26.6.21

--- Jauh Membantu, SV Ke Tenggaroh 3 ---

Dah sampai mana guys? Bagi pejuang-pejuang SV lain mungin dah jauh menjelajah dalam daerah Mersing. Aku baru nak jauh sikit iaitu Tenggaroh. Tenggaroh 3 lebih spesifik khususnya. Felda ni lebih mudah kerana lebih tersusun.

Jika kita makan kek, kita makan bahagian demi bahagian kan? Lama-lama kita nampak kek itu akan habis berbanding, kita makan ambil sana sikit...sini sikit...situ sikit.....bila nak habis. Kita akan rasa banyak. So begitulah analoginya. 

Dengan sebuah van (RISDA) dan 2 buah kereta kot, kami bergerak menuju ke Tenggaroh 3. Bro driver agak ramah berbual sepanjang perjalanan.

Berhenti di stesen petrol sekejap kerana ada SV kita sakit perut. Kemudian meneruskan perjalanan yang sudah tidak berapa jauh. Hihihihi..... Rasa macam terlalu jauh perjalanankan cara bercerita... Hahahaha....

Kami diturunkan di Hentian Kasih, Tenggaroh 3. Berkumpul di sini. Macam biasa akan diberi taklimat. Taklimat penting tau guys bagi melancarkan perjalanan aktiviti. JKKK Tenggaroh 3 pun sudah siap sedia. Kami terus dibahgikan mengikut kumpulan dan ikut JKKK. Sporting habis akak-akak ni.

Owh....lupa nak mention, bancian ini turut dibantu oleh SV Tenggaroh. Rasanya mereka terdiri daripada murid-murid lepasan sekolah menengah dan dibimbing oleh guru mereka. Good...good... Setidak-tidaknya mereka menghabiskan masa mereka dengan aktiviti berfaedah untuk masyarakat. Sesuai dengan hadith Rasulullah :

"Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain"

Hadis Riwayat Ibn Hibban 

Alhamdulillah....


25.6.21

--- Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Di Kem Sekakap ---

Kali ni bertugas tanpa Ijoi berikutan kawasannya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kerana terdapat kluster mee bandung. Hummmmm......

Walaupun aku tak bagi nama untuk bertugas minggu ini sebagai sukarelawan, terasa macam nak join juga. Niat nak rehat tapi bosan juga kalau tidur lama-lama. Kerja memang banyak tapi takkan siap juga kalau aku dok rumah. Baik aku join. Buat benda yang aku suka. ON selalu.

Boleh pilih samada nak bertugas di lapangan di kawasan Endau atau di PPV Kem Sekakap. Memangdangkan nak rasa macam mana bertugas di PPV, aku pilih Kem Sekakap jer. PPV Kem Sekakap ini dikatakan sejenis PPV Mobile kerana atas permintaan. Hari ini PPV utama di Dewan Jubli Intan is close.

Tanpa berkumpul di port biasa seperti sebelum ini, boleh terus sahaja ke Kem Sekakap. Nampaknya petugas-petugas dah berada di situ seawal pagi untuk menyusun atur segala kelengkapan. Lajunya bekerja. Terbaik......

Setengah jam kemudian baru kelihatan beberapa orang SV tiba untuk membantu. Sarapan pagi telah disediakan. Makan dulu.


Team KKM dah bersiap sedia



19.6.21

Sukarelawan Vaksin di Seri Pantai

Jika semalam kami di Taman Sri Mersing yang dikatakan taman yang terbesar, hari ini, kami di kawasan Seri Pantai pula. Rasanya kawasan ini lebih besar berbanding semalam. Rumahnya berselerak menjangkau kawasan-kawasan yang belum pernah kami jejak bagi orang luar.

Berkumpul terlebih dahulu di port biasa. Sarapan. Bergerak menuju ke rumah Ketua Kampung Seri Pantai, Tok Padil. Betul ker? Alamak, dah lupa nama ketua kampung. Itu memang kelemahan aku untuk mengingati nama orang. Muka, in shaa Allah ingat. Hihihihihi....

Untuk ke Seri Pantai, kami dibenarkan untuk menaiki kenderaan sendiri.

Tiba di rumah Ketua Kampung, kami diberi taklimat terlebih dahulu dan bacaan doa sebelum memulakan misi. Setiap kumpulan ditemani oleh orang kampung itu sendiri sebagai penunjuk arah dan pemudah cara.

Maka berseleraklah kami di muka bumi Seri Pantai yang berbukit-bukit ini.....#mukabumi. Rumah-rumah boleh dikatakan agak jauh dan berselerak. Kena kerja keras hari ini guysssss.... Bancian hari ini membawa ke petang sebab ada kawasan yang tidak sempat diterokai.

Owh.....kami juga turut dingatkan agar berhati-hati kerana kawasan ini ada individu/keluarga yang bergelang pink.

