31.3.20

--- Hari Ke Empat Belas Perintah Kawalan Pergerakan ---

Hari ini hari ke empat belas. Tarikh PKP #covid-19 tamat sebelum dianjak ke 14 April. Sejak semalam ada pengumuman beberapa kawasan telah diperketatkan PKP ini (PKPD). Mersing tidak termasuk dalam PKPD. Berikut adalah RED ZONE #covid-19 :

01. Lembah Pantai
02. Petaling
03. Hulu Langat
04. Seremban
05. Kluang
06. Johor Bahru
07. Kuching
08. Kota Bharu
09. Kinta
10. Gombak
11. Tawau
12. Hilir Perak
13. Titiwangsa

Lebih kurang jam 12 tengah hari, aku ke pejabat sekejap. Nak tukar penghawa dingin di bilik server dan ict.

Baliknya singgah kedai beli epal.

Kemudian lanjut ke Klinik Rakyat di Taman Tun. Kelihatannya hanya aku seorang sahaja waktu itu. Daftar dan menunggu panggilan. Kurang 3 minit, MA datang minta aku duduk untuk buat pemeriksaan sikit. Beliau juga buat ujian kandungan darah. Alhamdulillah, semuanya normal dan baik. Next is jumpa doktor. Berharap doktor yang sebelumnya tapi kata MA, hari ini hanya pelatih sahaja.

Doktor:
   Apa masalah En. Fitri?

Aku:
   Saya ada masalah dengan bahu dan belakang kepala yang rasa berat dan kadang-kadang kebas. Bukan sakit kepala, cuma rasa tak selesa.

Doktor :
   Umur berapa?

Aku :
   38

Doktor :
   Sudah berkahwin?

Aku :
   Belum.

Doktor :
   Ada pasangan?

Aku :
   Belum.

Doktor :
   Kenapa?

Aku :
   Entah. Malas fikir. Tak tahu.

Doktor :
   Hummm... Maaf soalan peribadi sedikit. Awak lebih tertarik kepada lelaki atau perempuan? 

Aku :
   ... Perempuan.

Doktor :
   Yakin?

Aku :
   Iyaa...

Doktor :
   Ok...! Maka sejak bila rasa?

Aku :
   Dah 5 hari. Saya datang sebab nak dapatkan pengesahan. Mana tahu ada penyakit serius dari kepala saya ini. Kanser mungkin.

Doktor :
   Jauhnya fikir. Kalau kanser, kondisi encik tidak macam ini. Encik kena sentisa fikir yang positif-positif. Dekakan diri dengan Allah. Bla...bla...bla...bla.... So, nanti datang semula bila?

Aku :
   Seminggu lagi. Terima kasih doktor.

28.3.20

--- Hari Ke Sebelas Perintah Kawalan Pergerakan ---

Tak ada idea nak update apa... Hari-hari benda yang sama jer aku buat. Cuma lately ni aku dah malas masak. Aku order food panda jer. Kurang semangat dah nak masak walaupun ada jer bahan-bahan kat dapur.

Tadi berita ada khabar yang kemuncak pertambahan bilangan Covid 19 adalah pada pertengahan bulan April. Korang rasa? Mungkin tempoh ini akan berlanjutan. Mati la mak nak.

Semalam dalam group whatsapps gunung, ada satu group mendaki yang aku kenal. NEX, mohon kerajaan Malaysia membawa mereka pulang. Sekarang mereka di Nepal. Trip EBC kalau tak salah. Dalam gambar tu tak nampak Abang Shariman. Kita menjangkakan konpom kena kecam dengan netizen. Tapi harap-harap netizen insaf la kot musim Covid 19 ni.

Setiap kali selepas solat fardhu, buat solat hajat. Mohon Allah kuatkan semangat manusia-manusia menghadapi ujian ini.

Sejak semalam pula, trending #makkiahjualgorengpisang. Ini berikutan daripada contoh yang YAB PM kita memberi contoh pakej ransangan ekonomi terbaru. Tahniah Makcik Kiah.


