20.12.13

--- Solo Travel ke Pulau Langkawi ---

Alhamdulillah, Allah s.w.t masih memberi kesempatan dan peluang kepada aku untuk meneruskan hobi aku ini. Balik dari Rinjani, busy preparation untuk majlis pertunangan adik Bino iaitu Agon. Aku jadi jurugambar macam selalu. Then balik kampung menjengok family dan ada kenduri. Di kesempatan itu, join Azam shoot pengantin di Sungai Petani. Settle semua tu, baru buat planning tuk ke Langkawi.

Niat untuk ke Langkawi ni, dah lama. Aku ada ajak beberapa member yg lain tuk join tapi masing-masing ada hal dan komitmen katanya. Ada yang kat Thailand la, ada yang kat Mekah, ada yang tak der pitih dan bla...bla....bla.... its ok.

Kenapa beriya-iya sangat nak pergi Langkawi ni? Apa yang best sangat? Haaaaaaaa....... niat utama nak ke Langkawi ialah nak naik cabel car. Haaaaa......tu yang membuatkan aku berkobar-kobar sangat. Fyi, aku dilahirkan, dibesarkan, disunatkan dan bersekolah di Alor Setar. Kawin jer tak tahu lagi. Nama jer orang Alor Setar, tapi cabel car tu pun aku belom naik. Kuikuikui......

First step is ticket. Itu yang utama. Call my cousin untuk tempah tiket ke Langkawi esoknya. Namun begitu, tiket tidak boleh dibeli awal. Hanya boleh dibeli masa di kaunter sebelum feri bergerak sahaja. Namun begitu, aku guna kabel cousin ku , dan success. Nampak tak the power of cabel. Sebenarnya, rezeki dari Allah. Hihihihi....

18 Disember 2013
30 minit aku drive dari rumah menuju ke jeti Kuala Kedah. Parking berhampiran tempat sepupu aku kijer. So, its freeeeeee...... Ambil ticket dari my cousin. Yeaahhhh......harge ticket sekarang untuk dewasa ialah RM23. Nak bagitau juga, bahawa tiket balik pun tak boleh beli awal.

Ok, terus berjalan ke jeti. Sesampai jer, terdengar panggilan naik ke bot. Aku pun terus masuk ke laluan dan naik feri. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Untuk travel kali ini, pertama kalinya, aku bawa new baby, A77, 10-20mm Sigma dan 50mm f1.8 lens....hihihihi.....




Sejam lebih dalam feri...Zzzzz...... Tiba sekitar jam 11.15 pagi, satu jam lebih perjalanan. Alhamdulillah selamat. Tahap keterujaan yang tinggi tapi aku control-control supaya tak nampak excited sangat. Walaupun hanya travel ke Langkawi, feel tu macam travel ke luar negara. Aku dok feeling-feeling orang luar....puii....



Keterujaan tu, membuatkan aku terus bergerak menuju ke Dataran Lang. sebab nak berfoto-foto. Walhal, kalau ikut plan asal, bukannya dataran yang menjadi first lokasi untuk dilawati. Aiseh...!!! Tetiba aku teringat dan berpatah balik dan ikut plan.

First perkara yang perlu dilakukan ialah cari transport dan penginapan. Yup....itu yang sepatutnya dulu.



Aku berpatah balik dan berjalan-jalan sekitar kaunter. Tak susah sebenarnya sebab peniaga boleh tahu dan dapat baca apa yang kita cari melalui air muka dan karektor. Pastu galas beg travel plak. Hihihi....... Dengan ramah, aku di sapa dan ditanya, nak cari apa? Motor? Kereta? Basikal? Hotel? Motel? Semua ditanya. Hahahahaha......

Memandangkan aku seorang jer, aku pilih motor je lah. Dia kasi skuter, dengan rate RM45/24 jam. Aku sewa untuk 2 hari. Maka total RM90. Yeaahhh..... feeling excited sebab dapat naik motor. Oh ya! Jangan lupa minta map. Aku tanya, ada map tak? Akak tu cakap, lima hinggit. Aku pun macam, "hah...! Lima hinggit? ok....." Pastu akak tu senyum-senyum dan cakap, "gurau jer....hihihihi....". Aku senyum kembali. Aku ok jer. Mode travel. So tak ada marah-marahnya. Pandai akak kauter tu gurau. Orang-orang Langkawi ni mesrakan.

