Thursday, November 26, 2015

--- Mt. Pulag Ep. 2 ---

Episod 1   Episod 3

26 November 2015

Menurut sumber Mt Pulag terkenal dengan lautan awan aka sea of cloud dan Milky Way Galaxy. Mungkin itu yang menjadi daya penarik untuk aku nak datang Mt Pulag. Mungkin....

Kami selamat tiba di Baguio City kurang jam 02:00. Suhu sejuk. Kami santai-santai di 7E dan Caltex Pam semetara menunggu jeepney datang dan 3 orang yang naik bas tu. Berdekatan sini juga ialah Victory Liner Bus.

Mesti terfikir, kenapa tetiba lepak 7E kan? Senang jer penjelasan. Van tu drop kami kat sini sebab memang kita bayar sampai sini jer.


Sekitar jam 02:27, jeepney sampai dan isi minyak diikuti dengan ketibaan gogo dan 2 orang lagi. Siap-siap untuk naik jeepney. Rupa jeepneey ni tak tahu aku nak cerita. Tengok sendiri dalam gambar.

Jika tadi dari Cobau jalan lurus jer, tapi tidak kali ini. Walaupun jalan berturap, jalannya berselekoh-selekoh. Amin asyik ulang yang dia rasa nak muntah. Huhuhuhu... Nak tidur dengan nyenyak memang tak dapat la. Setiap kali selekoh, kita akan ikut sekali. Huhuhuhu......

Kata gogo, perjalanan kita ni dikatakan terlalu awal. Maka, jeepney ni akan berhenti breakfast dulu di RnR. Katanya ada 'hanging bridge' yang menjadi daya penarik di sini. Wow...!!!

Selamat tiba di RnR seawal jam 04:00. Hmmmm....kematu habis punggung melayankan jeepney ni. Owh...lupa nak mention, terdapat 6 orang pendaki Philippine yang join kami. Rasanya member-member guide. Diaorang pun tadi naik jeepney yang sama dari Caltex.

Pengalaman menarik di RnR ialah toilet. Adooooiiii.....toilet lelaki yang bahagian nak buang air besar tu tak ada pintu. Bayangkan berak open macam tu jer. Bila orang masuk, memang nampak la kecuali buat-buat tak tahu. Aku yang masuk nak kencing pun, terbantut. Terus tak jadi nak masuk. Sanggup tahan.

Waktu nak ambil wudhuk, aku dan Sem pergi tandas perempuan sebelah sana. Masa tu tak ada perempuan la. Tandas perempuan elok la plak. Walaupun tak ada pintu, sekurang-kurang ada langsir. Ada singki. Maka boleh la berwudhuk kat situ. Legaaaaa.......

RnR ni ada menyediakan makanan. Nak makan oder jer. Hahahaha... Bau ayam goreng begitu menyelerakan.

Mampu minum kopi jer. Tu pun Sem yang beli. Hahahaha...

Sekitar jam 05:30, kami berjalan ke hanging bridge yang dibangga-banggakan tu. Mulanya aku ingatkan ia sesuatu yang wow and amazing. Bila sampai jer.......oooooooooooooooo....hanging bridge ni dalam bahasa melayu ialah JAMBATAN GANTUNG. Hahahahaha...

Ok la. Layan jer. Kalau korang pernah pergi Sungai Lembing, jambatan ni seakan-akan tu la. Bawahnya ada sungai yang besar. Bezanya panjang jambatan ini lebih lagi.

Selain kami di RnR ni, banyak lagi jeepney yang membawa pendaki tempatan yang kebanyakkannya anak-anak muda. Maka nanti dalam trail, tidak la sunyi sangat.












Ok, gambar Azizah dan Am ni macam blur-blur sikitkan? Hmmm....memang sengaja kasi blur. Hahahahaha...

Walaupun hanging bridge ini seakan-akan jambatan gantung di Sungai Lembing, tetap nak bergambar sakan. Memory katanya. Hahahahaha....











Hari pun dah siang nampaknya. Moh ler kita meneruskan perjalanan.

Perjalanan mengambil masa lebih dari 2 jam untuk sampai ke Pejabat Taman Nasional Gunung Pulag. Masa kami sampai, pejabatnya belum di buka.

Berhenti jer jeepney, bergegas la semua turun nak ke toilet. Hahahaha... Aku macam was-was nak gi takut macam yang semalam tu. Tapi kata Abg Man, toilet sini ok. Terbaik.

