Showing posts with label Gunung Ledang. Show all posts
Showing posts with label Gunung Ledang. Show all posts

6.11.21

--- Gunung Ledang via Sagil, kembali lagi ---

Ok....panggilan gunung kembali guys... Kali ini kembali ke Gunung Ledang. Ada member mesej ajak ke trip lagenda. Tanpa fikir panjang, on terus. Pastu nama terus diadd dalam group.

Aku sahut cabaran gunung ini kerana nak uji tahap anx_y. Nak tengok berapa peratus aku sembuh dan boleh atasi. Sebelum ni dah ada orang ajak ke Gunung Kinabalu tapi belum bersedia. Daus pun dah kawin. Nak ajak pun segan. Dah tak ada geng.

So aku jadikan Gunung Ledang ni sebagai pengukur. Jika pas, in shaa Allah next gunung ok kot. #siscuba.


Kami berlima bertolak dari Mersing sehari awal dari tarikh pendakian. Check in di Remember Hotel, Bukit Gambir. Kata member, itu pun last-last ada. Kebanyakkan hotel dah penuh sebab perayaan Deepavali. Tapi syukur, kami masih sempat.

Seleaps check-in, follow member cari beg hiking. Alamak...!!! Ini rare. Hampir tidak ada la orang nak hiking esok, hari ini baru nak beli beg hiking. Kecuali memang plan begitu. Di Bukit Gambir ni pula, sebuah bandar kecil. Ada ke beg hiking. Tapi takper, kita berdoa sahaja. Mana tahu ada keajaiban.

Keputusannya, tidak ada. Hahahahaha....

Kami makan awal petang itu. Balik ke bilik dan berehat secukupnya.

Hari kejadian..............

Seawal jam 4.15 pagi, kami bangun dan bersiap-siap. Packing? Semalam dah settle. 5.15 pagi, kami check out dan tayar pun bergolek menuju ke Taman Negara Johor Gunung Ledang, laluan Sagil. Dalam perjalanan itu, kami singgah di sebuah masjid untuk menunaikan solat Subuh. Kata ustaz, better kita buat perkara yang wajib dulu.

Semalam dalam group, dah roger-roger tanya member tentang kedai yang buka untuk sarapan. They said beside masjid have one. So we go there. Dalam kegelapan kabus yang tebal, we miss the enter of Taman Negara Johor Gunung Ledang. Mujur aku masih ingat sikit-sikit. Maka kami turn back. Jumpa kedai makan yang dikatakan itu.

Kedai makan itu bersebelahan dengan masjid dan bertentangan dengan Klinik Kesihatan Sagil.

Kami pun bersarapan seadanya sahaja. Buat mengisi perut dikala pagi. Dengan seberapa cepat, kami menyelesaikannya dan bergerak menuju ke gate Taman Negara Johor Gunung Ledang.


Gambar dari https://my.worldorgs.com/


Terkasima sekejap takkala kami mula memasuki jalan taman negara. Superb view. Kami berhenti seketika untuk bergambar. Takper lambat sikit. Hahahahaha.....

20.5.17

--- Gunung Ledang via Asahan ---

Tak ingat aku sedang bermesej tentang apa dengan Lin. Owh.....ok dah ingat. Bermesej tentang Gunung Pulai. Ada satu team wanita nak minta aku guide ke Gunung Pulai. Tapi disebabkan aku tak boleh, aku cuba sub kepada Lin. Lin memang master gunung-gunung sekitar Negeri Johor.

Itu ini...itu ini dengan Lin, dia pun tak boleh sebab tarikh team wanita tu pilih adalah weekdays. Weekdays orang kijer la nox. Entah macam mana, Lin ada sebut trip ke Gunung Ledang via Asahan. Aku pun apa lagi terus minta Lin adjustkan nama aku. Katanya trip ni under BP Trekkers (Batu Pahat Trekkers). Tak open sangat trip ni. So dah penuh kata Lin.

Then aku cakap pada Lin, ko buang jer nama-nama yang belum bayar tu. Masukkan nama aku dan aku bayar terus. Hahahahaahahahaha....... Kata Lin, kaedah tersebut adalah jahat. Hahahahaha....

Tak sampai 24 jam, Lin mesej beritahu yang aku boleh join. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....mudahkan. Jangan pening-pening.

Perkara ini biasa guys. Bukan kata dalam hiking. Masa open tu memang berduyun-duyun bagi nama nak ikut. Kadang-kadang lebih dari 2 bas bilangan pesertanya. Tapi yang betul-betul tu 5 orang jer. Trip oversea lagi la. Nak ikut ramai. Tapi yang beli tiket baru 3 orang. Haaaaaaa....ke tak pening pala memikio. So tindakan aku yang meminta Lin remove nama yang tak bayar tu adalah wajar pada masa itu. Kihkihkih.....

Ok, Batu Pahat Hikers ni diterajui oleh Azrul. Gogo yang sama trip Pelepah Kiri sebelum ini. Masa tu aku belum tahu lagi.

