Showing posts with label Yogjakarta. Show all posts
Showing posts with label Yogjakarta. Show all posts

15.12.14

--- Yogjakarta 2, Borobudur ---

sambungan dari sini
Dari Selo atau Boyolali, kami menuju ke Bandar Yogjakarta. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sepanjang perjalanan, Akbar banyak bercerita tentang pelbagai kisah. Antara yang aku masih ingat dan menarik ialah berkaitan Kerajaan Beraja Yogjakarta. Dikatakan bahwa, Yogjakarta merupakan satu-satunya kawasan yang masih mengekalkan Pemerintahan Beraja. Aku takder la buat catatan susur galur raja-raja yang memerintah. Nak tahu, korang google atau datang jer ke muzium sini. Hahahahaha….
Sepanjang perjalanan ini juga, kami sempat melihat kesan-kesan letusan Merapi. Limpahan lava Merapi menghasil seakan-akan sungai yang berwarna putih. Kami juga melintasi beberapa jambatan yang dibina bagi merentasi kesan lava tersebut. Selain itu, yang pastinya, kawasan ini amat subur untuk segala jenis tanaman. Allah Maha Mengetahui…
Akbar terus mambawa kami menuju ke Melia Purosani Hotel untuk check-in. Hotel ni kalau korang tengok dalam Agoda, katanya bertaraf 5 Bintang. Dari segi harganya, seriusly murah ok. Kalau 5 Bintang kat Malaysia, rakyat biasa ni memang tak mampu la. Hihihihi….
IMAG2343
Ok….kami nak buat pengurusan diri dulu. Selepas ni nak jalan-jalan ke Candi Borobudur yang ‘terkenal’ tu. Hihihihi…… Akbar nak gi car wash katanya.
Candi Borobudur ni aku mula dengar sejak zaman sekolah lagi dalam subjek Sejarah. Haaaaaaa…..lama ok. Ni kali baru sampai.
Apa itu Candi Borobudur tu? Haaaaaaaaaaaaaaaaa….. Candi Borobudur ni merupakan kuil bagi penganut agama Buddha. Merupakan peninggalan kerajaan Mataram Kuna. Dibina sekitar tahun 750 hingga 850 Masihi. Monumen Buddha terbesar di dunia. Terdapat banyak…banyak….banyak patung Buddha di sini. Tersenarai dalam benda-benda ajaib dunia oleh UNESSCO. Info lanjut boleh baca di wikipedia.
Tapi ada satu fakta menarik menyatakan bahwa Borobudur ini di cipta atau dibangunkan oleh Nabi Sulaiman. Betul ker? Akbar juga menyatakan benda yang sama dan ada buku mengenai teori tersebut. Wow…..!!! Sejauh mana kebenarannya? Hmmmmm…… di zaman ‘fitnah’ ni, terlalu sukar menilai kebenaran dan kepalsuan.
Masih berfungsikah kuil ini? Ya…!!! Ianya masih berfungsi setiap kali tibanya sambutan keagamaan berkaitan agama Buddha. Ia juga dikatakan antara lokasi tumpuan dunia bagi penganut Buddha.
Bagi lawatan ke tempat agama Buddha ni, aku tidak bermaksud untuk menyebar luaskan agama ini. Jauh sekali ok. Ianya sekadar hiasan blog dan lawatan sambil belajar sahaja. Semoga aku dijauhi perkara-perkara yang dilaknat Allah. Amin…

--- Yogjakarta 1, Gunung Merapi ---

Un plan trip. Plan asal aku nak ke Kerinchi.

Member aku, Faizal call and mesej ajak pergi cuti-cuti. Nak g Vietnam la, Thailand la, Sabah la, dan akhirnya ke Indonesia. Dia tanya aku mana best? Aku cakap semua best. Yang penting DUIT.

Bincang punya bincang, ok jom Yogjakarta je lah. Aku pun tanya pak Google, what so interesting in Yogja? Antara yang menarik ialah Candi Borobudur dan Gunung Merapi. Tidak kurang femes ialah Gunung Merbabu.

14 Dec 2015, aku berkejar-kejar ke airport. Macam biasa la aku kan. Kalau bab airport jer, kompom cemas. Itu ini tak kena. Maklum la. Selalunya orang yang uruskan berkaitan flight tapi kali ni aku kena buat sendiri. Arghhhhhhhh…….. Kali ni lagej tak ambil. Just hand lagej. Punya la jauh pintu masuk kali ni. Berpeluh-peluh lari.

Kejap-kejap aku mesej Faizal tanya itu ini. Mamat tu dah check-in pun. Aku baru nak tukar duit. Hahahahahaha….. Bukan itu saja, aku siap salah kaunter passport lagi. Hahahahaha….. Sesampai di dalam, Faizal cakap, rileks la. Sejam lagi. Time kat tiket tu boarding jer. Fuuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh………

Peluh dah kering….jom fly…..

