Showing posts with label Batu Cina. Show all posts
Showing posts with label Batu Cina. Show all posts

2.10.16

--- Mendaki Batu Cina dengan Our Touch Community Service ---

Seperti yang telah direncanakan, hari ni kami akan meneruskan aktiviti cuti-cuti kami dengan mendaki Batu Cina. Yup, Batu Cina. Daya tarikkan ini tidak dapat dipisahkan dari Pulau Aur. Tak lengkap rasanya jika datang ke pulau ini tapi tidak mendaki ke sana. Itu apa yang diceritakan dalam kebanyakkan blog-blog yang kami baca sebelum sampai ke sini.

Oleh itu, untuk melengkapkannya, kami pun memdaki jugalah. Pendakian ini di pandu oleh Awie. Beliau merupakan salah seorang pekerja Blue Water Resort dan juga merupakan anak jati pulau. Ayanhnya imam di Masjid Jamek Pulau Aur.

Ada briefing tak sebelum mendaki? Takder dan tak perlu sebab kebanyakkan sukarelawan ini too many pengalaman. So they know do and dont in trekking.

By the way, aktiviti petang ni terbahagi kepada 2 kumpulan dan 2 aktiviti. Satu kumpulan nak mengelilingi pulau dengan menaiki lopek. Manakala sebahagian lain ingin mendaki. So we goes with that plan. The choice is setup.

Sorry tercakap mat salleh.

Dari bawah dah boleh lihat batu tersebut. Merupakan mercu tanda. Dari resort, kami naik dan turun melalui trek bersimen sehingga kami tiba di sebuah rumah usang. Dari rumah usang tersebut, terus pacak naik menuju ke Batu Cina.

Kebetulan ada satu group pelancong dalam perjalanan turun dari Batu Cina. Pelancong Teluk Sebukang jika tak salah.




Owh...hampir terlupa. Sukarelawan ini terdiri daripada pelbagai latarbelakang. Ada guru, jurutera, arkitek, doktor, wartawan, suri rumah, pelajar, artis dan bermacam-macam lagi. Ada juga yang merahsiakan pekerjaan atas sebab keselamatan. Hmmmm....perisik la tu. Apapun latar belakang, mereka semua ini very sporting.

Semasa kami dalam perjalanan tu, sempat kami mengajak dua orang anggota polis marin yang sedang lepak-lepak di jeti. Lagi ramai, lagi meriahkan. Aku perati ada yang suka apabila encik polis join. Hmmmm........

Dalam perjalanan pendakian ini, terdapat beberapa spot yang menarik untuk bergambar. Sangat tidak rugi.










29.7.16

--- Bawa PG ke Batu Cina ---

Hari merupakan hari terakhir di Pulau Aur. Bot katanya jam 11.30 pagi. Soooooo...dikesempatan masa yang ada ni, aku bawa PG ke Batu Cina.

Kami memulakan pendakian sekitar jam 7 pagi lebih. Kurang 30 minit pendakian, kami dah sampai di kaki bukit dan terus merangkak menuju ke hujung sana.

Dari atas sini, dapat dilihat pemandangan sekitar Kampung Teluk Berhala. Cantik. Jika naik waktu pagi, pemandangannya lebih asyik kerana matahari dari belakang dan terlindung oleh batu besar dan tinggi.

Tetapi jika waktu petang, matahari akan berada di hadapan sana. Maka susah sikit jika nak snap pic wajah.

Mana lebih cantik? Ke dua-duanya cantik. Jawapan save. Hahahahahahaha....










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...