19.5.22

--- Mount Pulag, T-shirt Yang Masih Ada ---

Kemas-kemas bilik, jumpa pula t-shirt pink ini. Masih dalam keadaan baik. Kenangan..... Log pendakian boleh klik mengikut episod yang berlainan, Episod 1, Episod 2 dan Episod 3.




4.5.22

--- Raya Terkejut ---

Permainan media memang macam tu. Yang baik sedikit jer dipamerkan berbanding yang sensasi, fitnah, tak betul, kontroversi dan lain-lain. Dia claim dapat informasi. Tapi mana bukti sumbernya? Semuanya hanya andaian dan juga ambil dari sosial media.

Aku tak rasa ramai orang terkejut atau kelam-kabut raya Isnin. Terkejut tu ada la cuma tidaklah seperti yang digembar-gemburkan. Hakikatnya orang ramai lebih banyak yang layan sahaja. Tak kisah raya bila pun. Tapi media menunjukkan bahawa satu Malaysia panik. Adakah itu cara mendidik generasi?

Nak tanya, kalau raya jatuh Selasa, adakah semua orang bersedia? Hmmm...sama jer. Jem tetap jem. Barang tetap mahal. Baju tetap tak siap 100%. So why bother..... Hahahahahahahahaha......



--- Gerah, T-shit Yang Masih Ada ----

#tshirt...
Masih ada t-shirt ni dan masih muat. Antara kenangan trip ini ialah Bukit Bongok. Mmmmmm...... Catatan log trip ni dah tak ada sebab masa tu aku buat catatan dalam multiply.com. That time antara platfom yang in-trend. So bila nak cari semula memang tak ada. Gambar in shaa Allah masih ada. Nanti aku cuba up semula. Ada Gerah ke dua aku join bersama student MSU.

Catatan yang masih ada pun sedikit. Boleh klik di sini.



PPost Before “read more” And here is the rest of it
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...