Aku pun naik la. Mmmmmm....kena beratur panjang la pula. Aku jalan-jalan dulu. Dalam masa yang sama, boleh usha budak-budak sekolah masuk sekolah. Pejabat dengan sekolah ni bersebelahan. So.....budak ni bila nak masuk pintu pagar, memang akan lalu depan pejabat taman nasional.

Selain kami, banyak lagi pendaki-pendaki yang sedang menunggu.

Sambil menunggu, ada yang mengambil kesempatan bershopping kat depan jeepney ni. Paling riuh, suara Azry. Dia memang gigih tawar menawar. Kelakar la Azry ni. Tahniah. Aku beli sepasang glove biasa dengan harga 50p. Aku pun tak pasti macam mana aku boleh terlepas pandang masa packing kat umah.


 
Jam 08:45 lebih kurang, kami dah mula berlegar-legar di lobi pejabat. Sebelum masuk, kena tulis nama. Sambil tu, sempat lagi nak membeli barang-barang bertemakan Mt. Pulag. Di ruang lobi ini boleh juga dilihat foto-foto berkaitan Mt. Pulag yang awesome giler. Aku memang dah azam nak snap macam tu jugak. Kalau boleh nak lagi awesome. Haaaaaaaaa.......

Fyi, sini jer ada merchandise bertemakan Mt. Pulag. So...kalau korang berfikir-fikir nak beli kat bawah, konon-konon dapat murah, mmmmmm....memang kirim salam.

Ok, pegawai dah panggil masuk.

Start taklimat. Berikut adalah yang sempat aku rekod dalam minda ;
  • Terdapat 5 jalur pendakian atau starting point. Jalur yang kami akan lalui hari ni ialah Ambangeg Trail. 4  lagi trail Akiki, Eddet, Ambaguio dan Tawangan.
  • Wajib daftar di sini kerana Mt Pulag di bawah seliaan Taman Negara.
  • Wajid guide yang terdiri dari orang kampung sini. Tujuannya adalah sebagai salah satu sumber pendapatan mereka.
  • Mt. Pulag ini merupakan kawasan lindungan. Bagi mengelakkan ianya terus diterokai oleh orang kampung untuk penanaman sayur, mereka ditawarkan pekerjaan sebagai guide.
  • Pihak Taman Negara telah mewartakan beberapa area sebagai kawasan penanaman sayur di kaki gunung ini. Pendaki dilarang mencabut atau merosakan tanaman sayuran semasa mendaki kelak.
  • Terdapat tasik di sana tapi kena ikut trail lain kalau nak singgah.
  • Tidak digalakkan dengan sengaja memijak lalang bagi mengelakkan terbinanya laluan baru.
  • Jangan meninggikan suara ketika berada di dalam trail dan puncak. Ianya dikatakan boleh mendatangkan hujan. Hihihihi....
Ada yang tidur masa taklimat pulak. Mesti ada yang macam pening, kenapa ada taklimat bagaikan. Haaaaaaa... ini adalah wajib ok. No pilihan.

Ok...selesai taklimat. Bergerak menuju ke Babadak Ranger Station. Perjalanan lebih kurang satu jam lebih. Bayangkan jeepney ni boleh naik bukit dengan jalan berbatu-batu untuk bawa penumpang ke atas. Haaaaaaaaaa......dah macam 4x4 kami dalam tu.

Tiba di sana, kami buat pengurusan diri. Gogo and the geng sedang siapkan lunch. Sem adalah ketua chef.

Cuaca sini nampak baik. Panas tapi sejuk.

Sini merupakan kawasan penanaman sayur yang diusahakan oleh penduduk setempat. Tak nampak kebun sayurkan? Aku tak snap sebab nak jimat bateri. Hahahahahaha...









11:45, kami memulakan pendakian atau perjalanan. Barang yang tidak perlu, boleh tinggal di rumah ranger. Bawa seringan mungkin dan hanya keperluan penting. Pendakian mengambil masa 8 jam. Katanya, akan sampai di campsite sebelum gelap.









Lalalalalala........ awal trekking jer dah mendaki. Trek open jer sambil layan view. Panas dan sejuk. Trek melalui lereng-lereng bukit.











On trek tu, ada beberapa port yang boleh lihat puncak. Betul ker puncak? Nampak macam tapi mungkin bukan. Hahahahaha....saja kasi motivasi.

Sebelum kami datang Filipina, member-member ada yang dah buat ramalan kaji cuaca dan shared kat group. Dalam ramalan, akan hujan dengan lebat.