Dapat kunci dan helmet. Sebelum bergerak, sempat bertanya dulu, jalan menuju ke Pantai Chenang.


Maka, aku pun membonceng menuju ke Pantai Chenang. Seriously, feeling owesome. Hahahaha......... Sambil membonceng tu, aku sempat usha-usha signboard untuk melihat-lihat lokasi menarik yang bakal aku terokai nanti. Sekarang ni, target nak check-in dulu. Jam menunjukkan 12 tengah hari lebih.

Masa aku google aritu, sambil bertanya member-member, diaorang suggestkan Amzar Motel. Katanya, harga murah dan sesuai dengan mode travel dan bagpackers. Aku ada call nak booking sebelum datang ke Langkawi semalam, tapi katanya tak ambil booking. Just walk-in jer. Katanya lagi, dont worry sebab hari-hari ada orang check-out.

Tak sampai sejam membonceng, aku pun sampai di Chenang. Jika bawa laju, kejap jer sampai. Yang jadi lama tu sebab bawa slow. Berhati-hati tak nak sesat. Aku ni jenis stress jika sesat. Haaaaaaa.....

Singgah 7E area Chenang untuk top-up. Nak habaq, jika area Chenang ni, ada caj lebih bagi belian top-up. Masa aku beli RM30, caj RM0.50. Aku ada tanya, mereka kata, memang area Chenang ni ada caj dan mahal sedikit. Ooooooooo.......

Alhamdulillah, selamat sampai di depan Amzar Hotel. Aku parking, dan terus masuk. Tanya ada kosong lagi tak? Dia kata yang rate murah, dah habis. Tinggal yang RM1xx.xx jer. So, aku pun macam kecewa skit la.... alaaaaaaa....... sok sek...sok sek.... Orang tu cakap, "Jap....ada satu bilik tu tapi tandas cangkung la. Harga RM45...." Aku pun, tanpa banyak songeh, "Yesss, boleh encik." Aku terus book untuk dua malam, RM90 plus deposit RM50. Total RM140.

Segera ke bilik untuk buat pengurusan diri dan solat. Oh...! Aku terlupa yang aku belum makan apa-apa pun hari ni. Punya la tak ingat. Lagi pun, memang tak rasa lapar pun.


Dah siap semuanya. Aku pun dah dress up ensem-ensem. Sekarang nak mulakan jalan-jalan. Petang ini, aku memang target untuk ke cabel car. Kenapa? Sebab, itulah destinasi pertama blogger yang aku baca tu. Hahahahahaha....... Berpandukan map dan panduan encik motel tadi, aku pun bermotosikal ke sana.

Dalam perjalanan, melalui airport Langkawi, then ternampak ada orang jual air kelapa dan mihun sup. Mulanya aku terlepas, tapi aku berpatah balik. Yeaahhhh....!!!



Lebih kurang 30 minit kemudian, aku meneruskan perjalanan menuju ke destinasi.

Bagi yang tidak tahu jalan, jangan ada perasaan malu untuk bertanya. Map pun boleh. Sebab tu minta map tadi. Hahahaha.....




Dari pintu gerbang ini, sudah kelihatan kereta kabel nun tinggi di sana. So tinggi.....

Aku parking, then terus berjalan masuk.....owesome..... Mula mencari-cari kaunter tiket. Yes dapat. Tapiiiii........kena tunggu. Pada tiket ada tertulis boarding time. So, come back when its the time. So aku pun pusing-pusing dulu sambil melihat-lihat apa yang ada di sini.
Banyak jual baju-baju dan cenderahati. Aku terbekenan pada satu hand sock dan terus beli. Bergaya gak....hihihihi..... time travel sorang-sorang cenggini memang asyik feeling handsome jer....hahahahahaha.......







Selepas satu jam pusing-pusing, aku kembali semula ke kawasan kaunter sebab boarding time dah semakin hampir. So, semua pemegang tiket yang sama, dibenarkan beratur dan masuk. Tapi jangan fikir dah boleh naik gondola tu. Belum lagi ok. Selepas anda masuk tu, kena beratur lagi. So panjaaaaaaaaang......


Hampir jam 5 barulah aku berjaya naik gondola tu. Huhuhuhuhu...... Biasa la musim cuti sekolah. Menurut info, jika pergi time tak cuti, tak perlu beratur panjang cenggini. Sekejap jer.



