10.9.11

--- mOde raya : bEraya kE rumah aBah dan kLinik dEsa ---

Lalalala....mode raya lom habis. Kalu semalam ke rumah bahagian atas sana, kali ni kami akan beraya pula ke rumah Abah dan Klinik Desa Pulau Aur. Jom2...


Sebelum bergerak, kami lepak2 dulu kat depan Balai Polis Pulau Aur. Bukannya apa nak ajak En Nik sekali join the group. Biar ramai dan meriah gi tu.

Santai-santai sama GB Jasmi. Mulanya GB macam xnak join, tapi kami ayat baik punya. Hahahaha.....

Amboi takkan dah penat kot ustaz. Baru jalan sikit dah mengah. Ini belum naik bukit ke rumah Abah lagi. Hehehe....

Haaaa...kalu nak tahu, inilah laluan masa zaman 2010 di mana kedai Kak Ngah berada. Setiap kali nak makan, kena lalu kat sini la. Sebelah situ ada kubur. Teringat zaman tu masa lalu jalan ni. Hihihi... Sekarang kedai tu dah xder sebab dah berpindah kedai baru. Kebetulan tembok pun dah runtuh di pukul ombak.

Tongkang ni sedang menjalankan kerja-kerja membuat boya. Boya tu mcm tempat nak ikat bot-bot atau kapal-kapal besar yang singgah di pulau ini. Projek di bawah Taman Laut Negeri Johor katanya.




Bergambar kenangan di rumah Abah dan Mak Ma. Lokasi rumah ini dipanggil Air Sandang. Rumah Abah ni atas bukit tau. Haaaa...nampak tak pemandangan yang kat belakang tu. Dapat lihat pemandangan gi tu.



Destinasi seterusnya ialah Klinik Desa Pulau Aur. Haaaaa.....kat klinik tu ada 2 orang Jururawat Desa. saja nak serang umah diorang. Nak tengok apa la anak dara ni dok buat. Boleh masak ke tidak? Boleh mengemas umah ke tidak? Konon2 nak tengok calon2 pilihan. Sentap nox.



Selesai untuk hari ini, maka kami pun pulang dengan hati yang gembira. Terima kaseh kepada tuan-tuan rumah yang sanggup menerima tetamu ini. Tahun depan datang lagi untuk beraya k. Amin....

7.9.11

---mOde rAya d'pUlau aUr : bEraya d'rUmah mArziah dan sHikin---

Haaaaa...selagi xhabis Syawal, maka moh la kita beraya lagi. Selesai cuti seminggu Hari Raya Aidilfitri, aku dan teman2 sambung lagi beraya ke rumah-rumah orang kampung di sekitar Pulau Aur ini. Kiranya nak mengeratkan silaturrahim gi tuuuu......


Struktur muka bumi Pulau Aur tidak sama dengan pulau-pulau lain. Lain pulau, lain coraknya. Memandangkan Pulau Aur ini membukit, maka secara wajibnya, rumah-rumah masyarakatnya dibina di atas bukit-bukit sana. Maka terpaksa la kami mendaki sikit untuk ke rumah-rumah.


First, rumah yang kami pergi ialah rumah Abg Pie iaitu ayahnya Maziah. Rombongan terdiri daripada aku, Ustaz Zamri, Nordasila (wife ustaz Zamri), Nisa (anak ustaz Zamri), Nasafi, Rahimeey, Amir dan Jururawat Desa, Cik Norhasikin.


Amboiiiii...bukan men seronok Amir. Suka la tu dapat makan kuih sambil berposing. mESTI BAGET KACAK kan.....hihihihi



Settle makan di rumah Abg Pie, kami menuruni bukit ke rumah lain pula. Rumah Pie jugak tapi Pie lain la. Pie kali ini ialah ayah kepada Norhashikin, Syida dan Imran.

Kuih2 tidak la semeriah masa raya pertama hari tu. Sapa suruh datang lewat2 kan... tapi ok la. Bukan nak makan sangat pun. Yang lebih penting, kunjungan itu dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama saudara muslim.

Dalam dok berkunjung tu, sempat lagi berposing mode potrait. Cantikkan...

Bergroup foto kenangan di depan rumah Norhashikin.

Cerianya Ekin sbb pasni kami nak beraya ke Pulau Dayang plak iaitu rumah Pakcik Mat Tahir, ayahnya Sallehin.




Amboiiiiii...u all ni. Bukan main berposing gaya HOT gi tuuu...

Moto ni kami jumpa kat Pulau Dayang. Haaaa...antik kan. Entah siapa empunya pun tak pasti. Yang pasti ia menjadi daya penarik pengunjung yang berkunjung ke pulau ini.

Sedapnya bahulu....

Pemandangan Batu Cina dari Pulau Dayang.

Macam biasa bergambar kumpulan bersama-sama wakil rumah sebagai bukti bahawa kami pernah datang untuk berhari raya.

Selesai makan, kami pun meminta izin untuk mengundur diri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...