Paling tak tahan, ada statement orang tanya, mana pergi kerja rumah boleh untung ribu-ribu tu? Mana dia? Waktu ni kenapa hilang? Waktu ni la orang semua dok rumah nak berniaga.... Mana haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....?

25.3.20

--- Hari Ke Lapan Perintah Kawalan Pergerakan ---

Tak tahu nak tulis apa....

Yang pasti, petangnya ada pengumuman bahawa PKP dilanjutkan hingga ke 14 April 2020. Aku hanya tengok melalui group-group. Paling sebak apabila PM juga sebak masa baca doa.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita dalam menghadapi ujian ini.

24.3.20

--- Hari Ke Tujuh Perintah Kawalan Pergerakan ---

0030... Cuba untuk tidur tapi gagal. Kepala rasa something. Bukan sakit tapi....entah la. Dah buka Yasin. Dah solat sunat pun still gagal. Aku rasa takut dan risau. Maybe overthinking. So aku bangun dan buka komputer semula yang tadi aku off. Buka iflix. Ada cerita Indonesia, Terlalu Tampan. Selalunya aku malas layan tajuk yang kita boleh jangka mesti cerita pun bukan-bukan. Ternyata salah. Indonesia ni dia punya penyampaian sangat berbeza. Cerita komedi tapi best. Satu lagi, plot cerita ceritanya tak bosan dan logik.

Aku bagi satu contoh ye.....babak memandu di dalam kereta. Apa kebiasaan drama Melayu? Lampu dalam buka? Alasannya sebab pencahayaan. Tapi in reality, mana ada orang mandu buka lampu dalam kereta. So ini maksud aku, cerita Indonesia ni scene yang tak logik tak perlu. Jangan diada-adakan....

Last, shoot dia nampak dekat. Full frame mungkin.



Aktiviti sampingan...

Sekarang jam 0330.....masih belum tidur. Jam 8 aku nak kena ke pejabat. Nak ON server sebab unit kewangan ada kerja. Tapi aku belum tidur ni. How....?

Sambung cerita Filipina pula.


Selesai Subuh, tidur-tidur ayam kejap. Sana...sini.......last sekali kat workout bench kat luar rumah. Sedap kat luar sebab sejuk. Senang nak terjaga sebab ada sejam sahaja untuk tidur. Jam 9 pagi server dah kena ready. So aku set alarm jam 0830.
Di pejabat, tanpa membuang masa, terus ke bilik aku dan ON server. 10 minit.....server ready but internet not. I call HQ. Make a report loq. Tapi belum sempat log, internet pun ok. Yes..... Aku menuju ke unit kewangan dan pastikan komputer mereka ready to use. Done...! I'm go back.

Singgah kedai runcit beli beberapa keperluan.

Tidur.........

Jam 1330..... Terjaga dari tidur. Zohor. Lapar......... Malas masak. Terus ke apps Food Panda. Order Nasi Ayam Penyet. 10 minit kemudian.........my order is cancel due traffic order. Hummmmm....... Order kedai lain pula. Kali ni order Otai Nasi Lemak dari kedai Otai Loco.

Sambung tidur. Plan petang ni nak basuh kereta walaupun kereta tak kotor sangat. Hahahahaha.... 

Tapi akhirnya tak jadi basuh kereta sebab bangun lewat. Jam 6.35 bangun. Esok je lah basuh.

Malam menjadi satu trauma pula bagi aku sejak dua menjak ni. Bila malam jer aku mula resah. Ya Allah....bantulah hamba Mu ini.

23.3.20

--- Hari Ke Enam Perintah Kawalan Pergerakan ---

What a next day of #PKP #perintahkawalanpergerakan sempena membendung wabak #covid19....and another day late wake up. Jam 4 pagi baru tidur selepas layan Dua Garisan Biru melalui iflix. Percuma sempena covid19.




Buat pengurusan diri. Kemas itu ini sikit-sikit. Semak group-group. Just skrol..... dan satu group telah meremove aku apabila ada kebocoran maklumat. Not me. I already request not into that group early.

