12.9.15

--- Sebukang Bay Resort ---

Alhamdulillah….syukur pada Ilahi kerana masih diberi kekuatan untuk meneruskan hidup ini. Seterusnya diberi kekuatan dan semangat untuk menulis entry dan berkongsi maklumat dengan rakan-rakan sekalian.

Entry kali ini istimewa kerana ia berkaitan dengan salah satu resort yang terdapat di Pulau Aur. Apa tujuan menerbitkan entry berkaitan resort ini? Ok soalan yang bijak. Tujuan utama ialah untuk berkongsi info bagaimana untuk datang melancong ke Pulau Aur. Kerap kali member-member bertanya, macam mana nak ke sana. Maka inilah salah satu jawapannya dari beribu-ribu cara yang lain.

Kaedah lain adalah dengan menyewa bot sendiri dan pergi jer ke sana. Boleh pilih.

Adakah saya bertindak selaku agen? Owh…!!! Nop. Aku tak ambil apa-apa keuntungan. Hanya sekadar perkongsian.

Pada mereka yang ingin melawat ke Pulau Aur, anda boleh layari web sebukangbayresort.com. Segala pakej dan kemudahan yang disediakan, ada di situ. Dalam entry ini, aku tidak fokuskan pada pakej, harga sebilik, aktiviti dan lain-lain. Semua tu korang boleh rujuk lama sesawang di atas. Actually aku pun belum explore web tu sebab tulis bahasa omputih. I tak faham sangat. Shhhhhhh…..jangan bagitau orang k.

Untuk itu, aku dan beberapa orang rakan, pergi sendiri ke sana untuk melihat-lihat keadaan di sana dan alami. Kami bertolak dari Kampung Telok Berhala. Asalnya nak berjalan kaki jer tapi kebetulan ada bot yang nak ke Telok Sebukang. So…why not kami tumpang. Hihihihi….

Masa site visit kami tu, angin agak kuat bertiup dan berjerubu. Namun ada jer pelancong-pelancong yang berkunjung ke sini. Pada masa ini ada beberapa pelancong dari France dan Jerman sedang bercuti di Sebukang Resort ini. Mereka sedang bersarapan dan bersiap-siap untuk aktiviti snorkeling.

Fyi, Pulau Aur merupakan salah satu pulau yang terdapat dalam Taman-Taman Laut Iskandar. Ini memberi makna bahawa pulau ini cantik.

DSC00736

DSC00738

DSC01762

DSC01763

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...