1.5.19
22.4.19
7.3.19
--- Sri Lanka epi 6, Pidurangala Peak - Sigiraya Peak - Back to airport ---
Bangun pagi seawal jam 4 untuk pengurusan diri. Elektrik pula masih tak ada. Dari semalam lagi. Ananda dah siap sedia menanti.
Subuh dalam van jer.
Dalam 15 minit, kami pun tiba di pintu masuk Pidurangala. Selain menaiki kenderaan, banyak cara boleh digunakan untuk sampai ke sini. Antaranya berjalan kaki dan tut-tut. Berjalan paling popular dikalangan pelancong barat.
Entry fee ialah 500 rupee. Pelancong haruslah menutup kepala dan berpakaian sopan ketika melalui pintu masuk ini kerana ia merupakan kawasan ibadat.
Pendakian tidak mengambil masa yang lama. Cuma sedikit jem di kawasan batu. Itu pun kerana laluannya sempit dan menyukarkankan individu bersaiz besar. Kalau semuanya slim, lancar jer.
Kurang 30 minit, kami dah sampai di puncak dan sempat sebelum matahari terbit. Alhamdulillah, dapat lihat pemandangan yang awesome. Atas puncak ini ia berbatu dan luas.
View 360 la sebab ia seketul batu yang besar. Siapa pernah naik Batu Cina di Pulau Aur? Haaaaa....macam tu la atas Pidurangala. Cuma ia lebih besar.
Member minta vale kan namanya di puncak
6.3.19
--- Sri Lanka epi 5, Adam's Peak - Laxapana Falls - Sigiraya ---
Kebiasaan dalam mana-mana trip, aku yang akan entertain bahagian kamera. Tapi untuk trip kali ini, beruntung kami kerana gogo sangat fasih dengan semua angle. Dia boleh baca mana yang terbaik. Disamping itu, dapat la aku belajar beberapa tips penting. Teruja bila dapat kemahiran baru.
Jam 1.30 pagi bangun buat persiapan diri. Buat solat sunat sikit. Yelah nak mendaki di kawasan yang penuh dengan Buddha. Satu lagi, masih dibayangi perasaan mabuk.
Jam 1.30 pagi bangun buat persiapan diri. Buat solat sunat sikit. Yelah nak mendaki di kawasan yang penuh dengan Buddha. Satu lagi, masih dibayangi perasaan mabuk.
Kami ada juga berbual-bual dan bertanya-tanya samada terdapat hadis berkaitan dengan lokasi turunnya Nabi Adam? Kalau ada pun ia bersifat lemah atau dhaif.
Jam 2.30 pagi, mula bergerak. Kiri kanan kedai sudah beroperasi. Rasanya memang 24 jam kedai-kedai sini. Orang agak ramai. Dari tua hinggalah ke bayi yang didukung untuk mendaki ke puncak Adam's. Malah ada juga yang oku. Di sini nampak begitu kuat iman mereka untuk beribadat.
Menurut gogo aka Hanif, terdapat musim-musim tertentu di mana puncak atau lokasi ini menjadi sangat sesak dengan penganut agama Buddha. Pada masa itu, penganut lain tidak dibenarkan mendaki kerana faktor-faktor keselamatan. Jalur pendakian ini juga di buka 24 jam. Maka masa pendakian, kami akan berselisih dengan orang yang turun.
5.3.19
--- Sri Lanka epi 4, Little Adam's - Train From Ella - Hatton - Nallathanniya ---
Bangun jam 4.00 pagi. Mmmmmm....malasnya nak bangun. Keempukkan tilam dan kelambu pink memanggil-manggil untuk terus beradu. Aaaaaaaaaaaaaaargggggghhhhhhhhhhhhh...!!!
Selesai Subuh, kami bergegas menuju ke van yang lama menunggu. Pasang headlamp dan berjalan menusuri jalan bersimen. Selain kami, ada beberapa pelancong dan family turut menuju ke puncak. Suhu tidak sejuk sangat.
Trek? Yes, bertangga hingga ke puncak. Mujur puncaknya tidak tinggi sangat.
Atas puncak ini ada ________ .
Semua orang menanti akan kemunculan sang mentari. Hummm.....
Mentor dan mentee
Subscribe to:
Posts (Atom)





























