Event ni aku tak banyak info sangat. Nak goreng-goreng pun agak terbatas. However, I'm try my best ok. Of course aku bukan official photog this event. Diaorang dah ada seorang yang more experience with more excellent tool. Aku datang ni pun just kebetulan.
Junior-junior ni ada mesej ajak makan-makan. Aku yang dalam perjalanan dari Putrajaya nak ke Selatan, singgah la di UiTM Seremban. Aku memang kalau ajak-ajak makan ni jarang la nak tolak. Apatah lagi kalau ada yang nak belanja. Memang laju la. Rupa-rupanya ada event paintball. Ternono den. Hahahahahaahahha.....
Ok...salam-salam dulu dengan para peserta paintball.
Aku ringkaskan cerita, nama event ni ialah Kejohanan Liga Paintball TaHa@U 2017. Event ini ditaja oleh Tabung Haji. Penasihat atau consultant pula ialah Ideal Pro Event. So consultant ni la yang akan menyediakan bunkers, mask, makers dan semuanya berkaitan paintball kecuali pakaian.
Event ini disertai oleh ipta-ipta yang berada dalam Zon Selatan, iaitu Melaka, Johor dan Negeri Sembilan. Diadakan di padang UiTM Seremban, Negeri Sembilan. Orang pertama yang aku cari untuk dapatkan maklumat ialah saudara Arif Fikri bin Mohd Aminuddin. Beliau adalah Exco Paintball bagi Kelab Rekreasi dan Sukan Ekstrem UTeM 2017/2018. Menurut beliau, untuk tournament ini, KeReX menghantar 6 pasukan. Berikut adalah senarai pasukan yang disebutkan. Mereka adalah yang terbaik dalam kalangan terbaik.
- UTeM Paintball 1
- UTeM Paintball 2
- UTeM KeReX Paintball 1
- UTeM KeReX Paintball 2
- UTeM KeReX Paintball 3
- UTeM Suicide Squad
Ditanya kenapa sampai 6 pasukan, katanya ini ialah strategi. Wow....... So tentang strategi, aku pun tak tanya banyak sangat sebab itu rahsia. Hikhikhik.....
Seperti biasa, setiap pasukan dikehendaki mendaftar di meja urusetia terlebih dahulu. Disamping itu, ahli-ahli lain masuk ke padang untuk ambil mode. Dalam masa yang sama, pihak Ideal Pro Event sibuk menyediakan peralatan agar dalam keadaan terbaik apabila acara bermula nanti.
Bincang pasal strategi ker?
Ambil mode
Feel the spirit
Berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar idea