

Tiba di airport, kami pantas bergerak menuju ke ruang drop luggage. Ada masalah pula iaitu aku tak boleh check-in. Tapi dengan bantuan AA assistance, settle. Beratur pula untuk melepasi semakan passport.

Disebabkan tadi kelam kabut, kami kelaparan. So, lepak makan dulu sementara gate dibuka dan dipanggil. Makan mee jer. Apatah nama kedai tu. Ni dah kat ruang boarding.

Flight on schedule.



Tiket kali ini dibeli oleh aku. Bersama aku ialah Eda, Daus dan Epi. Aku ambil value pack. Dalam tu dah merangkumi luggage, meal dan seat yang boleh pilih. Nama jer boleh pilih tapi ada caj tambahan dikenakan mengikut kategori tertentu. Aku buat pilihan seat agar Daus dan Epy sebaris dengan aku. Pergi dan balik.

Menu makan pula rupanya tidak boleh pilih. Telah ditetapkan iaitu spaghetti. Tapi masa beli tu tidak ditunjukkan menu tersebut. Then aku call bertanyakan perkara tersebut. Dia kata boleh pilih. Pastu dia cakap value pack tersebut memang mengelirukan sedikit. Cis......staff sendiri buat pengakuan yang value pack tersebut mengelirukan. Malah jawapan yang diberikan pun sukar difahami.

Dengan membuat andai sendiri, aku pun pilih menu baru iaitu chicken rice. The price is up. Aku layankan aje. Bila di atas flight dapat serba dua. Nah....padan muka. Tips..... spaghetti kalau dah sejuk, memang tak sedap. Malah rupa pun dah tak menyelerakan.

Penerbangan memakan masa, plus minus 3 jam. Layankan...


Time Daus baca buku atas flight ni membuatkan aku teringat masa kat Srinagar. Time tu Daus bawa buku juga. Baca tak? Hmmmmm...... So untuk kali ni diharap ada perubahan. Amin....


Selamat tiba di Changshui International Airport pada 18 Ogos sekitar jam 0125. Kami lepak di airport jer. Tunggu first train.

Zzzzz...zzzz..... Sambung esok.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...