31.5.16

--- Hari 3, Pergunungan Gulmarg ---

Hari 1 & 2   Hari 4    Hari 5

Sebelum terlupa dan khayal dalam menulis log ni, saya dengan rendah diri ingin berbanyak terima kasih kepada beberapa individu alam maya (facebook - Imran Idris, Nooriskandar - Insta dan blogger - shizentrip.blogspot.my) yang sudi berkongsi maklumat tentang Ladakh.


31 Mei 2016

Bermimpi. Mimpi tragedi kapal terbang. Kemudian terjaga dari tidur. Owh....aku belum Maghrib dan Isyak. Jam menunjukkan 3.00 pagi waktu India. Subuh jam 3.45 pagi. Tak lama lagi. Better aku solat dulu.

Sambung tidur jap.

Bangun pagi dan buat pengurusan diri.

Untuk info, Srinagar sekarang bersuhu sekitar 11 darjah celcius. Haruslah sejuk. Bagi aku, memang dah sejuk giler. Serius tak tahan.

Breakfast telah disediakan.

Lagi info, guest house yang kami duduki tu sebenarnya rumah owner travel agent, Centre Tour & Travel. So Ramy ni rasanya salah seorang pekerjanya. Makanan ni semua disediakan oleh isteri owner. Lupa tanya nama.

Kadir pun dah sampai. Kami segera menyelesaikan sarapan. Seperti yang telah dirancang, hari ni kami akan ke Pergunungan Gulmarg. Perjalanan dijangka mengambil masa sekitar 3 jam. In shaa Allah.

Perkara yang sinonim dengan Kashmir adalah dikatakan lelaki-lelakinya yang kacak dan wanita-wanitanya yang lawa. Betul ker? Pada permulaannya, aku hanya menganggap ia hanyalah kata-kata mereka yang terlalu obses dengan Kashmir.

Ternyata aku silap. Apa yang mereka katakan adalah benar. Terutamanya kaum wanitanya. Aku sendiri pun agak tergamam apabila melihat sendiri. Menurut Kadir, orang Kashmir berasal dari Parsi. Hmmmmm...ye ker? Hahahaha....



Satu habit di sini, bukan di Kahsmir sahaja tapi di India ialah suka menggunakan hon. Jalan raya memang bising giler. Bukan itu sahaja, mereka juga ada sifat tidak mahu bertolak ansur. Bayangkan nak potong kenderaan dihadapan, berjuta kali di hon nya orang itu. Mereka ni sangat agresif. Entah la. Aku pun tak tahu nak terangkan macam mana.

Kashmir ni sekarang musim panas. Tapi sejuk. Sejuk yang kering. Berdebulah jalan-jalannya. Tapi memang betul, sebelum datang sini, aku mati-mati ingatkan panas sini macam panas di Malaysia. Ye lah, kata summer. Rupa-rupanya panas yang sejuk. Hmmmm...

Kebanyakkan gambar masa ni aku snap dari dalam kereta jer. So ada sesetengah tu agak tak cantik anglenya. But, I'm try my best. Hahahaha...

Turap jalan. Masak tar secara manual




30.5.16

--- Hari 1, berlepas ke Delhi dan Hari 2, berjalan sekitar Srinagar ---

Hari 3    Hari 4    Hari 5

29 Mei 2016

Hari yang ditunggu telah tiba. Katanya la...

Excited ker? Yup, excited la.

Pagi tadi sempat pergi Dataran Putrajaya. Saja tengok orang berlari-lari MILO. Sempat jumpa Epi. Tahniah pada dia sebab dapat tempat Top 5.

Then aku pergi Alamanda beli ration. Aku beli bubur lambok, brahim, biskut, maggi, milo dan beberapa makanan lain lagi. Around RM 200 gak la. Bukan untuk aku sorang. Berdua dengan Daus.

Balik baru nak packing. Baru nak cari haversack. Baru nak cari kasut. Segalanya baru nak cari. Menggelupur packing. Ada 3 jam jer lagi sebelum bergerak ke airport. Aku pun tak tahu apa penyakit packing last minit.

