12.2.22

--- Pre SUKMA, Rugby Test Match ---

Untuk entry kali ini, aku hanya up gambar je lah ye. Nak cerita pun tak tahu sangat game dia orang ni. Yang aku tahu, ni adalah Pra SUKMA. Wakil-wakil dari negeri turun memeriahkan pra SUKMA ini.

Aku pernah shoot ragbi ni tapi dulu macam lama game dia. Kali ni macam sekejap pula. Tak sempat nak fikir dah habis. Hahahahaha...... Mungkin sebab penat kot main lama-lama. So dia orang ubah format.

Game ini dijalankan di Padang Ragbi di Johor Bahru.

Tahniah kepada semua playersssssssssssssss.......







2.2.22

--- Bukit Buluh Red Forest #mantap ---

Macam biasalahkan, un-plan punya trip. Azhar just bisik-bisik nak ke Jerantut. Nak naik Bukit Merah. Bukan Bukit Merah Lake Town, Perak tu. That time kami tengah berbasikal di Rompin. Mulanya aku belum bagi kata putus sebab memikirkan tak cuti. Sambil meneruskan berbasikal, perkara itu berlegar- legar di minda. Terus aku minta Azhar ceritakan plannya. Selepas mendengar, aku terus on.

Hari yang direncanakan, 30 Jan 2022. Sekitar jam 1 petang, aku drive ke rumah Azhar dan park di rumahnya. Naik satu kereta jer. Azhar, Azry, Arif dan Fitri. Huish....aku jer F. Hahahaha..... Alhamdulillah, tak jem sangat walaupun time-time ni orang nak balik kampung. Perjalanan lancar sahaja.

Setelah beberapa jam dalam kereta, akhirnya kami pun tiba di pekan Jerantut. Terus ke hotel yang telah ditempah oleh Azhar, Town Inn Hotel (Latitude 3°56'15.12"N, Longitude 102°21'45.08"E). Rehat sekejap dan buat pengurusan diri. Pekan ni pun dah sunyi jer. Malamnya mati awal. Selesai buat pengurusan diri, keluar untuk mengisi perut.

31 Jan 2022 , hari yang dinantikan.... Bangun pagi seawal jam 6 untuk membuat pengurusan diri. Dah set jam 7.00 pagi tayar dah bergolek. So jangan lambat.

Perjalanan dari hotel ke parking (Latitude 4° 0'52.58"N, Longitude 102°23'35.57"E) memakan masa kurang setengah jam. Parking tepi jalan jer. Macam naik Broga tu. Tetiba teringat. Broga masih wujud ker?





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...