Sunday, October 27, 2013

--- Tanjung Piai, Tanah Paling Hujung bagi Benua Asia ---

Alhamdulillah....akhirnya jejak jua aku di sini, Tanah paling Selatan bagi Benua Asia. Dah plan lama sudah tp kali ini berkesempatan. Terima kasih kepada En Arkmey dan Amir Sinang yang bersama-sama menjayakan trip ini. Syukur sangat......




Abang2 sangat....





Ada ke orang yang nak berenang?




Ekspresi yang terlalu gembira kot.....


















Thursday, October 17, 2013

--- Island Hoping, Mengelilingi Pulau Tinggi ---

Yeahhh.....kali ini aku berkesempatan singgah di Pulau Tinggi, Mersing. Kebetulan ada sebuah bot menghantar barangan ICT ke sekolah di pulau tersebut. Maka aku tidak mensia-siakan peluang tersebut.

Yup, aku pernah ke pulau tersebut. Tapi tak salah rasanya pergi berkali-kalikan. Mana tahu ada pengalaman baru. Hihihihi..... Aku tiba di pulau sekitar jam 3 petang. Kemudian aku pergi berjumpa dengan kenalan yang bekerja sebagai tenaga pengajar di sekolah di pulau tersebut, SK Pulau Tinggi. Pelayaran yang akan lama membuatkan aku sedikit keletihan. Aku berehat sambil membuat pengurusan diri di rumah beliau.

Pada sebelah petangnya, atas pelawaan seorang pekerja (Pembantu Am) di sekolah tersebut yang juga merupakan penduduk kampung pulau itu, mengajak kami mengelilingi Pulau Tinggi. Pastinya ia merupakan satu peluang yang tak mungkin aku lepaskan.

Jom layan gambar sepanjang mengelilingi pulau......hihihihi.....



Mengelilingi pulau bersama GB SK Pulau Tinggi dan Cikgu Faiz

Menara telekomunikasi yang baru dibina











Dalam pelayaran mengelilingi pulau, tekong mengajak kami mendarat di satu teluk. Tak ingat nama teluk tersebut. Tujuan? Beliau hendak menunjukkan tapak dan tinggalan bangunan SK Pulau Tinggi yang lama. Wow....... sejarah giler. Menurut beliau atau lebih dikenali sebagai Pak Su, beliau merupakan antara murid yang pernah bersekolah di situ sekitar tahun 70an. Boleh check koordinat di  2°18'46.67"N, 104° 5'39.77"E.



Tapak lama rumah guru dan tandas



Bilik air sekolah lama













Kami pulang dikala matahari sudah melabuhkan tirainya, diganti dengan sang rembulan....





Terima kasih diucapkan kepada GB Baharom, Cikgu Faiz, Cikgu Raub dan Cikgu Aizat. Insya-Allah, panjang umur, jumpa lagi......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...