29.5.15

--- Annapurna Base Camp 1 ---

28 Mei 2015… Pepagi dah cergas menuju ke Putjaya Central. Naik ERL Transit jer. Fadi mesej tuk go together-gether. Ok, aku pun tunggu jer kat ERL. Ok gak tunggu. Aku ingat, aku dah lewat. Kuikuikui…… Confused smile

Tiba di KLIA 2, check-in and drop luggage. Lepak MacD sambil tunggu sorang lagi member iaitu Rina. Sorang lagi dah ada di Kathmandu, Jerol.

Ok….nak re-cap balik. Beli tiket dari tahun 2014. Target 20 orang. Yang dapat join, around 15 orang. Antara training yang dibuat ialah Gunung Stong dan Pine Tree Hill & Twin Peak. Aku dapat join Pine Tree Hill dan Twin Peak jer. Kejadian gempa bumi di Kathmandu menggusarkan hati. Ada yang 50-50 nak teruskan trip. Datang pula gempa susulan, 10 orang tarik diri. Divert ke Vietnam. Along arrange kan. Tinggallah 5 orang yang masih ingin meneruskan pendakian ke ABC.

Tu ceritanya. So kami berlima jer trip ni. 3 orang organizer dan 2 orang peserta. Hahahahaha….heaven sangat trip 2 orang peserta. Kata-kata Rina. Kahkahkahkah…

Aku pun sebenarnya nak cancel gak. Kak Sha pun cancel. Mmmmm…… Takper, fly jer…

DSC04819

IMAG2788

IMAG2789

DSC04825

DSC04826

Ada orang kata yang jika naik satu flight ngan orang Nepal, nanti bau satu macam dalam flight. Tapi pengalaman aku, ok jer. Takder la bau rempah sangat. Logiknya, jika betul la kan, tahan pula attendance flight yang hari-hari ulang alik flight. Hihihihihi……. Moral of the story, jangan ada diskriminasi. Tapi, kita juga tidak menolak ada yang sensitif higungnya. Yup….its true becoz I have a friend like that. But its ok. Manusia punyai pelbagai cara dan gaya. Eh…!!!

Flight penuh dengan orang Nepal. Dalam hati, ramainya orang Nepal balik kampung. Beg besar-besar.

4 jam flight menuju ke Tribhuvan International Airport. Masa kat atas flight, masa stewardess sedang edarkan borang lawatan, dia boleh bypass jer aku. Dia ingat aku orang Nepal. Haish…… Aku plak kena panggil dia minta borang. Gelap tak semestinya Nepal hokey…..

Keadaan udara agak tebal awannya. Bergoyang juga sekali sekala. Owh……masa tu seat aku tepi tingkap. Memang aku dah niat nak tengok Banjaran Himalaya dari udara, berdasarkan sebuah blog. Tapi tak ada rezeki. Tak nampak pun. Huhuhuhuhu…

Alhamdulillah….kami tiba awal dari jangkaan. Good job pilot. Tadi sebelum touch down, sempat la usha di jendela melihat-lihat keadaan Kathmandu after earthquake. Yup…nampak la beberapa kesan runtuhan bangunan. No komen…

Ketibaan penumpang di sambut dengan bus yang akan membawa penumpang ke bangunan sana. Wow…! Good service. Tapi…..tak sampai 2 minit dah sampai. Hahahaha…hampeh. Tak sempat duduk pun.

DSC04827

DSC04829

DSC04831

Di airport, kami buat visa untuk 15 hari. Yup…gunakan kiosk yang disediakan. Nanti ada pembantu. Then guna printed tu untuk membuat pembayaran di kaunter. 15 hari, USD 25. Then, menuju ke bahagian bagasi.

Sambil dok buat visa tu, sempat berkenalan dengan Abg Man (lone ranger traveller) dan Hafiz (wartawan Metro Harian). Hafiz akan menuju ke EBC untuk membuat liputan pasca gempa di bahagian sana. Abg Man ni, Rina kenal masa atas flight. Hafiz, selain wartawan, beliau memang seorang outdoorian juga. So, beliau dah kenal Along Fadi dan Jerol. So secara kebetulan flight yang sama. Hihihi…

Menunggu beg hampir satu jam tak muncul-muncul.