So...mohon pada Allah, agar weather be nice to us. Amin... hari ni trekking pun nampaknya cuaca cantik. Alhamdulillah...










Sedang mendaki sambil berborak, aku cakap la pada Ina, yang kita kenal melalui insta jer. Tak pernah trip sama. Tetiba, Ina cakap, ceh! kita kan satu trip masa Gunung Bah Gading yang ekstreme tu. Merah muka aku menahan malu. Adooooiiiii...!!! Nape aku tak perasan. Hahahaha....

Sejam kemudian, kami tiba di Campsite 1. Pendakian tidaklah teruk sangat. Biasa-biasa sahaja, mendaki perlahan-lahan.

Sepanjang perjalanan dari Campsite 1 ke Campsite 2, disajikan dengan mossy jungle 

Sesampai jer aku kat Campsite ni, kelihatan mereka sedang asyik makan kacang. Aku pun macam teringin nak join tapi rasa malas plak ramai-ramai dalam pondok tu. Sekali aku macam terpandang plastik gajus. Hahahahahaha.....rupa-rupanya diaorang makan gajus. Hahahahaha...... Daus dah macam senyum-senyum malu.

Gajus tu sebenarnya nak bawa pergi Cebu. Makan dengan aot. Kihkihkihkih....... Takper, rezeki. Nabi kata, nikmat makan adalah apabila kita dapat berkongsi makanan kita tu dengan saudara-saudara kita. Alhamdulillah...










Sejam lebih kemudian, kami selamat tiba di Campsite 2. Hmmmm....macam dekat-dekat jer. Hihihihi....

Di campsite ini lebih luas dan boleh menempatkan khemah yang banyak dalam satu-satu masa. Kami berehat di sini sambil menunggu teman-teman yang belum tiba. Sambil itu sempat kami menunaikan solat. Di sini juga terdapat tangki air yang memudahkan para pendaki.

Sini dikatakan last water point.

Selepas campsite ini, tiada lagi mossy forest. Trek lepas ini akan disajikan dengan pemandangan pokok-pokok renek dan lalang. Ala-ala Bukit Broga di Semenyih.

Pemandangan yang cantik ini tidak dilepaskan peluang untuk bergambar. Trip ini agak beruntung kerana Mark Adam pun ada. Peminat yang terdiri daripada gadis-gadis dan wanita-wanita tidak melepaskan peluang. Untung la Mark Adam ada. Mark Adam pakai t-shirt oren dalam gambar di bawah. Yang t-shirt pink kat sign board bukan Mark Adam. Puit...!!!








Kami meneruskan perjalanan. Trek Gunung Pulag ni mudah sahaja. Dia macam naik Broga. Borga tu 64 kali. Haaaaaaa.....

Kelihatan langit ditutupi awan tebal. Kabus mula menutupi pemandangan. View secara keseluruhan tak nampak. Sekali sekala kawan di hadapan hilang dalam kabus. Nak ambil gambar pun agak susah sikit.








































2 jam berikutnya, kami tiba di Puncak 2. Berhenti berehat seketika. Cuaca sejuk mencengkam tubuh. Terasa kesejukannya. Alhamdulillah.....semua masih dalam keadaan baik dan ceria. Yang belakang sana tak pasti plak. In shaa Allah diaorang pun ok.






Selepas dari tempat kami berehat tu, kami berjalan dalam 15 minit, dah nampak Saddle Camp iaitu campsite malam ini. Alhamdulillah....sampai sudah.

Kabus begitu tebal. Sekali sekala tersingkap pemandangan yang indah. Cepat-cepat kami bergambar.








Kami tidak terus turun ke Saddle Camp sebab nak layan view sambil bergambar. Memang banyak la pic solo kat sini. Kat sini jer dah 1000 keping gambar solo. Gambar mak juga yang tak hado. Segan nak suruh orang snap takut nanti tak jadi. Hahahahahhaha...





















Aku ada snap pic secara panorama tapi tak menjadi sangat sebab low light. Hmmmm....

17:10 aku dan beberapa rakan tiba di Saddle Camp. Cuaca sejuk dengan sedikit tiupan angin yang membawa titisan air.

7 khemah telah siap didirikan semasa kami sampai. Terima kasih diucapkan. 4 khemah lelaki dan 3 khemah wanita.

Masa sampai tu, kedengaran suaran Azry. Dia satu khemah dengan aku, Daus dan Am. Belum letak beg dah macam-macam minta nak setup dalaman katanya. Layankan aja.

