31.8.15

--- Pendakian 7 Gunung Johor 2015 (#merdeka58) di Gunung Arong ---

Ini merupakan program sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke 58. Johor menganjurkan aktiviti mendaki 7 gunung yang terdapat di dalam negeri Johor. Setiap pendaki perlu berada di puncak setiap gunung ini tepat jam 12 tengah malam.

Apa? Hmmmm…… 7 gunung bermakna 7 kumpulan. Aku memilih Gunung Arong kerana mudah. Hahahahaha….. Takder lah. Gunung ni lebih dekat dengan rumah aku. That why la.

Upacara perasmian atau pembukaan diadakan di Stadium Larkin, 30 Ogos 2015. Kemudian bergerak menuju ke destinasi masing-masing.

Pelajar-pelajar Politeknik Pasir Gudang memonopoli pendakian Gunung Arong (40 orang lebih). Selebihnya terdiri daripada persatuan-persatuan pendaki, individu perseorangan, guru-guru, jurutera-jurutera, doktor-doktor-doktor dan lain-lain. Pendek kata orang Malaysia lah.

Semua warga Johor jer ker? Tidak leerrr. Kitakan satu Malaysia. Bertemakan #sehatisejiwa, kita terima dari pelbagai negeri. #matakatatastangankatdada

*kata ganti diri mereka digunakan kerana aku tiba di tempat kejadian pada masa yang sama dengan mereka

Mereka tiba di Pantai Tanjung Resang pada waktu petang. Taklimat diberikan oleh go-go, Encik Hanifan. Mendirikan khemah dan membuat pengurusan diri.

Aku, Azizah, Adi dan Faiz tiba di Masjid Tanjung Resang sekitar jam 6 petang lebih. Aku ingatkan mereka akan berkhemah di dalam sana. Rupanya tidak. Mereka berkhemah di pantai.

Setibanya kami di pantai, mereka telah pun siap mendirikan khemah. Salam-salam dan lepak-lepak menanti hari malam. Hahahahaha….

DSC01265

DSC01266

Selesai Maghrib, kami bersiap-siap untuk berjalan menuju ke masjid.

Kami makan malam di masjid. Bacaan doa dan taklimat daripada pihak Perhutanan dan Perhilitan Selatan Timur, Mersing.

Mula mendaki…

DSC01276 copy

Tadi sebelum gerak, Adi ada tanya, bawa kamera tak? Pantas aku jawab, haruslah bawa. Then aku terfikir, malam aku nak snap pic apa? Malu sendiri. Hahahahahaha…..

Sudah terbiasa membawa kamera kan.

Jalan dari masjid hingga ke starting point Gunung Arong kini sudah berturap. Sebelum ini, 2 kali aku datang, belum berturap.

Dengan bilangan lebih dari 60 orang pendaki, pastinya pendakian akan terhenti-henti. Normal… Namun begitu, Alhamdulillah, pendakian berjalan dengan lancar. Injured tu biasa la. Kejap lagi terdengar suara, “Ooooopppp…!!! Berhenti…!!!”, “Opppp…...!!! Perlahan sedikit…!!!”, “Medik…! Medik…!” dan macam-macam lagi. Selain itu, kedengaran suara-suara kecil seperti “mmmm…berhenti lagi”, “depan tu dah kenapa?”, “tak bestnya dok belakang” dan banyak lagi. Tidak kurang juga mendengar kisah pengalaman pendakian. Hihihihi…

Kurang dari 2 jam, kami pun sampai di puncak Gunung Arong yang berketinggian 898 kaki. Alhamdulillah… Specialnya kali ini ialah, dah ada pondok. Waaaaaaaaaaaaaaaa…….pondoknya tinggi (1 meter) dan besar memenuhi puncak.

Kami tiba awal 45 minit sebelum detik 12 tengah malam. Maka lepak-lepak dulu. Sambil tu kami berbual-bual dan tak sedar yang masa berlalu dengan pantas.

Go-go memanggil dan mohon berkumpul untuk pengiraan detik diikuti laungan.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!……….. nyanyian lagu Negaraku.

16.8.15

--- Puncak Batu Cina ---

Jam 5.30 petang, kami berkumpul di kedai Kak Ngah. Kami terdiri daripada aku, Wan Nyok dan Hamzah. Guide kami ialah Wan BlueWater. Turut serta, seorang anak muda pulau, Acu.

