Showing posts with label Trans Naning. Show all posts
Showing posts with label Trans Naning. Show all posts

9.12.18

--- Trans Naning, Puncak 705, Gunung Tampin ---

Alhamdulillah...cuaca yang sangat baik semalam. Kami dapat rehat dan tidur dengan baik. Semuanya kelihatan.

Untuk aku, dapat belajar sesuatu yang baru. Sesuatu yang tak pernah dirasai. Pertama ialah tiada masalah kalau tak bawa barang personal banyak. Semalam dah mention yang aku tertinggal beg baju. Maka, aku hanya ada baju trekking yang sedia dipakai, sehelai t-shirt kering dan sehelai kain pelikat (tu pun pinjam. Tq _____ ). Sleeping beg terbawa sebab nak bagi beg berisi. Aku sebenarnya bawa set subito ni jer. Next aku bawa ground plus fly personal. Bekas makan dan waterbag. Itu jer dalam beg 60L aku ni. So sebenarnya tiada masalah kalau bawa ini jer. Selama ini aku punya la bawa set baju kering itu ini. Kebaikan sehelai sepinggang ialah tidak buang banyak masa packing. Serius guys

Perkara kedua ialah tak bawa ration company. Betapa baiknya adik-adik KereX ni, bawa semua ration. Hahahahahahahahahaha....tq guys.


Selamat pagi guys. Masih kelihatan rakan-rakan kita yang masih nyenyak tidur ye. Sedap sungguh. Rul dah cergas bangun untuk menyiapkan menu sarapan pagi. Menu ow-some pagi ini ialah Nasi Lemak Awek Lama. Bersemangat Rul. Katanya nak tebus balik nasi yang masak semalam. Ternyata, Rul tidak cakap kosong guys. Terbaik nasi lemak pagi ni. 2 kali tambah.

Ada rakan kita ni, hari pertama jer masa kat puncak Datuk, bersemangat makan. Tambah berkali-kali. Entah kenapa, semalam dan pagi ni, dah tak semangat nak makan. Letih penangan trek semalam. Mus.....champion makan.

Semalam ada orang mengigau tentang pacat. Tengah rileks-rileks borak dengan Mus, tetiba bangun hamba Allah dari tidur minta tengokkan pacat kat tempat tidurnya. Kami cakap, "ko ngingau ni.....". Hahahahahaha.....
Sempat ada yg bertanya tentang Loser. Ok...cerita lagi yang dah 2 tahun berlalu. Timbul balik cerita ni sebab ada yang bertanya tentang gelang rotan ajaib yang aku pakai ni. Kalau nak tahu full story klik sini. Baca la episod by episod ok. Hahahahahahaha.......




8.12.18

--- Trans Naning, Gunung Datuk, Rembau, Gagak, 701 dan Kem Ultra ---

Hari Jumaat pagi, perlahan-lahan kumpul barang hiking. Mula dengan ambil beg. Kemudian matress. Buat bentuk dalam beg. Ambil sleeping beg. Letak paling bawah. Ada satu frasa, "yang kemudian didahulukan, yang dahulu dikemudiankan". Haaaaaaaa..... Ok, next is pakaian trekking dan pakaian tidur. Pergi dapur ambil pula peralatan makanan. Siap...!!!

Owh...!!! Kasut hiking jangan lupa. Tapi kasut dah koyak teruk la. Load ke dalam kereta. Gerak selalu.

Tiba di Melaka, aku perasan yang sebuah beg tak ada dalam kereta. Perghhhhh....!!! Terbaik. Yang ada cuma haversack, sleeping bag dan pakaian hiking jer. So macam mana?

Dalam group whatsapp, dak-dak KereX dah set untuk bergerak dari Melaka pada jam 5.00 pagi. Ok, awal tu nak gerak. Harap-harap tidak ada yang tewas.

Zzzz....Zzzz...

08 Disember

Solat Subuh di RnR Jejantas Ayer Keroh. Exit tol Simpang Ampat. Ambil jam 3 di bulatan. Drive sehingga ke simpang tiga antara Tampin dan Rembau. Singgah breakfast di situ. RnR belum buka. Hmmmm....makan roti canai sahaja.

Dapat info dari Rul bahawa parkir dah penuh. So kena parkir bawah. No hal lah.

Dah jam 8. Pendaki-pendaki semakin ramai. Siap ada liputan media. RTM katanya. Tapi line up kita belum cukup. Mana yang lain? Yang kelihatan Rul, Is, Izzat, Fifi, Gadis 1 dan Gadis 2.

Rul ajak pergi hantar kereta di Bukit Tampin, ending point. Perjalanan pergi balik lebih 30 minit.

Jam 10 baru mula mendaki... Berikut adalah line up Trans Naning :

  • Shahrul (gogo)
  • Fifi (guide)
  • Melor
  • Kovin
  • Aishah
  • Izo
  • Firdaus
  • Dauz
  • Iiema
  • Mus
  • Harith
  • Farah
  • Fitri
  • Eis (sweeper)

Dalam dunia yang serba maju ini, masih ada lagi yang nama Melor ek? Terbaiklah. Orang kata 'rare'. Apapun, sebelum mendaki sedikit taklimat daripada gogo dan bacaan doa. Sebenarnya dah lama nak hiking dengan dak-dak KereX. Akhirnya tercapai.


Taklimat daripada gogo








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...