How to start this entry ek? Ok, aktiviti kali ni di ajak oleh my member iaitu Ery dan Daus. Aku pun dah lama tak ada xtvt, mempertimbangannya. Ok, count me in.
Aku tersalah mengira tarikh menyebabkan aku tidak dapat join kayak di awal xpdc dari Tanjung Leman. Aku join diaorg ni di Pulau Tinggi. Why ? Panjang la nak story. Tak per, tak penting sangat.
Aku just story dari apa yang aku tahu jer. Secara detail, tak tahu sebb aku dah tak mula dengan diaorang dari mula. Mungkin ada maklumat yang sedikit salah. Maka maafkan saya.
25 April 2014
Aku mula tunggu di Pulau Tinggi sekitar jam 11.00 pagi. Setiba aku di sana, belum kelihatan kelibat mereka. Jika ikut perkiraan, sepatutnya mereka dah sampai sebab ikut jadual, jam 6 pagi mereka akan mula bergerak.
Alhamdulillah, aku selesai solat Jumaat. Hmmmmmm.....mana diaorang nih?
![]() |
Pailang.... |
Jam 2.30 petang, kelihatan bot Marin Penyengat tiba di Pulau Tinggi dengan membawa kayak. Dari jauh, aku lihat dan memikirkan tentu ada sesuatu yang menyebabkan mereka lambat. Takpe-takpe...tenang-tenang.
Aku menyambut ketibaan my friend, Ery dan Zaid. W E L C O M E to Pulau Tinggi....
Rehat sebentar kemudiaan, kami sama-sama mendirikan khemah sementera menunggu satu lagi trip kayak ditunda ke sini.
Di mana kami bermalam? Yup, dengan jasa baik pihak Marin, kami diberi kebenaran menggunakan kawasan balai. Syukur, alhamdulillah....
Setelah team kedua sampai, ada sedikit isu di mana, seorang peserta HILANG. O M G .....!!!
Team Leader memanggil dan...bla....bla....bla...... ok suasana sedikit cemas. Hasil siasatan mendapati, peserta tersebut tertinggal di Pulau Sibu. Malam ini, dia akan bermalam di sana. Di balai polis Marin Pulau Sibu.