Satu perkara yang aku sangat-sangat bersyukur ialah airport kita lebih terurus berbanding banyak-banyak airport di Asia yang pernah aku kunjungi. Kecuali China.

Dah dapat beg, kami bergerak menuju ke ruang legar. Jerol dah lama menunggu kami (aku tak kenal Jerol dan belom tengok muka lagi time ni).

Naik jeep dan terus menuju ke hotel. Dari airport ke hotel, tak jauh sangat. Tak sempat tidur pun.

Hari ni, kami bermalam di Kathmandu sebelum meneruskan perjalanan ke Pokhara pada keesokkan paginya.

Hotel area kami diami pun ada kesan gempa. Bangunan sebelah dah roboh pun. Selain itu ada lagi bangunan berdekatan yang masih ada kesan runtuhan. Satu kolam yang besar dan dalam, juga turut musnah.

IMAG3168

IMAG3167

DSC04833

DSC04834

Selesai check-in dan pengurusan diri di hotel, kami keluar berjalan-jalan sekitar Thamel Road. Thamel Road ni menjual pelbagai jenis barangan outdoor. Segala macam ada. Yang penting duit. Ori? All copy ok. Tak der yang ori. Nak original, sila pergi butik. Walaubagaimanapun, kualiti copynya dikatakan pada tahap yang baik.

Owh….Abg Man yang baru kami kenal tadi tu, kami ajak join menginap di hotel kami sekali memandangkan beliau pun masih tercari-cari dan belum ada apa-apa plan. Takper, tambah kawan. Si Hafiz plak di hotel hadapan sana. Dekat jer.

Tukar duit RM 700 dan beli simcard. Rugi tak guna simcard tempatan kerana ianya murah dan liputannya meluas. Very recommended. Gituuuuu….!!!

Sebelum aku datang ni pun, dah ramai dok mesej barang itu ini. Bagi info pelbagai. Terima kasih diucapkan. Kirim guna mesej memang tak layan. Hahahahaha…… gurau jer. Setakar keychain dan frig magnet tu, no hal.

Menurut Jerol (pemegang visa selama sebulan), sekarang ni off season. Tidak banyak kedai yang buka dan pelancong juga agak kurang. Di tambah pula dengan kejadian gempa, menyusutkan lagi bilangan pelancong. Kata Jerol lagi, off season memeberi peluang kepada pembeli untuk tawar harga. Hihihihi…

Hasil tinjauan aku mendapati banyak jenama The North Face jer. Tak minat sangat sebenarnya sebab orang banyak guna. Kalau boleh nak cari yang rare sikit.

Aku datang Kathmandu ni, seriusly tak bawa banyak baju. Windbreaker pun tak bawa sebab memang niat nak shopping kat sini. Itu niat la. Hari ni punya hasil tangkapan tak banyak. 2 jer. Slim posh beg 1 (Rs 200) dan drybag, 30 liter  1 (Rs 1500).

IMAG2809

 

29 Mei 2015… Bersiap untuk perjalanan seterusnya. Sarapan dulu area bawah sini. Area hotel ni sebenarnya banyak kedai halal tapi tak buka sebab mereka balik kampung menguruskan apa yang patut berikutan kejadian gempa tempoh hari.

Tips! Bagi mereka yang bermasalah dari segi makanan halal, saya cadangkan jangan order menu yang berasakan atau ada daging. Tapi mostly orang Nepal tak makan daging sebab tuntutan agama Buddha dan Hindu itu sendiri.

IMAG2811

IMAG2812

DSC04837

DSC04841

Jam 8 (waktu Nepal), bus sampai. Kami berjalan menuju ke bus stop. Bus ekspress ni akan memabawa kami menuju ke Pokhara. 8 jam perjalanan. Pengerusan tiket bus, Jerol dah uruskan dengan satu agen pelancongan yang memang dah kabel dengan dia.

