3.1.20

--- Jom Berbasikal ---

Dapat mesej dari Azri, ajak ride esok pagi. Dalam mesej tersebut katanya, Halim ON. Selepas 30 saat memblue tick mesej tersebut, aku pun reply ON juga walaupun lenguh-lenguh berbadminton belum hilang.

Cuma aku beritau Azri yang jika aku terlewat bangun, gerak jer dulu. Minggu ini aku asyik bangun lewat jer.

Zzzz....zzzz.....

Jam 6.15 pagi, aku bangun dan bersiap-siap. Kebiasaan ride adalah jam 6.45 pagi. 6.40 pagi, aku dah bersedia basikal di luar. Hummm...kenapa dia orang belum mesej "Jom"?

Tanpa membuang masa, aku pun gerak keluar. Pertama sekali, lalu depan rumah Azri. Masih gelap. Aku ke rumah Halim pula. Pun macam tidak kelihatan tanda-tanda Halim dah bangun. Halim ni mudah jer tandanya. Kalau pagar dah buka tu, maknanya dia dah ada.

Aku pun terus mengayuh. Sebenarnya sebelum keluar tadi, aku dah mesej tanya dia orang jam berapa? Tapi tiada respon. Setelah aku berkayuh sampai ke Petronas, dia orang baru reply. Kata Halim jam 7.00 pagi. Azri pula jam 7.20 pagi. 

Semasa aku di jalan area tanjung, angin agak kuat. Susah nak kayuh laju. Kemudian hujan renyai-renyai. Aku terus maklumkan kepada Halim dan Azri.

Aku sampai Pantai Air Papan. Hujan renyai dan berteduh di bas stand sambil menunggu mereka. Hampir setangah jam berlegar-legar di pantai, aku pun bergerak pulang. Dalam perjalanan itu, barulah berselisih dengan mereka. Aku cakap, jumpa di port sarapan.

Hujan turun dengan lebat semasa di kedai Kak Ju. 5 minit kemudian, Halim dan Azri pun tiba dalam kebasahan. Hahahahaha.... Berborak panjang hal-hal politik negara. Dari isu Dato' Maszlee Malik meletak jawatan sehinggalah ke isu Sirul dan Azilah.

Selesai bersarapan, kami menyambung kembali kayuhan. Singgah sekejap di kedai basikal.

Halim ajak ke pantai Dataran Mersing (dulu dikenali Dataran Pulau). Rehat sebentar. Kemudian pulang.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...