Tak banyak nak story. Aku shared jer gambar-gambar sepanjang ppv ini.....
31.8.21
28.8.21
--- Pulau Mawar, Mersing Masih Fasa 1 ---
Sedang bervideo call dengan Aizat.... |
21.8.21
---- PPV Bergerak di Mukim Jemaluang ---
Usaha bagi mencapai imunisasi kelompok dalam daerah Mersing terus digiatkan lagi dengan PPV Bergerak. Hari ini ke Mukim Jemaluang.
Disamping pemberian vaksin kepada yang sudah mendaftar, terdapat juga sesi walk-in kepada kawasan sekitar. Malah dikalangan remaja juga turut hadir dengan ibubapa dan penjaga untuk menerima vaksin. Tahniah...!!!!
Kesedaran terhadap pengambil vaksin jelas kelihatan pada sebelah petang apabila ramai orang datang untuk mendaftar. Walupun ramai, alhamdulillah dengan kawalan dari pihak berkuasa (polis) SOP tetap dipatuhi.
Cuaca yang sedikit mendung menyumbang kepada kelancaran program ini walaupun terpaksa beratur panjang di luar khemah. Semoga daerah ini hijau kembali seperti dahulu. Amin......
Wajib mengimbas suhu |
7.8.21
--- SV Bersama KKM Ke Pulau-Pulau (Tinggi dan Sibu).....sambungan ---
Selamat pagi guys......apa khabar? Alhamdulillah.... Tahniah....!!! Kita ada tugas lagi hari ni. Bukan di sini tapi di Pulau Sibu.
By the way, pagi ni tak mandi kerana tiada air. Air yang ada cukup-cukup wuduk jer. En Ijoi lagi la. Walaupun air tak ada, tetap lama dalam bilik air. Aku cergas buat persiapan diri. Nak foto-foto di tepi pantai. En Ijoi ke bilik sebelah untuk mandi.
Matahari terbit? Tak ada. Sorry..... Sarapan di cafe Tok Mok. Bawa beg menuju ke jeti.
![]() |
Ceria staf-staf KKM |
6.8.21
--- SV Bersama KKM Ke Pulau-Pulau (Pemanggil dan Aur) ---
Hari ini dan esok, PPV akan ke beberapa buah pulau untuk program vaksinasi. PPV Mobile ini melibatkan beberapa agensi seperti Klinik Kesihatan Malaysian dan Daerah, Majlis Daerah Mersing, MARITIM, MARIN, Pejabat Tanah Mersing, Taman Laut Sultan Iskandar, MERCI, media dan beberapa lagi agensi. Dah tak ingat. Hahahahaha....
Terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Team 1 dan Team 2. Team 1 akan menuju ke Pulau Pemanggil dan Aur manakala Team 2 menuju ke Pulau Besar dan Pulau Tinggi. Masing-masing kelihatan bersemangat. Yeehaaaaa.....!!!
Setiap team diketuai seorang doktor yang bertanggungjawab.
Persediaan |