IMAG1561

IMAG1564

DSC08962

DSC08964

IMAG1566

Alhamdulillah…selamat tiba di Bandar Udara Internasional Adisutjipto, Yogjakarta lewat petang. 2 jam lebih di udara. Bergoyang-goyang kapal terbang. Aduuuuuhhh….nerbes aku. Pilot asyik dok cakap jer. Bagitau kadar cuaca la. ketinggian la. Arghhhhhhhh….. tapi kan, dalam banyak kali aku naik AAsia, ni lah kali pilot cakap dengan jelas dan aku faham apa yang dia sebut. Sebelum ni, cakap macam dalam kelambu. Pui….

Ok…dah sampai di airport, kami mancari signboard nama ‘Fitri’. Haaaaaaaa…..macam dalam drama kan. Kihkihkih…. tentang transport atau supir, aku dah deal dari Malaysia lagi. Tq tu @efie. Dia yang suggest sebab dia baru je balik dari jalan-jalan sini aritu.

Sebelum aku decide ambil Akhbar (supir), aku ada compare dengan beberapa supir lain. Beza lebih kurang Rp500. Maksud sini, Akbar murah sikit la. Bawah ni business card Akbar. Kenderaan jenis apa? Owh….Toyota Avanza.

Paling penting mesti korang nak tahu hargakan? Haaaaaaa…..rasanya tak perlu kot aku review kat sini secara tepat. Bukannya apa, nanti aku bagitau, pastu tetiba korang dapat harga lain. Haaaaaaaa……harga rasanya ikut pasaran la kot. Banyak faktor seperti kenaikan minyak. Tapi sepertimana yang aku bagitau atas tadi, aku memang compare dulu dengan supir lain. Dan harga lebih kurang jer. Aku booked Akbar untuk 4 hari 3 malam. Smile

Ok, kami pun dah jumpa Akbar.

Cuaca tetiba hujan… Kata Akbar, memang lately ni di Yogjakarta hujan. Daerah lain tak pasti. Keselesaan kereta? haruslah selesa tahap dewa. Naik 2 oarng jer. Hahahahahahaha…..

Travel kali ini agak berbeza dari segi baget. Selalunya aku atau member-member mesti nak cut cost giler-giler kan.  Tidur pun lebih kurang, asal boleh jer. Tapi this time, aku travel ngan member yang jarang-jarang travel macam kita selalu. So nak tak nak, aku pun follow jer trend dia. Yup….trip kali ni agak mewah. Firtstime.

Owh…lupa nak habaq, masa di Yogjakarta ni hampir sama dengan Sabah. Mean, matahari akan terbit dan terbenam dulu dari Semenanjung Malaysia tapi jam adalah sama. Contoh, jam menunjukkan 6 petang tapi matahari dah mula terbenam.

Benda pertama kami beli setiba berjumpa dengan Akbar ialah simcard. Dengan bantuan, Akbar, kami membeli simcard bagi memudahkan komunikasi. Tapi sebenarnya lebih kepada nak update pesbuk, insta dan wechat. Hahahahaha……

IMAG1725 copy

Kami plan, nak naik Merapi esok. So kami singgah dulu di kedai untuk beli ration. Yogjakarta memang sibuk. Jalan pun kecil-kecil jer. Ini pemandangan biasa la bagi aku yang banyak kali datang Indonesia. Dalam kereta, banyak kami berbual.

Malam ni kami akan check-in di Cangkringan Villa & Spa. Agoda jer.  Check-in and out pastinya berbeza lah dengan  Malaysia. Sini 11 a.m – 11 a.m. Akbar ada tanya tentang tentatif kami dan plan kami agak kurang cantik menurut Akhbar. Hmmmmmm……

Ok nak story……Tujuan kami check-in di Cangkringan adalah kerana memikirkan itu lokasi terdekat dengan jalur pendakian. Itu disebabkan kami nak cari hotel. Sumber Agoda hanya menunjukkan di area sini jer ada hotel.

Menurut Akbar, memang ini adalah antara jalur pendakian tapi itu sebelum meletusnya Merapi pada tahun 2010. Letusan 2010 telah memusnahkan jaluran di sini. Korang boleh google lah jika nak tengok peristiwa 2010 tersebut. Menariknya di sini ialah terdapatnya muzium dan rumah penjaga kunci, Mbah Maridjan. Banyak lagi peninggalan kesan letusan tersebut.

Untuk info, terdapat dua jalur pendakian utama iaitu Selo/Boyolali dan Kaliurang/Kinaharjor (ditutup sejak 1995).

Jalur pendakian Selo adalah jaluran utama yang kerap digunakan oleh pendaki. Dari Cangkringan Villa untuk ke Selo, memakan masa hampir 2 jam. Hmmmmm…..

Memandangkan kami dah booked, maka kami pergi jugalah. Kami tiba di Cangkringan Villa dalam jam 10.00 malam. Kami hanya ada masa 2 jam sahaja sebelum bertolak ke Selo. Lawak kan. Check-in untuk 2 jam jer. Hmmmmmmm…..

Cangringan Villa memang best. Tak mahal sangat pun dan berpatutan dengan layanan diberikan. Serius best tapi sayangnya sekejap jer. Huhuhuhuhu……

IMAG2344

IMG-20141210-WA0007

DSC08966

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...