Berdasarkan mesej dalam group, meeting point adalah di Klinik Kesihatan BP. Tapi aku tak ke sana sebab aku dari Mersing. So aku terus ke Pekan Asahan. Aku sampai sana sebelum Subuh. Memang krik krik la Pekan Asahan ni. Aku tidur sekejap depan balai polis sementara nak tunggu Subuh.

Terjaga sekitar jam 6.30 pagi menggelabah untuk Subuh. Cari masjid tak jumpa. Team-team lain Subuh di exit Tol Tangkak.

Kata mereka breakfast sendiri-sendiri. Jam 7 aku cari kedai makan area sini belum buka. Entah bagaimana sedang cari-cari tu, Lin and team mate dah sampai pekan dan kami saing menuju ke pintu rimba. Aku mesej Lin, tentang breakfast dan lunch. Katanya semua sendiri. Dia orang dah breakfast di Tangkak dan Pagoh. Lunch pula dia orang beli maggi cup jer.

Aku pun, eh!!!.....makan maggi jer? Gunung Ledang jauh kot. Disebabkan aku belum breakfast, aku macam agak kegusaran. Dalam beg ada roti dan nutella jer. Lin cakap, aku boleh patah balik untuk breakfast dulu. Dia orang akan tunggu di registration point. Sebenarnya aku macam nak cancel jer tapi Lin ada cakap jangan cuba-cuba cancel atau tidak berpatah balik. Hihihihihi...

Aku cakap pada Lin, better korang teruskan perjalanan jer. Aku time tu dah 50-50. Bukannya apa, tak mahu jadi punca kepada kelewatan pendakian. Disebabkan aku sorang bermasalah, habis semua kena. Huhuhuhu.....

Ok....sebenarnya, selepas dari balai polis tu, ada lagi penempatan rupanya. Ada masjid, perumahan lagi. Adoiiiii......aku dok ingat, ending tadi di area balai polis jer. Hampeh.....

Aku berpatah balik dan breakfast di sebuah kedai makan melayu berdekatan masjid. Makan roti canai. Pastu aku tapau nasi lemak dalam tupperware yang aku bawa. Haaaaaa....lately ni dah jadi kebiasaan aku kalau ke mana-mana akan bawa bekas.

Selesai makan, dengan pantas aku drive menuju ke registration point. Memang aku la punca lewat. Menggelabah la aku time tu. Hahahahahaha.....

Masa aku sampai tu ada team lain lagi rupanya. Ada sorang mamat ni masa bersalaman dengan aku, dia sebut Aefit Bentuah. Aku senyum jer masa tu sebab gelabah nak parking dan packing. Kemudian kena isi borang isytihar barang yang dibawa plak. Biasa la peraturan Taman Negara memang macam tu.

Settle semua, aku pun menuju ke starting point kat khemah atas sana. Kami berkenalan dengan Musa our guide. Sesi taklimat. Dalam banyak point yang disebut dan yang paling aku rasa wow ialah cutting point / cutting time. Entahlah. Tak ingat word sebenar tapi ala-ala bunyi macam tu la. Ia membawa makna atau maksud bahawa, sekian-sekian masa, kena sampai check-point yang telah ditetapkan. Andai tak sampai dalam masa yang telah ditentukan, secara automatik pendakian tamat dan kena turun.

Contoh......jam 10 pagi, line up semua mesti melepasi check point 5. Sekiranya jam 12 baru berada di check point 5, maka tak boleh teruskan. Peraturan ini adalah bagi mengelakkan line up terpaksa OT atau tiba di bawah pada waktu gelap.

Ada soalan tak? Ok boleh tanya. Peraturan ini untuk semua mode pendakian ker?

Ok, very nice question. Peraturan ini hanya terpakai pada mode daypack sahajaaaaaaaaaaaaaaa........ Bagi yang mode bermalam atau 2 hari 1 malam atau lebih, tidak terpakai peraturan ini. Boleh faham? Ok good.

Soalan lain? Ok, tak ada. Mudah.

Ok, kami dah siap sedia untuk memulakan pendakian. Ada 7 check-point rasanya. Setiap sela check-point adalah dalam 45 minit.


9.9.06

--- Gunung Ledang Traning XGuKilu via Sagil Trail ---

Yesss!!! Kali ke 2 aku daki gunung ni. Kali ni kesinambungan dari Gunung Datuk bersempena Program XGuKilu. This time kami ikut Sagil Trail. Mula nya nak turun belah Asahan Trail tp guidernya kata kali ni xboleh sbb xcontact belah sana. So len kali inform awal2. Mmmm...alah guider tu malas benar nya.

Pendakian bermula pada 8 hb dan berakhir pada 9 hb.




Sempat sunrise di puncak.

18.6.06

--- Gunung Ledang, Asahan Trail ---

Trip ni Rashid n the geng yg buat. Aku pollow jer. Aku ajak Mino. Mino ajak Syapiq n Rafiuddin. G nek moto jew.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...