Trip kali ni nak raikan Hamzah yang belum pernah naik ke Batu Cina ini sejak dia datang Januari. Selain itu, kami juga berhajat untuk mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri di atas puncak.

Pendakian tidak mengambil masa yang lama. 15 minit kami pun sampai di kawasan Batu Cina. Dari sini akan ada simpang samada naik puncak atau pertengahan batu. Wan Nyok dan Wan BlueWater yang mempunyi misi mengibarkan bendera, haruslah naik ke puncak. Lagi 3 orang hanya mampu ke pertengahan sahaja.

Untuk rekod, Wan Nyok pernah mendaki ke Batu Cina tapi hanya ke pertengahan sahaja. Maka kali ini dia beranikan diri untuk naik ke puncak. Aku pula pernah cuba naik ke puncak tapi separuh pendakian sahaja kerana ada kejadian aneh dan gayat. Maka sejak dari itu, aku hanya mampu ke pertengahan sahaja. Acu pun sama macam aku. Walaupun dia anak jati pulau, dek kerana gayat, tak mampu nak naik.

Ok, berikut aku kongsi beberapa gambar sepanjang pendakian kami. Bagi anda di luar sana yang datang ke Pulau Aur dan berhajat untuk mendaki ke Batu Cina ini, boleh cari orang pulau sini untuk guide anda. Caj? Bincang sama guide sendiri. Hahahaha….

DSC00929

DSC00933

DSC00935

DSC00936

DSC00939

DSC00940

DSC00942

15.8.15

--- Snorkeling Di Sekitar Pulau Aur ---

Semalam jalan-jalan di Mahligai Maut, pagi ni aktiviti snorkeling pula. Esok plan nak daki Batu Cina. Wow…!!! So sibuk weekend ni.

Yang penting happy dan manfaat. Jauhi diri anda dengan aktiviti yang tidak sihat seperti lepak mall, clubbing cucuk langit, tidur terlalu lama, makan terlalu banyak, tengok tv, gaming, merempit, mengumpat, shared maklumat tidak sahih, dannnnnnnnn…….pandai koranglah.

Pagi ini dengan hanya sedikit baget, kami menyewa sebuah bot orang tempatan untuk snorkeling. Tekong mencadangkan 3 lokasi. Usha gambar di bawah untuk port-port snorkeling aku dan rakan-rakan.

Port

DSC00182 copy

Jam 8 pagi kami dah mula bersarapan. Kemudian bergerak menuju ke jeti. Tersedia menunggu, tekong bot, Encik Mohd Izam. Kami terus di bawa ke port snorkeling yang pertama.

Pada korang jika mahu perkhidmatan berbayar beliau, boleh kontek fb dia, Syiok Aur.

DSC00183

DSC00184

DSC00185

DSC00186

DSC00188

DSC00190

DSC00191

DSC00192

DSC00193

DSC00194

DSC00197

DSC00198

DSC00199

DSC00202

DSC00204

DSC00205

DSC00206

14.8.15

--- Mahligai Maut ---

Wow…!!! Nama jer dah gerun. Suspen jer. Teruja.

Dah lama dengar nama tempat ni. Cuma tidak berpeluang.

Bak kata pepatah Melayu, yang bulat datang bergolek, yang pepeh datang melayang. Selesai solat Jumaat di Masjid Jamek Pulau Aur, Iwan BlueWater mengajak aku ke Mahligai Maut. Tanpa berfikir panjang, aku ON jer.

Dari jeti Kg. Telok Berhala, kami naik bot menuju ke Jeti Telok Payang. Dakam perjalanan itu, kami melintasi Telok Sebukang. Perjalanan menggunakan bot ini mengambil masa kurang dari 15 minit.

Sesampai di jeti, kelihatan jeti usang yang hanya menunggu masa untuk lenyap sepenuhnya. Hanya separuh jer masih berdiri. Itu pun sekali lagi dipukul ombak dan angin, pasti rebah.

Kami pun parking bot dan berjalan ke pantai.

DSC00117

DSC00119

DSC00120

DSC00121

DSC00122

DSC00123

DSC00124

DSC00127

DSC00128

Iwan membawa aku dan Nyior menyusuri jalan simen yang sudah semak dan ditumbuhi lalang. Nampak sangat kawasan ini sangat lama ditinggalkan.

