Mandi manda di Pulau Dayang sangat ditunggu-tunggukan. Ajakan seorang teman, tidak aku tolak. Pulau Dayang merupakan salah satu daripada 3 pulau yang terdapat di Pulau Aur. 2 lagi pulau lain ialah Pulau Lang dan Pulau Pinang.
Semasa tiba di sini, kelihatan jetinya sudah rosak. Bahagian tengahnya sudah roboh. Menurut penduduk kampung, ia roboh akibat ribut pada hujung tahun 2013. Ketika itu monsun. Aku sempat bertanya, bilakah ia akan diperbaiki? Menurut mereka, jeti tersebut tidak dibaiki malah akan dirobohkan.
Di pulau ini terdapat chalet yang diusahakan oleh En. Mohd Tahir. Dahulu, kepulauan ini tidak putus-putus menerima kunjungan penyelam-penyelam. Namun, sejak 1 September 2013, Pulau Dayang ini sunyi. Bukan sahaja pulau ini, malah chalet-chalet lain juga tidak menerima pelancong. Seterusnya, pendapatan penduduk terjejas teruk.
Untuk informasi, Pulau Aur terkenal dengan aktiviti selam. Kebanyakkan pelancongnya adalah warganegara Singapura.
Takpelah, nak komen banyak-banyak pun, aku bukan orang sini. Semoga apa yang berlaku, ada hikmah daripada Allah.










