Showing posts with label MTB. Show all posts
Showing posts with label MTB. Show all posts

29.2.20

--- Fun Ride ---


Hey guys out there.... Tengah buat apa hujung minggu?

Ok, minggu ni aku ada sertai fun ride sikit kat Kuantan. Ni member aku si Labu yang ajak. Tahun lepas register. Sedikit tak sihat tapi join juga. Mungkin dengan aktifkan diri dapat mengurangkan masalah kesihatan.

Ride ni anjuran UIA Kuantan. Ada 3 kategori; 72km, 200km dan 1200km. 72km adalah kategori fun ride.

Bagi kategori fun ni, routenya adalah dari UIA Kuantan ke UIA Gambang. Then patah balik ke UIA Kuantan. Crowd boleh nampak ramai juga. Flag off  jam 7.15 pagi dan kami pun berlepas.

Masa pergi aku macam sukses tapi masa balik aku pancit. Labu pun dah jauh meninggalkan aku. Arghhhh....!!! Rasa dah tak larat. Ride ni menggabungkan MTB dan RB. RB kita tolak tepi la sebab memang dah laju. Aku notice kebanyakkan MTB mereka ni bersaiz besar. No wonder la mereka boleh laju. Anggapan aku la. Hahahahahaha.... Tayar MTB aku jer kecil. Labu punya MTB pun besar.

Tak faham kenapa masa aku beli dulu macam tak saiz tu? Hahahahahahaha....

Cut off kam 2.00 petang.

Ada cabutan bertuah. Aku tak bertuah tapi Labu ye. Tahniah...!!!









Sekitar jam 1 petang lebih, kami pun balik. Uruskan diri dan rehat. Jam 3 aku akan bergerak balik. Esok kerja.

Labu kata nak follow hingga ke Pekan. Nak makan murtabak viral katanya. Tapi malangnya kedai tutup. Then membawa ke kedai murtabak lain. Hihihi....

Selepas murtabak layan cendol pula. Aku macam dah tak boleh masuk tapi tidak bagi Labu. Katanya dia dah banyak kehilangan tenaga masa cycling tadi. So ini adalah kewajipannya untuk add semula what he lost. OMG...!!! 😓😓😓

Di sini kami berpisah until next activity.


15.12.19

--- Banjir...Banjir...Banjir.... ---

Semalam lagi plan nak berbasikal dalam hujan. Tapi pagi kelmarin, lebatnya mengganggu jarak penglihatan. Maka rasanya tak sesuailah berbasikal. Hahahahaha...

Untuk info, memang sekarang ni musim monsun di sebelah pantai Timur. Susah nak cari ruang yang tak ada hujan untuk beriadah. Ada tu ada cuma kadang-kadang tak kena plak dengan time kita.

Hari ni pun hujan tapi tidak selebat semalam. Habis kerja jer, terus siap-siap. Pakai rain coat kali ini. Rain coat ni pun dah lama dalam box. Itulah yang dibawa setiap kali hiking. Bazir plak tak guna. Bawa goPro. Jom...

Hari ni niat nak snap suasana banjir di area Air Papan. Untuk ke Pantai Air Papan, tak boleh bergerak lebih jam 5 petang. Kalau gerak juga lepas jam 5, memang malam la sampai rumah. Tapi hari ini aku tak sampai ke pantai cuma aku plan nak melalui kampung-kampung tu jer.

Hasil tinjauan petang ni nampaknya suasana banjir dah surut berikutan hujan dah mula reda pada sebelah petang kelmarin, Hari ini hujan juga tapi tidak selebat dan lama. Walaubagaimanapun pusat-pusat pemindahan masih belum ditutup sepenuhnya.

Sorry pada member kalau tak ajak. Berbasikal petang ni lebih kepada shoot. So takut nanti ia akan melambatkan proses. Tahu-tahulah kalau aku pegang kamera dan nak shoot, memang lama.

Nextime kawe ajak ok. Hahahahaha......muah...


Ada buat video sikit tapi sorry tak cantik....hihihihi.....


20.9.19

--- Berbasikal Dengan Fikiran Yang Kosong ---

Semalam memang tak niat nak berbasikal pun hari ni sebab semalam dah berbasikal area bandar. Tapi entah kenapa, pagi ni tetiba nak berbasikal. Tanpa membuang masa, terus pakai helmet dan keluarkan basikal. Lewat skit gerak sebab tak dirancang.

Kemana? Macam biasa, ke Pantai Air Papan. Sorry Halim, tak ajak sebab niat ride pagi ni nak bergambar-gambar. Kalau ajak Halim, nanti dia tak boleh follow route aku.

Siapa Halim? Haaaaaaa...... Halim ni kira salah seorang member ride. Ada lagi Shaher dan Azri. Halim ni dia guna road bike. Road bike cannot masuk off road. That why aku tak ajak dia pagi ni k.

Ok...layan jer lah ride pagi ini k....

Tengah-tengah ride tu, tetiba perut plak meragam. Singgah di masjid. Lupa nama masjid apa tah.






17.8.19

--- Berbasikal ke Pantai Air Papan ---

Balik dari Jepun, kaki terutamanya lutut masih belum betul-betul steady. Nak duduk antara dua sujud pun belum boleh. Tapi mata yang asyik memandang basikal dalam rumah memanggil-manggil untuk kayuh.

Kebiasaannya, jika hari minggu, aku suka berkayuh pada waktu pagi Jumaat dan Sabtu. Tapi memandangkan pagi Jumaat kelmarin ada tugasan sedikit di padang, aku berkayuh pada pagi ini sahaja.

Route macam biasa iaitu ke Pantai Air Papan melalui tanjung. Perlahan-perlahan kayuh. Masa melalui Petronas Taman Wawasan, terdetik di hati ku, "Balik dari Jepun pun masih belum buka...".

Singgah di Petronas (di Mersing ada satu sahaja Petronas) untuk isi angin tayar basikal. Kelihatannya macam kurang angin.

Basikal aku ni pun entah apa bunyi-bunyi sekitar rantai setiap kali di beri tekanan semasa berkayuh. Hummmm....kena bawa pomen ni.

Sambil mendengar radio, katanya hari ini adalah Hari Sukan Negara. Dalam banyak-banyak ayat dalam radio tu, aku macam terdengar yang katanya untuk Hari Sukan ini, no social media. Wow...!!! Tapi aku dah siap-siap beberapa keping gambar nak di hashtag. Hikhikhik.......

Jalan Pantai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...