Dahulunya sini merupakan antara penempatan di dalam Pulau Aur ini. Masa berlalu dan tempat ini tinggal rumah-rumah usang sahaja. Masih ada tinggalan TNB.

11.8.15

--- Bagaimana Wujudnya Pulau Aur? ---

Berikutan entry aku yang bertajuk Memohon Hajat Di Makam Aur tempoh hari, aku mendapat maklum balas berkaitan 'bagaimana terjadinya Pulau Aur?'

Di bawah ini aku copy paste dari seorang pembaca yang sudi berkongsi info tentang sejarah Pulau Aur ini. Kebenarannya? Hanya Allah sahaja yang tahu.

"Buku itu bkisahkan seorg pedagang blyar bsama anak lelaki nya.. dan anak2 kapal..

Sampai di sebuah negeri..

Sibapa membawa anak lelaki nya nelawat org yg sedang sakit.. ..

Sblom pulang.. si sakit itu .. mhadiah sebatang buluh kepada anak lelaki pedagang tersebut..

Kembalinya ke kapal dan meneruskn pelayaran bdagang.. anak kepada si pedagang main panjat2 layar.. lalu jatuh n mninggal dunia..

Mereka ingin mgebumikn anak mereka.. namun x de daratan pon dijumpai..

Lalu si bapa n anak2 kapal.. mbuat solat hajat mohon di jumpakan daratan.. kerana tidak smpi hati utk mcampak jenazah anak ke lautan..

Usai solat hajat.. mereka dpertemukan daratan.. n di kebumikn di situ.. lalu di cucuk batang buluh pemberian org sakit yg dilawat sblm ini..

Lalu daratan smkin mbesar.. n jadi pulau..

P.s: sye x da tokok tambah.. ini hasil bacaan.. bukan cerita tutun temurun..

Buku ni saya jumpa di library.. sek ren keb felda sg sibol.. kulai johor.. mse tu dlm darjah 5 atau 6

skg umur sye da 29 taun..

mybe boleh dijadikan primary or secondary data dlm research.'

by mixie moxie

10.8.15

--- Memohon Hajat Di Makam Aur ---

Trip kali ni bukan trip happy-happy tapi lebih kepada menunaikan hajat.

Ada pasangan ni mengalami gangguan misteri. Mereka mendapat alamat untuk pergi ke Pulau Aur….bla…bla…bla…

Selebihnya aku tak tanya sebab takut nanti sensitif.

Mereka berurusan dengan seorang orang lama di Pulau Aur ini, Abah Harun. Satu trip diatur untuk mendaki ke Makam Aur. Kata pasangan tu, melalui mimpi berkehendakkan mereka ke sana.

Macam mana aku terlibat dan ikut? Haaaaaaaaa….bab tu pun misteri. Hahahaha…

Aku memang dah lama nak pergi ke Makam Aur tu tapi timing sebelum ni asyik tak kena jer. Satu hari aku dapat tahu yang ada orang nak ke sana. Aku pun dengan lincah bagitau nak follow. Aku beritahu Abah yang aku nak follow. Abah ok jer tapi di pesan tak boleh ambil gambar.

Aiyooooooo…..alaaaaaa, rugi la tak boleh snap gambar. Rasa macam malas plak nak ikut hanya kerana tak boleh snap pic. Tapi tak per. Ikut juga.

Plan asal jam 8 pagi tapi tekong bot lambat bangun. Jam 9 baru kami mulakan perjalanan. Dengan menggunakan bot Wan Blue Water Resort, kami bergerak dari Jeti Kampung Teluk Berhala. Kami terdiri daripada 4 orang tidak termasuk Supardi (tekong). Abah sebagai leader line up, individu berubat, aku dan Zaki sebagai sweeper.

Dari Jeti, kami menuju ke Sabang Tampuk. Keadaan air laut pada mulanya sederhana tapi apabila kami melepasi Teluk Ba’I, air mula garang. Basah aku terkena percikkan. Mujur aku bawa plastik cover camera.

Untuk rekod, kunjungan ke Makam Aur ini pernah dibuat sebelum ini semasa memohon pertolongan berkaitan pengambilan pulau oleh _________________ dan musim kemarau.

Untitled-1 copy

DSC00064 copy

DSC00066 copy

DSC00067 copy

DSC00068 copy

DSC00069 copy

DSC00070 copy

DSC00073 copy

DSC00075 copy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...