Ok just want to shared with u all, agen pelancongan yang di maksudkan ini rasanya antara yang terbaik. Opis dia satu lorong dengan hotel yang kami diami. Abg Man tu menggunakan perkhidmatan agen ni untuk 2 hari beliau di Kathmandu. Anda boleh guna pakej yang disediakan atau anda boleh plan sendiri. Harga sangat-sangat reasonable. Bayangkan Abg Man yang sorang tu dapat harga yang pada pendapat aku murah la. Dapat sorang tour guide lagi. Untuk ketahui lebih lanjut, boleh tengok kad di bawah :

IMAG3170

IMAG3171

Itu bagi yang nak pergi sendiri la. Nak lagi mudah, sila guna Jerol dari ORA sebagai pemudahcara dalam perjalanan anda. Eh…!!! Ye la kot-kot susah nak cakap omputih or Nepal.

DSC04843

DSC04844

DSC04845

Persoalan, bas ni jer ke yang pergi ke Phokara? Jawapannya, tidak semestinya. Jika anda hendak merasai bas biasa pun boleh. Tak ada masalah. Mungkin ada yang nak merasai Nepal punya life.

Kalau nak selesa dan berhawa dingin, naik la bus ekspress.

Dalam bus yang kami naiki, selain berhawa dingin, ada plug untuk power dan wifi. Malaysia ada TAPI BARU NAK ADA. Hihihihi…. Dalam perjalanan tu sempat juga melihat-lihat kesan gempa. Jika dilihat dari kesan tersebut, didapati rumah atau bangunan yang dibina tu seoalah-olah susunan bata jer.

DSC04847

DSC04848

Jalan menuju ke Pokhara ni memang melalui lereng-lereng bukit yang curamnya agak dalam. Tapi masih ok lagi. Style pemanduan hampir sama macam di Indonesia. Hon memang digunakan sepenuhnya. Kami berhenti makan tengah hari di satu R&R dan menyambung kembali perjalanan.

Tiba di Pokhara dalam jam 4 petang. Bus stop tu berdekatan dengan Pokhara Airport sebenarnya. Maka, bagi mereka yang ada duit lebih, bolehlah menaiki flight dari Kathmandu ke Pokhara. Flight dia macam foker jer. 25 minit penerbangan.

Turun jer dari bus, macam biasa la, akan ada pemandu-pemandu yang menawarkan perkhidmatan. Ada yang berkata, ‘u look Nepali’. Aku punya senyum jer. Dalam hati, eh…!!! Nampak macam Nepal ker aku? Mmmmmm….. Transport kami dah disediakan oleh pihak hotel kami di Pokhara. Siapa yang uruskan? Jerol ler. Dia dah ada kabel semua tempat. Mudah. Kami menginap di Himalaya Guest House.

DSC04849

DSC04852

DSC04854

Sedang lepak dibuai keepukkan tilam, tetiba aku rasa macam tilam ku bergoyang sedikit. Then aku tengok Jerol. Jerol senyum dan berkata, itu la gempa bumi. Aku feeling wow!!!

Petang tersebut, kami berjalan-jalan dan shopping sekitar bandar Pokhara. Sama seperti Jalan Thamel, di sini juga penuh dengan kedai-kedai yang menjual barangan outdoor. Kedai pertama yang kami singgah, sangat mengetahui kami dari Malaysia kerna beliau pernah bekerja di Malaysia. Pelabuhan Klang katanya. Beliau juga boleh berbahasa Melayu. Sikit-sikit…

Apa yang ada di Kathmandu boleh diperoleh di Pokhara TAPI apa yang ada di Pokhara, belum tentu ada di Kathmandu.

Jangan berjanji dengan tokey kedai yang anda akan kembali kerna dia memang akan tunggu.

Off season, sila bagging. Aku berjaya beli t-shirt marmot, Rs 1300, inner set, Rs 2700 dan baju hujan, Rs 800.

Malamnya, kami makan malam di satu-satunya kedai halal yang terdapat di sini.

IMAG3177

Baca di facebook ada laporan tentang gempa susulan di suatu kawasan. So yang kami rasai petang tadi tu adalah tempiasnya.

3 comments:

  1. Annapurna Base Camp Trekking
    Here is the short and steady itinerary for Annapurna Base Camp Trek. Enjoy breathtaking trekking to Annapurna Base Camp with our highly experienced staffs.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...