Sunday, November 29, 2015

--- Cebu Island 1 ---

29 November 2015

Buka mata takkala mendengar alarm henset berbunyi menandakan waktu Subuh...

Kelihatan Abg ______ sedang siap-siap packing. Awal bersiap bang? Hahahaha...

Buat pengurusan diri dan naik atas roof. Jemur-jemur apa yang patut sambil sarapan. Tak salah aku ada 4 group flight berasingan. Paling awal kul 09:00 rasanya.

Masa ni ada drama melayu sikit. Aku pun tak faham. Diaorang ni nak pergi Cebu ke tak? Pastu dok usha-usha tiket tuk balik awal. Ok...selanjutnya aku malas cerita sebab luar bidang kuasa aku. Hahahaha... Biasa la remaja. Faham-faham. Hahahaha...

Group kedua dah siap-siap nak berangkat ke airport. Mereka antaranya Sem, Abg Man, Janet dan lain-lain. Tengok dalam gambar jer. Semoga selamat sampai...

Walaupun perkenalan kita singkat tapi dalam kenangan tetap selamanya. Balik nanti nak buat photobook. Hihihihi....















Group terakhir adalah aku dan beberapa orang seperti Lat, Man Klate, Amin, Ecah dan lain-lain. Malas nak taip nama sorang-sorang.

Caj teksi ikut meter. Tak silap aku kurang dari 300p. Kami terus menuju ke Terminal 2.

Ana berjaya dalam proses pembelian tiket baru untuk balik ke Malaysia. Ikut plan asal, dia akan ikut kami ke Cebu. Tapi atas urusan yang tidak dapat dielakkan, dia terpaksa balik. Hmmm....sedihnya.

Dalam borak-borak tu, team aku yang nak ke Cebu tersalah airport. Untuk domestik penerbangan, kena naik di Terminal 4.

Aku, Amin dan Azizah pun naik teksi untuk menuju ke Terminal 4. Caj pun ikut meter. Kurang 300p. Hmmmm... Sebelum berpisah, kami bersalaman dengan mereka dan beredar. Walaupun berpisah tapi dalam group whatsapp, kami sentiasa hupdate.

Katanya flight domestik di Terminal 4 tapi Daus boleh plak naik di terminal ni. Pening la Filipina ni.

Kes tiket Ana pun sama juga. Kaunter tiket kena beli kat terminal lain, tapi flight terminal lain. Hadooiiiii.....

Tak der airport tax masa kat Ninoy Aquino Airport ni. Rasa lega.

Satu perkara, jangan tanya aku how to order taxi. Aku bab-bab ni memang blur. Tiket flight pun aku takut nak beli. Selalunya memang minta tolong member la yang belikan. Masa ni, taxi memang diaorang yang arrange kan. Thanks pada Lat. Mulut dia memang macam burung murai tapi hati dia baik. Dia memang caring giler.

Korang bayangkan, aku tengok dia tolong bawa balik satu beg besar yang dalam tu barang member yang nak pergi jalan-jalan lagi sekitar Manila. Baik kan Lat. Korang mampu buat macam tu? Kalau aku, memang neverlah. Beg sendiri pun aku letak atas troli. Tak larat nak pikul. Korang jer yang selalu salah sangka.

Hai...!!! Lat. Kalau Lat baca entry ni, Ben nak cakap yang Ben miss kan Lat. Eh!!!

Orang lain mesti pikir bukan-bukan kan? Notty tau u all. We just friend la. Malas nak layan korang. #bye .










Flight lambat lagi. Flight kami jam 19:30. Lapar plak rasanya. Kami pun keluar untuk cari makan. Cuba satu kedai macam KFC. Dalam google, nama kedai ni ada keluar sebagai antara kedai HALAL.

Wah...!!! Rasa lega la kan. Kami pun masuk. Buka pintu jer terus disambut mesra. Usha menu kat atas kaunter. Hmmmm....ada menu pork. Orang kaunter tu cakap, kalau tak nak pork, boleh tukar daging lain. Kami pun senyum dan keluar jer.

Kami kembali ke airport. Tukar duit sbb peso dah kehabisan. Amin yang habis duit. Aku ngan Azizah masih ada. Boleh la nak survive lagi.

Lapar pun laparlah. Tahan juga. Biasa la hidup diperantauan ini. Dugaannya memang begitu. Untuk hilangkan lapar, layan view senja dari atas jejantas melihat airport. Indahnya....... #kenyang .

Time ni felling memang #awesome. Susah nak cakap. Ala-ala drama kat luar negara. Kihkihkih... Bersama-sama kita time tu ngan member-member jer.






Bersiar-siar dalam airport di ruang menunggu. Azizah sempat usha-usha buku. Biasa la. Dia memang ulat buku. Mana-mana pergi, buku mesti ada. Dalam beg dia tu, penuh dengan buku. Yes, Im deeply serious. Eh...!!!

Aku perhati jer. Dia sedang belek-belek buku berbahasa tagaloq. Kamus rasanya. Hmmmmm....mesti nak belajar bahasa kan. Pasni mudah la kalau nak datang Filipina lagi.




Alhamdulillah...kami bertiga selamat sampai di Mactan Cebu International Airport selepas sejam di udara.

Kata Azizah, airport ni sedang dinaik taraf. Azizah cuba bawa kami ke surau. Ada tanya sorang guard tu, tapi dia bawa kami ke ruang Salib plak. Adooiii....

Cari punya cari, akhirnya jumpa. Hujung sekali rupanya. Agak tersorok. Kami menunaikan solat dan rehat di bangku-bangku yang ada. Dalam pada itu, kami menunggu Daus juga. Flight Daus lewat sikit dari kami. Wifi ada. Dont worry.

Banyak masa kami menunggu kat sini. Apa yang ketara dapat diperhatikan di sini ialah banyaknya jumlah pelancong dari matahari terbit (Jepun dan Korea). Rupanya, pelancong Jepun Korea ni memang suka datang Cebu berbanding Manila. Mungkin disebabkan pantainya kot. Mungkin....

Daus sampai. Kami sambung tidur hingga Subuh...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...