2 3 hari ini Che Ta dan Syafiq dah kurang ada kat rumah. Ni sebab ada beberapa kucing jantan lain datang lepak-lepak sini dan bergaduh. Semua kerana perempuan....hummmm....

Ada seorang staf mesej tanya samada aku ke pejabat? Aku cakap sepatah jer, covid 19. Tamat dengan cepat perbualan kami. Hahahaha....

Dah jam 1230. Hummmm...nak kena masak pula. Simple jer lah. Nasi, sardin dan telur goreng. Siap..... Makan sambil layan Avatar.

22.3.20

--- Hari Ke Lima Perintah Kawalan Pergerakan ---

Morning guys....

Sedang cuba mikir benda nak buat agar sibuk. Perut dan bahu rasa tak selesa. Semalam pun tak dapat tidur dengan tenang sebab keresahan.

Pagi buat kerja-kerja pejabat sikit. Tolong staf.


Layan tv...layan lagu...layan movie.....


Hampir 20 kali ulang tengok episod ni. Episod Siti Nordiana paling meriah untuk musim ke 3 setakat ini.

Setiap hari ada jer rayuan dari pihak kesihatan kepada geng tabligh untuk membat saringan kesihatan. Satu lagi is penumpang bas Plus Linear. Kes kematian juga turut meningkat. Menakutkan. Semoga Allah membantu kita.



Masa untuk makan tengah hari. Semalam dah beli bahan-bahan masak. So tengah hari ini nak masak nasi goreng kampung.

Kupas bawang merah, bawang putih dan cili hijau. Tumbuk bersama. Panaskan minyak. Masukkan bahan tadi. Tunggu bagi naik bau. Masukkan nasi dan perencah nasi goreng kampung. Tak kisah jenama apa pun. Gaul hingga sebati. Masukkan telur di tengah-tengah. Gaul sekali dengan nasi. Tunggu hingga semua masak dan kelihatan boleh di makan. Siap....




Lepas makan tentulah mengantuk. Tidur kejap.

Bangun petang. Need same activity. Ok, nak kemas rak tv dalam bilik tidur yang sudah berhabuk itu.

Malamnya aku buat lagi nasi goreng macam siang tadi sebab ada nasi lebih. Tapi kali ni tak sesedap siang tadi. Tak pasti apa yang salah. Rasanya minyak terlebih kot. Hummmm......

19.3.20

--- Hari Kedua Perintah Kawalan Pergerakan ---

Hari kedua.......

Semalam tidur agak lewat kerana tidur siang Jam 3 pagi rasanya. So pagi ini sekali lagi terbabas sedikit. Tapi dah cover...... Semoga Allah mengampuni kita semua. Amin.

Perkara pertama hari ini aku fikir ialah nak makan apa? Nak masak macam semalam? Rasa bosan. Yes, install Food Panda. Food Panda ni baru seminggu lebih kat sini. Dua tiga menjak ni pun kelihatan dalam ig rakan-rakan, rancak mempromosikan food delivery. Lagi rancak apabila arahan atau Perintah Kawalan Pergerakan.


Sebelum sambung blog, usha-usha jap Whatsapp dan Teleg. Aduh, group apa plak ni add? Group AJK Covid19............. Ok, kena buat data nih...!!!

Nak layan tv? Ah...!!! Malas la tengok. #astro pun asyik bagi cerita pasal pembunuhan....penyakit....pembunuhan....penyakit....pembunuhan....penyakit....... Langsung tak ada yang positif. Mentality apa la diaorang ni.

Lunch dah sampai guys.... Nasi Ayam Otai katanya.


Selesai makan, tidur tengah hari hingga jam 3.30 petang. Bangun untuk Zohor. Itu ini.....Asar. Petang buat workout sikit. Maghrib....... Layan Avatar. Isyak........pastu join bacaan Yasin di rumah masing-masing.


Sebenarnya aku ada sedikit sindrom mudah panik. That why aku tak baca info-info covid ni. Ia boleh memberi kesan. Entah la. Lately ni aku mudah cepat resah pada sesuatu perkara.