Buat pengurusan diri terutamanya solat.


Kelihatan teman-teman yang dibelakang telah tiba. Nampaknya Azizah macam injured. Hasil maklumat, dikatakan dia terkena hypo. Satu simtom di mana individu tersebut merasai tahap kesejukan yang melampau. Body tak tahan sangat. Something like that la. Masa dalam khemah tindakan ................teeeetttttttttt.........................

Maghrib dah masuk. Settlekan dulu. Kemudian baru tukar baju tidur. Sejuknya ya Allah, memang tak terlayan. Aku yang ada jutsu pun tak mampu. Mmmm...

Sem dan Abg Man sibuk di khemah dapur menyediakan makan malam.

Tiba masa untuk makan malam. Makan pun dalam khemah jer. Tak mampu nak lepak luar. Dalam khemah pun dah membeku. Angin luar sana agak kuat.

Selesai makan, haruslah nak tidurkan. Borak-borak, gelak-gelak, gossip-gossip, semua dalam khemah. Hahahahahaha.....

Sebelum masuk khemah untuk tidur, aku sempat lihat langit. Kelihatan bulan yang sangat terang. Sambil itu kelihatan juga pergerakan awan yang sekali sekala menutupi bulan. Takkala hilang awan, suasana begitu terang. Cantik......subhanallah....

Episod 1   Episod 2

16 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Wow gosip sgt! �� kenapa gambar bnyk kabur? Nmpk mcm hasil a6000 xmemuaskan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kabur ker pic ? serius meh? jap nak tgk....haish......

      Delete
  3. pic ok may be kabus gunung kot.... nak cite lagi.. sdng boring ni kt office x da keje nie....

    ReplyDelete
  4. Salam khemah semua korg bawak sendiri siap2 lah ek. barang makan mentah semua beli dekat sana? Hari tuh rinjani sy singgah blog sini juga. hihi. thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah....khemah bawa dari malaysia. Gogo yang arrange kan.....hihihihi.....

      Bahan mentah separuh bawa dari sini dan ada juga yang beli sana. Depend pada menu. Kalau nak makan ayam, susah la kalau beli sana sebb HALAL susah. Kalau nak bawa dari sini macama mana nak buat tu...hahahaha....

      Pasar basah di sana campur dengan babi. Sebelah-sebelah jer ayan dengan babi...hmmmmm....

      Delete
    2. hurmmm kene puasa ayam lah ni. hahaha
      ade amik porter jgk tak. kot import porter utk ration dan khemah ke.
      tasabar tunggu entri cebu ni :P

      Delete
    3. Tepat...kami hired poter untuk angkat khemah. Porter juga yang pasang dan packing khemah. Nak suruh bawa beg pun boleh. Janji bayar jer. Hahahahahaha....

      Porter ni nanti kat pejabat ranger cari. Selalunya diaorg memang ada situ sebab starting point memang kampung diaorg. Porter wajib orang kampung situ sebab nak wujudkan sumber pendapatan bg mereka.

      Cebu? Hahahahaha...lambat update sebab saya xder aktiviti cebu. Kebanyakkan kat cebu ni aktiviti air. Kamera saya xleh kena air. Maka simpan jer. Kalau ada pun gambar jalan2 tepi pantai cebu jer.....tp saya akan update juga. Disebabkan gambar kurang, maka sumber inspirasi tu jadi lemah. Hahhahahaha

      Delete
    4. hahaha. asal ada duit janji boleh bayar ye tak.

      okes. sy mohon ambil idea sikit dari sini. in sha Allah ada rezeki sampai lah kami ke Pulag nnt.

      thanks for sharing tuah

      Delete
    5. no problem.....by the, just asking...gi pulag ni ngan saper? or g sendiri2 jer?...hahahahaha

      Delete
    6. Konon2 nak DIY je haha. Tp tak tau lagi. Tarikh line up semua tak dapat lagi. Silap2 amik jugak pakej memana kang. gitu

      Delete
  5. Salam. Nk tny. Trek mt pulag ni mcm mendaki bukit saga ke? Mksd sy mencanak ke landai?

    ReplyDelete
  6. Salam. Nk tny. Trek mt pulag ni mcm mendaki bukit saga ke? Mksd sy mencanak ke landai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukit saga saya xpernah naik........apa yg boleh sy katakan ialah mcm broga jer....hihihihi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...