Masa tengah beratur tu, ternampak perkataan 'single rider'. Aku pun tetiba teringat masa pergi USS dulu. Masa beratur tuk naik gondola, mamat tu tanya, "berapa orang." Aku jawab,"sorang jer". Then dia kata, "Jika sorang, boleh jer guna line singgle rider ni". Aku cuma tersenyum je la. Its ok. Hihihihi.........





Its a wonderfull view. Walaupun aku gayat, tapi aku belagak selamba je. Kontrol sebab dalam tu ada orang. Buat-buat berani. Tapi sebenarnya memang tinggi dan gayat. Hihihihi..... Aku turun di station pertama sebab nak layan view.















Ada tempahan makan malam katanya






Oklah, matahari pun dah nak terbenam. Tak elok lama-lama kat atas ni. Hahahahaha...... semua sudut dan ruang, dah pergi. Cuma jambatan tu jer tak pergi sebab tutup. Kata staffnya, sedang dibaikpulih. Dari pandangan jauh aku, kelihatan jambatan itu nampak macam senget sedikit. Hmmmm.... tapi jika molek pun, mungkin aku tak pergi kot. Nampak macam gerun jer.


Masa turun tu, aku bertanya pada seorang staff yang sedang menjaga gondala dan memberitahu yang saya seorang jer. Boleh guna line single rider ni tak? Dia jawab tak boleh dan kena beratur belakang sana juga. Hmmmmmm.......


Dalam perjalanan pulang ke Chenang, aku singgah sebentar di Pantai Kok. Kebetulan time sunset. Very nice moment....











Terus pulang ke motel. Pengurusan diri. Keluar makan malam area Jalan Pantai Tengah. Lebih kampung style dan tenang. Situ lebih murah. Its a tip buat rakan-rakan ye. Makanan area Chenang tu mahal. Tourist rate katanya.

Selesai makan malam, kembali ke motel dan jalan-jalan sepanjang Chenang tu. Actually its just like Trawangan dan Legion Road. Aku kurang gemar. Cuma club dan pub jer belom banyak. Katanya, ada 2 kat hujung sana. Pastu ada beberapa construction sedang buat. Aku pun balik tidur.


19 Disember 2013
Ok, today is a new day....tetiba? Whatever....... Hari ni punya aktiviti ialah Island Hoping. Semalam dah bayar kat kaunter motel. So tunggu depan motel jer. Katanya jam 9. Owh...! Awal lagi. So aku jalan ke pantai depan sana dulu. Sebelum tu aku p cari bekpest kat arae Jalan Pantai Tengah (rujuk map).



Waaaaaaa.......ramai gak orang dah bangun rupanya. Hahahahahaha...... Bersih pantainya. Landai..... Ada dok jongging-jongging, jalan-jalan. Ala-ala omputih style la gituuuuu.......







Bagi mereka yang tertanya-tanya macam mana nak hoping island ni, dont worry, sebab kebanyakkan pakej tu ada di hotel-hotel dan motel-motel penginapan. Mostly la. Boleh tanya kaunter dan mereka akan uruskan. Atau, boleh juga booking di area-area Chenang tu. Waktu malam tu memang bersepah-sepah ada. Hihihihihi......

Ok, van dah datang dan membawa aku dan beberapa orang dan family lain menuju ke port/stesen/jeti. Tak jauh pun. Sekejap jer dah sampai. Kelihatan ramai gak orang dan para pelancong. Depan sinun banyak bot-bot dok parking menunggu pelancong.

Pastu nanti agen akan kasi macam sticker tuk pelekat kat baju. Ni macam group agar memudahkan perjalanan. Jom naik bot.




Selfie jap.....hihihihi







Laju gak diaorg bawa. Yeaaahhhhh..... Pemandangan menarik pulau-pulau batu. Ada orang kata, ia seakan-akan Phuket. Yup, ada sedikit persamaan walaupun aku tak pernah pergi Phuket. Lebih kurang la. Hihihihihi......






Pulau yang pertama kami singgah ialah Pulau Dayang Bunting. Haaaaa....rasanya ramai yang tahu, kenapa dinamakan sedemikian. Tapi aku nak story juga. Hahahahaha.....dinamakan sedemikian ialah kerana bentuk pulau tersebut dari satu sudut, nampak seolah-olah seorang wanita sedang baring dengan bentuk perutnya yang kelihatan seakan-akan mengandung. Kalau bab-bab sumpahan tu tak pasti.












