Alhamdulillah....perjalanan kami dari airport ke kaki gunung (6°55'44.71"N 125°20'35.98"E) yang memakan masa 2 jam lebih selamat sampai. Kami tiba sekitar jam 5 pagi waktu tempatan. Jam 5 pun dah cerah guys. Untuk maklumat, waktu Malaysia dan Davao adalah sama. Bezanya cuma matahari sahaja.
Di sini kami berhenti berehat dan sarapan pagi. Agak-agak boleh makan tak? Aku 100% was-was. Hahahahahaha..... Sebelah kedai makan tu adalah kedai daging khinzir. Kedai makan ini juga bukan dimasak oleh orang muslim.
Oleh itu, kami makan Brahim's yang kami bawa. Legaaaaa.......
Cuaca pagi sini sedikit dingin. Kawasan pergunungan katakan.