Nasi lemak bawa sendiri
 



Jangan sedih sangat dik. Belum mula

18.6.21

Sukarelawan Vaksin di Taman Sri Mersing

"...kalau daftar hari ni, bila boleh dapat? Kalau dua tiga bulan, tak payah daftarlah...bla...bla....bla.....", bebel seorang pakcik terhadap seorang sukarelawan.

Entry kali ini aku mulakan dengan suasana yang sedikit tegang yang berlaku pagi tadi. Saja nak kasi vibe yang berlainan.

Kejadian ni bukan terjadi pada aku, tapi pada adik sukarelawan yang lain. Aku hanya menyaksi dan mendengar sahaja. Aku yang dengar masa tu pun rasa macam nak marah sama tapi adik tu bagus. Tenang jer. Memang cool. Sukarelawan sejati ko dik.

Semalam hujan membawa ke pagi. Renyai-renyai. Semua diminta berkumpul di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tenggaroh jam 7.45 pagi. Sila bawa baju hujan dan payung pesan urusetia dalam group whatsapp. Sarapan disediakan macam biasa (nasi lemak).

Tak lama sesi breakfast pagi ini terus taklimat. Pagi ini fokus ialah di Taman Sri Mersing. Katanya merupakan taman terbesar di dalam Mersing. Jangkaan siap adalah dalam jam 3 petang. Waaaaaaaa.......





 

12.6.21

Join Sukarelawan Vaksin

Nak buat story atau tak? Nak buat atau tak? Buat atau tak?.........Ok buatlah. Dah lama blog ni tak der story atau entry sejak aktiviti travel atau outdoor terputus dek kerana #pkp yang pelbagai versi. Tapi thats not a issue. PKP ni dibuat untuk kebaikan manusia sejagat. So why bother...why bother... #divaaa.

Sehari awal dapat mesej dari seorang rakan kerja tentang aktiviti sukarelawan ini. Was-was juga nak join sebab aku agak paranoid. You know la why kan kenapa. Aku cuba brain wash rakan aku tu. Tapi gagal.

Ok....settle isi form dan bagi detail diri pada PIC.

Sabtu, jam 8.00 pagi, dah berkumpul di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Tenggaroh. Breakfast disediakan. Makan dulu. Sejam kemudian sedikit taklimat berkaitan perjalanan program hari ini. Paling penting ialah taklimat dari doktor berkaitan SOP dan pemahaman vaksinasi agar kami boleh menyakinkan masyarakat. Walaupun ada di kalangan sukarelawan ini masih ragu-ragu dengan vaksin. Hummmm...aku la tu. #agen #konspirasi #cip #dajjal

Antara intipati taklimat adalah mewujudkan imunisasi kelompok. Sama seperti penyakit cacar, rubela, polio dan lain-lain yang kini jarang-jarang berjangkit. Itu adalah salah satu contoh proses vaksinasi yang telah kita lalui sejak lahir dan di zaman sekolah. Cuma kita dewasa ini tak perasan apabila netizen atau sosial media lebih menggembar-gemburkan informasi palsu lebih dari yang sebenar. Walhal netizen dapat hidup sampai sekarang ni sebab ambil vaksin masa kecil.

Seterusnya vaksin ini adalah untuk meransang sistem imunisasi badan agar kenal akan virus covid-19 sekiranya terkena pada masa depan. Ini menjadikan seseorang itu kurang mendapat gejala yang lebih serius seperti sesak nafas. Mungkin hanya sekadar demam. Itu reaksi normal sistem badan.

Pendek kata, apa yang doktor terangkan adalah seperti dalam TV. Dia ulang balik jer skrip tu.

Sebelum mengakhiri taklimat, ada sesi Q n A. Sesi ini tidak dilepaskan peluang oleh En. Ijoi dengan bertanya 2 soalan penting.

Soalan 1 : Ok doktor.. Kita keluar untuk rumah ke rumah, then maklumat perlukan IC. Walaupun saya dah complete dua dos vaksin, tapi keraguan tu tetap ada. Macam mana dengan SOP sekiranya kita pegang IC orang yang nak kita daftarkan?

Jawapan : Guna sanitizer selepas tu. Kalau ada ruang, boleh letak atas meja atau tempat yang sesuai mengelakkan jangkitan sekiranya ada orang dalam rumah sedang kuarantin atau ada virus.

Pendek kata contactless. #ijoidahduados #contactless

Soalan 2 : Macam mana kita nak fahamkan pada masyarakat tentang suntikan vaksin. Kebanyakan fahaman mengatakan kebimbangan sekiranya ada pnyakit, contohnya penyakit darah tinggi, kencing manis mungkin ada kesan selepas tu. Apa pendapat doktor?

Jawapan 2 : Daftar sahaja dulu pada My Sejahtera cumanya yang ada penyakit, mungkin kena kawal dulu. Tapi kalau suntik tak ada apa sebenarnya. Sebab vaksin yg dibekalkan ditempat kita buat masa ini ialah Sinovac dan Pfizer yang bersesuaian dengan kondisi tubuh dan environment tempat kita. Di bandar-bandar besar, Astrazeneca dah ada digunakan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...