Di pulau ini terdapat banyak monyet. Dinasihatkan agar tidak membawa sebarang benda atau makanan di dalam plastik kerana ia menarik minat monyet-monyet. Monyet-monyet tu dengan selamba datang dan rampas beg plastik tersebut. Siap ada yang dok lawan tarik-tarik dengan monyet tu. Kelakar......hahahahahaha.....



Menarik lagi tentang pulau ini ialah terdapatnya sebuah tasik air tawar semulajadi yang dikenali Tasik Dayang Bunting. Haaaaaaaa....... Tasiknya besar dan sangat dalam ok. Nak tahu macam mana terhasilnya this tasik? U all google jer. Kat sini pun ada papan info menceritakan how it happen..... omputeh sangat.
















Masa diberi untuk lepak-lepak di Dayang Bunting ni sejam jer. Ada lagi 2 pulau yang nak dilawati. Jom...jom... orang so ramai musim cuti sekolah cenggini.






Aktiviti seterusnya ialah Eagle Feeding. Haaaaaa........ Nape nak kasi helang tu makan? Helang tu tak reti cari makan sendiri ke? Jawapannya, aku pun tak tahu. Yang pasti aktiviti ni memberi peluang kepada pelancong macam aku melihat spesis helang merah. Lokasinya berdekatan dengan Pulau Singa Besar (6°12'53.38"N 99°44'20.87"E).

Helang-helang sedang berterbangan
Tader banyak sangat gambar kat lokasi ni sebab aku tak pandai nak ambil gambar helang terbang-terbang ni. Lagi pula aku guna wide lense. Apapun, dapat juga aku lihat ketangkasan helang-helang ini menangkap ikan.

30 minit seterusnya, kami dibawa ke pulau yang terakhir iaitu Pulau Beras Basah. Kat sini untuk acara mandi-mandian. Aku tak mandi sebab nanti sapa nak jaga gajet-gajet aku kan. Gi tuuuuuu...... Lagi pun cuaca panas sangat dooowwww.....


















Settel ketiga-tiga pulau. Jom balik. Masa sampai di jeti tu nampak ramai orang dok kerumun sesuatu. Aku pun pi la nak tengok gak. Laaaaaaaa...... gambar-gambar rupanya. Pastu, ada mamat tu panggil dan tunjuk gambar aku yang telah diprint dan diframekan pada pinggan. Patut la tadi ada mamat dok snap-snap gambaq masa aku nak naik bot pagi tadi. Ni kerja dia rupanya. Ingatkan pelancong gak mamat tu.

Apa lagi, nak suruh beli la tu. Aku beli gak la sebab kesian orang cari rezeki dan menghargai karya mereka. Aku faham la sebab aku pun suka ambil gambar. Hahahaha.......


Balik ke penginapan untuk persiapan diri dan solat.

Rujuk map. Next destination is Beras Terbakar dan Makam Mahsuri.






Monumen penting

Komplek Makam Mahsuri












Rumah mahsuri dan telaga Mahsuri

Besaq congkak besaq ni, buah guli lagi besaq dari biasa la kot





Selesai berjalan-jalan di Makam Mahsuri yang banyak berubah ini. Dulu datang, takder pun kompleks-kompleks ni. Berubah sungguh. Hihihihi....... Pasni nak gi Bukit Raya plak. Dalam perjalanan tu ternampak signboard Kampung Buku Malaysia. Singgah jap. Usha-usha. Hmmmm....macam tak best jer. Tempat ni macam kawasan riadah. Ada sungai kecil....bla....bla....bla....











Ok, apa yang ada di puncak Bukit Raya ni? Di puncak bukit ni terdapat hotel bertaraf xtahu bintangnya. Mungkin bintang bergemerlapan kot. Tak kisah lah. Bagi mana-mana pelawat yang sesaja jalan-jalan, boleh la naik menara pandang yang tinggi itu untuk melayan view dan hawa sejuk. Berdasarkan info, bayaran RM10 dikenakan. Anda akan dapat minuman teh cina secawan. Haaaaaa....menarik tak? Mesti la menarik.
Aku tak naik sebab takut terlama dok kat atas sana. Dah la hari sudah petang. So aku layan dari bawah-bawah jer. Ramai gak pelancong mat salleh naik dengan motor ke puncak bukit ini. Hahahahaha....



