Tuesday, November 10, 2015

--- Electric Train Service, (KTM ETS) ---

Terlebih dahulu nak ucapkan Selamat Deepavali (Perayaan Cahaya).

Dikesempatan cuti ini, aku saja nak try naik tren laju yang baharu ni. Tren yang dibangga-banggakan oleh kerajaan Malaysia masa kini. Semua kemudahan ini adalah untuk rakyat ok. Jangan nak komplain macam-macam. Hahahahaha…

Firstly, aku beli tiket secara atas talian. Daftar dulu apa pun. Lepas tu boleh buat tempahan. Mudah sahaja. Pada hari aku nak beli ni, aku singgah di kaunter KTM ni di KL Central. Konon-konon nak beli melalui kaunter. Tunggu dalam 5 minit, talian offline. Kata juru kaunter. Hmmm…aku pun buka smartphone dan beli atas talian.

Atas tawaran, aku memilih ETS Special Tren. 2 lagi tren dah full. Untuk tren ni, berharga RM88 ditambah dengan GST RM2 (KL Central – Sg. Petani). Jumlah RM90. Boleh pilih COUCH dan tempat duduk masa pembelian. Tak ada katil. Siap beli, CETAK. Kalau tak nak cetak, nak jimat ink printer, snap nombor rujukan. Bawa ke kaunter untuk cetakkan tiket. Kalau cetak, secara automatik itu adalah tiket. So terus ke platform. Tren aku ni KELAS PREMIER.

Masa permulaan tren ini ialah jam 11.00 pagi. Diakui, TEPAT. Satu pembaharuan atau KEBETULAN? Hahahahaha…

Selepas KL Central, tren ini berhenti juga di Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Selepas dari itu, tidak lagi berhenti. Stesen perhentian berikutnya adalah Sg. Petani. Laju atau tidak? Melebihi 140km/j. Kalau tanya aku, tak laju la.

Pertama kali masuk, rasa biasa jer. Tak la wow sangat. Nampak baharu. Ye la…..keretapi barukan.

Apa yang ada dalam kepala otak aku masa mula-mula duduk ialah soket 13A. Ini memang aku target dari awal lagi. Sebab apa? Sebab di Malaysia, ini merupakan perkara baru. So, aku memang nak test samada ia berkesan atau tidak.

Ku sangkakan panas hingga ke petang. Rupanya hujan ditengah hari. Hampeh betul. Tak ada power. Kebetulan pula aku tak bawa power bank. Henset dah nyawa-nyawa ikan. Aku siap bawa laptop lagi untuk trip singkat ini dengan niat boleh update blog. Actual time katanya.

Takpa…tunggu konduktor datang aku nak marah-marah.

Dalam masa itu, terdapat juga pengguna yang salah naik couch atau gerabak.

“Maaf bang, tumpang tanya. Betoi ka saya naik ni”, sambil menunjukkan tiket. Aku pun, “salah ni dik. Tiket ni couch E. Yang ni couch A”, sambil aku menunjukkan tanda couch.

“Ya Allah…maaf la. Pestime naik. Sorry…sorry…sorry…..”, sambil beredar menarik beg berodanya.

Lebih kurang 30 minit perjalanan, pemeriksa tiket datang.

“Encik, kenapa tak ada power ek?”

Dia pun tunduk untuk memeriksa soket. Untuk makluman, soket tu bawah kerusi. Ada satu jer untuk setiap couple seat. Ok…dia cuba pun tak boleh.

“Takper, nanti saya bertanyakan pada kapten”.

Dalam hati aku, ayat klise yang biasa diberi untuk melepaskan diri.

Tren ni mempunya 6 couch iaitu A hingga F. Masa menghala ke utara, Couch A ni menjadi ekor. F yang menjadi kepala.

Selang 15 minit, pemeriksa tiket tadi datang lagi. Kali ini bersama seorang gadis sambil menolak troli makanan. Wah…!!! Dah macam naik flight. Rupanya, mereka ini buat semua. Pemeriksa tiket mereka, pelayan pun mereka. Kalau aeroplane dinamakan flight attendance, untuk tren, dikenali train attendance.

Mereka mengedarkan makanan kepada semua penumpang. Eh…!!! Rasanya aku tak pesan makanan. Orang bagi, kita ambil je. Then aku sempat bertanya, “kenapa bagi makanan? Tak minta pun.” Katanya, “makanan ni untuk KELAS TERTENTU sahaja. Kelas biasa tak dapat.”

Kaedah ini dinamakan pembahagian kesenangan terpimpin. Mmmm….. I like.

Tren attendance ada memberi cadangan kepada aku untuk ubah couch. Berkemungkinan couch ini mengalami sedikit masalah teknikal. Kebetulan tren kelas ini tidak ramai orang.

Aku pun ambil kamera untuk mengembara satu tren ni. Sambil tu, aku test power socket. Aku test di couch C, tak ada. Terus ke couch E. Ok, ada. Lajak lagi ke couch F, pun ada. Balik ke seat asal, ambil beg dan ubah ke couch F.

Lalu tren attendance, bertanyakan tentang keselesaan sambil tersenyum. Walhal, aku dah hantar satu e-mail ke HQ melalui portal KTMB.

Screenshot_2015-11-10-11-46-02

Jam 1 petang, tren ini tiba di stesen Ipoh. Berhenti kurang dari satu minit. Kelihatan pemandu seperti bertukar.

Antara pemandangan yang disajikan sepanjang laluan tren ini, hanyalah pemandangan kampung-kampung sahaja. Di samping itu, dapat juga dilihat sawah padi dan ladang kelapa sawit. Tidak kurang hebat, jika cuaca cantik, dapat lihat puncak Gunung Korbu. Haaaaaaaaa……

Dari segi keselesaan tren adalah baik dan selesa. Kerusinya boleh di lentur sebanyak 30 darjah. Penunjuk arah yang jelas. Skrinnya menunjukkan maklumat stesen, kelajuan, nombor tren dan destinasi. Tempat meletak barang juga disediakan bukan sahaja di atas, malah di hadapan setiap couch. Setiap tempat duduk ada meja lipat di hadapan. Bagi meja besar, turut disediakan tapi bukan semua. Setiap tingkap ada penghadang cahaya jika terlalu panas. Selain itu, kemudahan café juga terdapat dalam tren ini. Makanan dalam paket. Jangan nak gedik minta nasi goreng tomyam, paprik dan lain-lain.

Stesen terakhir bagi tren ini ialah Padang Besar. Antara stesen yang disinggahi ialah bermula di Sg. Petani, Alor Setar, Anak Bukit dan Arau. Dalam skrin tak ada Anak Bukit, tapi aku ada terdengar pertanyaan dari seorang penumpang untuk turun di Anak Bukit. Wallahhualam…

DSC05314

DSC05316

DSC05318

DSC05320

DSC05324

DSC05325

DSC05344

DSC05326

DSC05329

DSC05334

DSC05336

DSC05338

DSC05340

DSC05341

DSC05343

DSC05345

DSC05333

DSC05335

dav

sdr

dav

Alhamdulillah…tren tiba di destinasi awal 10 minit. Dalam tiket tu memang ada tulis masa bertolak dan masa tiba di destinasi. 4 jam perjalanan. Puas hati…

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...