Jam 3.30 petang, member aku hantar aku ke Putrajaya Sentral. From there, aku naik KLIA Transit menuju ke KLIA 2.

Di train baru nak ikat...

Aku sampai sekitar jam 4.15 petang. Boarding time 6.00 petang. Daus belum sampai. Beg belum drop. Haish...

15 minit berlegar di pintu masuk, Daus pun muncul bersama ibunya.

Firstly, wrapping beg. Aku tanya Daus, "...perlu ker?" Daus kata, "...mana la tau. India..." Ok. Selama ni tak pernah plak aku wrapping beg. Hahahahaha.......

Settle wrapping, drop beg pula. Beratur agak panjang.

Habis drop beg, plannya nak lepak makan dengan family Daus tapi sekali tengok barisan panjang di pintu imegresen, better kami juga turut beratur masuk.

Pesan mak Daus, "...nanti balik bawa sorang satu k...."

Kami bersalaman dan mula masuk.

"Lapar la. Hari ni belum makan lagi." kata Daus.

Jawab aku, "jom makan."

Kami pun lepak di Chicken Rice Shop. Borak-borak sambil makan. Kata Daus, kalu dia, Ana dan Echah ni, kompom berlari-lari sebab selalu lewat naik flight.

Tetiba....... "eh! Kenapa closed." kata Daus sambil melihat skrin.

Aku tengok jam dah 6.30 petang. Apa lagi, terus capai beg dan berlari turun bawah. Ada satu lagi pemeriksaan keselamatan.

"Haaaaa...lari...lari....." kata orang-orang kedai sepanjang laluan menuju ke Gate 8. Mak ai, jauhnya. Alhamdulillah....selamat sampai. Ingatkan kami jer lambat. Rupanya ada jer yang lambat. Huhuhuhu... Baru tadi Daus kata sebelum ni dia berlari-lari. Termasuklah kali ini.

29.5.16

--- MILO Breakfast Day 2016 #mbd2016 ---

Saja jenjalan pergi tengok orang berlari. Pastu niat nak breakfast free. Hahahahaha........

Paling best, diaorang ni bila nampak aku, mesti terus pose sebab nak aku snap pic diaorang. Walhal aku bukannya official photographer pun. Hahahahaha... Takper, aku acah-acah snap jer.

Berikut beberapa keping gambar sekitar acara berlangsung. Lepas nak pergi beli ration, packing, dan gerak ke KLIA 2.






2.5.16

--- Pulau Perhentian final ---

Korang pernah dengar lagu Erra Fazira tak yang bertajuk 'Yang Terindah Hanya Sementara'?

Haaaaaaaa...... Hari ni adalah lastday kat sini. Mesti rasa sayu kan? (Mata tengok ke langit, tangan kat dada)


Epi cakap pagi ni nak naik windmill. Aku ON. Katanya nak wat time laps. Orang seni memang cenggitu. Penuh dengan idea.

Tak banyak yang aku snap kali ni sebab dah banyak kot yang aku snap 2 hari sebelum ni. Takut muntah plak. Asyik gambar kipas dan tangga jer. Snap pic spontan diaorang ni jer lah.









Tak lama kemudian, kami turun. Kami berjalan pula ke Coral Bay. Coral Bay ni pantai belah sana. Berjalan kaki jer. Simpang dia dekaT dengan Ombak Biru Chalet, jika tak salah. Takper, ada signboard.

Jerebu...oh jerebu....

1.5.16

--- Pulau Perhentian Part 2 ---

Hujung kaki terasa sejuk. Buka mata, dah pagi. Morning guys...

Subuh...

Hari ni aktiviti sebenar bakal bermula. Aktiviti yang melambangkan percutian sebenar, SNORKELING. Yeaahhhh....!!!

Tapi start jam 10 pagi. Hmmmmm....

Takper, pagi ni aku nak pergi windmill lagi sekali. Semalam memang dah niat. Kebetulan Raihan dan Lela aka @aizat_farabixiii and team nak pergi.

Cergas selalu aku.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...