Selesai melayan view di puncak Gunung Raya. Nice. Syahdu. Tenang. Nyaman. iLike...... Masa masih berbaki sebelum senja. Turun dari Bukit Raya, terus ke Telaga Air Hangat. Masa sampai tu pun dah agak lewat. Tapi boleh masuk lagi.

Seriusly, tidak seperti yang aku gambarkan. Ingatkan best, tapi suam-suam kuku jer. Kolam air panasnya pun sedih. Mungkin selepas diaorg dah buat jakuzi tu, so sesiapa yang nak, kena masuk sana. Haruslah kena bayar. Business maaaaaa.....





Alhamdulillah... Ok nak balik sudah. Sebelum gerak, tengok peta sebab nak tengok apa-apa yang tertinggal. Owh..... Tanjung Rhu. Macam best. Lagipun otw nak balik. Yeaaahhhh.....


Tapi malangnya, aku tak dapat masuk sebab sebelum sampai sana, dah ada pagar besi dengan guard Vietnam tahan dan tutup pagar. Katanya, dah lewat sebab tutup jam 6. Bukan aku saja, ramai gak kereta-kereta pelancong yang patah balik. Frust gak la. Datang jauh-jauh, tapi tak boleh masuk. Kedek la pak guard tu. Len kali, letak la signboard dari jauh, masa tamat lawatan. Haish.......

Dalam perjalanan pulang, singgah jap di Pantai Pasir Hitam atau dalam bahasa Kedah disebut Black Sand Beach. Pantai tersebut berdekatan dengan Jalan Tanjung Rhu. Layan sunset katanya. Dari pantai ini, boleh nampah Pulau Tarutao, Thailand. Bukan pulau yang depan dekat-dekat ni. Yang jauh sikit sinun. Rujuk google ok.



Kemudian, aku meneruskan perjalanan untuk pulang melalui Jalan Teluk Yu. Sampai satu simpang, aku lihat peta, ada Datai Island. Aku pun masuk simpang kanan. 15 minit kemudian, aku nampak signboard Taman Buaya. Aku meneruskan perjalanan. Lama gak la bonceng. Then aku rasa Datai Island tu macam jauh jer. So aku patah balik memandangkan jarum jam sudah hampir senja.

Sampai di Jalan Pantai Kok, aku singgah di Telaga Harbour Park. Situ merupakan pelabuhan bagi kapal-kapal layar.







Pada sebelah malamnya, aku lepak Dataran Lang sebab katanya ada Festival Malam Magikal. Ada keraian gi tu la.


Lagi sekali agak kecewa kerana tak ada apa-apa pun yang best. Haish..... Balik semula ke Chenang dan makan. Pastu jalan-jalan area kedai dan balik tidur. Esok dah nak balik. Dalam pada itu, aku mendapat perkhabaran dari teman-teman di Facebook yang mensyorkan satu tempat yang dikenali Kilim Karst Geoforest Park. Kredit to Azizah.


20 Disember 2013
Pagi ni aku terus check-out. Agak lewat check-out sebab ofis lambat buka. Hmmmm..... Pastu ada seorang pelancong ni macam mabuk-mabuk dan dok buat bising sebab beg dia dalam ofis tu. Dia plak nak kejarkan flight. Aku pun call-call ofis......hmmmmmmm......


Terus ke jeti. Letakkan beg di tempat simpan beg.  Then berpandukan peta dan bertanya orang, aku terus ke Kilim Karst Geoforest. Semalam member (Azizah) dah kasi nombor telefon Pak Ali yang boleh menguruskan tentang bot nak pusing-pusing Kilim.




Sampai sahaja di sana, aku telefon Pak Ali. Pak Ali kata, dia dah suruh anaknya uruskan. Jumpa ja anaknya. Dah jumpa, dia kata, kena tunggu sebab aku sorang jer. So dia akan masukkan aku dalam mana-mana group yang kosong.
Actually, kos bot tuk aktiviti ni agak mahal dan harga juga ikut masa perjalanan yang dikehendaki. Contoh, satu jam punya trip, berhaga RM250. Dalam satu jam tu, akan ikut route yang telah ditetapkan. So perlukan group melainkan banyak sangat duit. Haaaaaa......