Malamnya aku hanya masak nasi dan goreng telur jer. Sambal siang tadi sedap. Aku simpan sikit untuk malam. Hihihihi...


Zzzzz.....

Semoga Allah menolong kita dari #covid19

18.3.20

--- Hari Pertama Perintah Kawalan Pergerakan ---

Macam biasa......jam dan henset alarm berdering seperti yang ditetapkan. Sama jer dengan semalam, semalam, semalam dan semalam. Covid-19 tidak memberi kesan kepada masa.

Aku terjaga.....cuma pagi ini terbabas sedikit hingga jam 7.15 pagi. Kelam kabut bangun untuk Subuh. Kemudian baca empat surah lazim dari Al-Quran. Baru mula buat sejak covid-19 ni. Manusia memang bila dah susah, baru teringat Tuhan. In Shaa Allah, akan cuba istiqamah. Mungkin ini panggilan atau mesej dari Allah kepada aku. 😓😓😓

Ke jendela. Nampak Syafiq tengah lepak-lepak bawah motor. Aku panggil jer terus dia menggelabah datang dan nak masuk rumah. Memang itu rutin dia. Aku pun terus bagi dia makan. Dia bukan nak makan sangat pun tapi memang dah otak dia telah diprogram begitu. Mesti nak masuk rumah.

7.40 pagi.....Dhuha... Bancuh air Nestum. Sementara tunggu sejuk, tengok group Whatsapp dan Telegram. Hanya sekadar skrol. Syarat jer. Terlalu banyak informasi. Pastinya informasi tentang covid-19. Arahan itu...arahan ini...... Memang aku takkan baca. Baca tajuk dan sikit-sikit jer.

Sapu sampah di garaj. Sambil melayankan Syafiq. Sisir bulu dia kasi bersih. Che Ta mana tah. Tak nampak plak pagi ni. Cabut-cabut rumput di depan rumah. Rumput sikit jer. Saja nak kenakan badan dan muka dengan matahari pagi.

Tak banyak kereta lalu lintas depan rumah pagi ini...

Jam 9 pagi, ke pejabat untuk ambil botol air yang tertinggal. Kena tahan dengan guard. Selalunya lepas tapi pagi ini ada guard baru. Pas plak tak bawa. Aduhhhh....!!! So kena tulis buku. Di samping ambil botol, nak hidupkan penghawa dingin di dalam bilik server dan matikan penghawa dingin bilik ict.

Terus balik. Tak mau lama-lama kat luar. Takut. Boleh lihat pagi ini, jalan utama lengang.

Di rumah, mengadap komputer pula. Semak email dan page.

Sedar tak sedar.....sedang asyik membuat blog, dah menghampiri jam 1 petang.  Rasa nak tidur kejap. Nak ambil sunat tidur sebentar sebelum Zohor. Tadi aku dah masak nasi, sardin dan telur. Lepas Zohor baru nak makan.

Menu hari pertama

Menu tengah hari. nasi + sardin + telur goreng. Nasi aku masak 2 pot. Senang nanti malam tak yah masak. Sardin pula tin kecil. Dalamnya ada 3 ekor. Aku makan 2. Seekor lagi untuk malam. Telur 2 biji. Habiskan semua. Malam goreng lain. Menu-untuk kelangsungan hidup. Hahahahahaha....

Petangnya melayankan I Can See Your Voice musim lama-lama. Kemudian kemas rumah. Vakum bilik tidur.

Maghrib...

Panaskan sardin siang tadi. Stimkan bronkoli dan goreng telur. Makan malam siap. Sambil layan Hellboy 2019.

Katanya ada live amanat dari PM. Aku tak sanggup lagi tengok dan dengar. Pada rakan-rakan, followlah arahan yang dikeluarkan. Untuk kepentingan sejagat.

Oklah, dah nak sleep. Esok nak menghadapi hari ke dua pula.

Allah.....semoga Allah membantu kita....amin....

Macam detailkan entry kali ini. Ye lah banyak masa. 14 hari tau perintah ini.

#civid19
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...