Penantian yang penuh sabar, akhirnya berjaya juga. Saudara tu tanya aku nak pakej mana? Aku cakap, mana-mana pun boleh. Then, dia terus hantar aku pada sebuah group yang dah berlalu. Sempat lagi sebab group tu baru dekat check-point pertama. Berapa aku bayar? RM90 jer. Nak tahu berapa lama trip? Baca sampai bawah. Hahahahahaha....nampak tak permainan....


First point ialah Bat Cave atau Gua Kelawar. Nanti akan ada tour guide akan story la. Bla...bla...bla... dalam group aku ni ada Arab, India, Kemboja dan Cina Malaysia. So tour guide tu speaking. Mujur aku faham. Fuuuhhhh....








Next check point is Fish Farm. Berpeluang melihat spesis-spesis ikan yang jarang kita tengok secara live. Juga boleh memberi ikan makan. Satu lagi, dapat pegang ikan pari yang jinak. Hihihihihi....

Fish Farm



Jika perasan, sebenarnya route ni adalah menyusuri sungai di mana kiri dan kanan adalah pokok-pokok bakau. That why dinamakan Mangrove Tour. Mangrove mean bakau. Gi tuuuuuu....
Menurut tour guide, laluan ini akan menembusi Laut Andaman yang bersempadan dengan THAILAND.

Apa yang membuatkan aku suka aktiviti ni ialah kerana ia sangat mendamaikan pabila dapat melihat alam di samping menimba ilmu dari tour guide ni. Mungkin bagi sesetengah orang, very the bored. Tapi takpe, masing-masing pendapatkan. Hihihihi....


Crocodile Cave










Eagle watching and feeding




Hampir 3 jam lebih menyusuri laluan paya bakau, kami tiba di exit Laut Andaman. Kami di bawa ke sebuah restoran terapung di sini. Haaaaaa....rupa-rupanya, lunch time. In package lagi. Wow.....

Kami sekarang berada di Laut Andaman......







1 jam luch. Kemudian, kami meneruskan lagi trip ke sebuah teluk untuk acara mandi manda.






Akhirnya, sampailah aku pada lokasi yang aku tunggu-tunggu. Lokasi di mana kelihatan KILIM GEOFOREST PARK.



Selesai trip aku. Alhamdulillah. Puas sangat.

Aku terus ke jeti. First, cari tiket dulu. Ok, sempat lagi nak makan. Settle makan, aku berlari pula ke Dataran Lang. Haaaaaaa........ bukan menarik sangat pun, tapi kena pergi juga sebab nak snap pic, as a bukti yang aku sampai Langkawi. Hmmmmm.....hahahahaha.....















Masa is time. Aku berlari-lari menuju ke jeti. Ke tempat simpan beg, capai dan terus ke balai menunggu. 15 minit menunggu, panggilan pun kedengaran dan masuk ke feri.

Syukur, selamat sampai di Kuala Kedah. Tamat trip solo aku.




Jumpa lagi di lain punya trip. Yeaaahhhhh.... Beijing wait for me...!!!

14 comments:

  1. salam :) terbaik bro! punya la susah nak cari blog yg wat solo travel ke langkawi ni, finally aku jumpa gak :)

    nak tanya, amzar motel ok x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply sbb masalah internet...... bg saya ok jer......sebagai backpackers, xboleh nak selesa sangat.....jika anda dah pergi ke langkawi tu, semoga success.....hahahahahahahahaha

      Delete
  2. brpa bnyk yg hbis utk travel ke lngkwi nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmmmm...tak hingat la saudara....hihihihi...rasanya xlebih 3 ratus kot....hihihihihi

      Delete
  3. bro, ada facebook ? nak tanya pasal langkawi hehe

    ReplyDelete
  4. Nice bro! Serius best baca hang punya blog!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih....jika cerita saya dapat membantu saudari, saya dah rasa happy....

      Delete
  5. Kalau perempuan travel sorg2 & drive kat langkawi ni selamat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tu bergantung pada banyak faktor. Tapi untuk shot advice, saya syorkan berteman. Lebih baik kita berjaga2 sebelum perkara buruk berlaku. Hihihihi....

      Delete
  6. Hi.. Saya baru baca blog awak.. Sebab tengah plan nak travel solo.. Ok kot kalau ikut guide ni kalau solo travel untuk perempuan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...