17.8.19

--- Berbasikal ke Pantai Air Papan ---

Balik dari Jepun, kaki terutamanya lutut masih belum betul-betul steady. Nak duduk antara dua sujud pun belum boleh. Tapi mata yang asyik memandang basikal dalam rumah memanggil-manggil untuk kayuh.

Kebiasaannya, jika hari minggu, aku suka berkayuh pada waktu pagi Jumaat dan Sabtu. Tapi memandangkan pagi Jumaat kelmarin ada tugasan sedikit di padang, aku berkayuh pada pagi ini sahaja.

Route macam biasa iaitu ke Pantai Air Papan melalui tanjung. Perlahan-perlahan kayuh. Masa melalui Petronas Taman Wawasan, terdetik di hati ku, "Balik dari Jepun pun masih belum buka...".

Singgah di Petronas (di Mersing ada satu sahaja Petronas) untuk isi angin tayar basikal. Kelihatannya macam kurang angin.

Basikal aku ni pun entah apa bunyi-bunyi sekitar rantai setiap kali di beri tekanan semasa berkayuh. Hummmm....kena bawa pomen ni.

Sambil mendengar radio, katanya hari ini adalah Hari Sukan Negara. Dalam banyak-banyak ayat dalam radio tu, aku macam terdengar yang katanya untuk Hari Sukan ini, no social media. Wow...!!! Tapi aku dah siap-siap beberapa keping gambar nak di hashtag. Hikhikhik.......

Jalan Pantai

8.8.19

--- Jepun Hari ke 8, Okuhotaka dan kembali ke Tokusawa Mountain Cabin ---

Alhamdulillah settle dua puncak hari ini. Ada yang satu dan ada yang tak naik sbb dah tak larat.

Selamat pagi rakan-rakan di Malaysia. Apa khabar di sana? Mesti tengah tidur lagi kan? Takper. Faham. Kami dah bangun. Inilah yang dikatakan negara matahari terbit. Sejam lebih awal dari Malaysia. Tapi aku rasa Sabah menerima matahari sama dengan dengan Jepun. Yes...yes...yes.... Masa yang sama.

Terakhir mandi adalah di hotel di pekan Kamikochi. Sehingga pagi ini tak mandi. Ok jer. Tak bau busuk pun. Rileks jer. Kahkahkahkahkah..... #bausendirimemangtakbau

Buat breakfast ringkas-ringkas sahaja. Entah la. Kalau buat lebih-lebih pun macam kurang masuk dalam perut. Selera tak ada. Teringat makanan Malaysia. Dengan cuaca sejuk macam ni.

Kami membuat persiapan untuk pendakian. Khemah tidak diturunkan kerana belum tentu kami akan terus turun hari ini. Mungkin kena stay satu malam lagi. Pendakian hari ini dalam mode daypack jer. Bawa seringkas mungkin.

Pendakian bermula sekitar jam 8 pagi (waktu Jepun). Sebelum mendaki, pergi ke tandas dulu.


Pandang ke trek yang akan di daki. Melihatkan kecerunannya membuatkan aku menarik nafas panjang. Rasa tak yakin nak naik. Tapi yang mencabar diri adalah apabila ada anak kecil yang baru turun. Berdasarkan saiz, mungkin dalam umur 6 atau 7 tahun. Malah ada makcik-makcik pun naik. Aduhaiiiii… Arghhhhhhhhhhhhhh.....tiada alasan untuk tidak mendaki. Ayuuuuhhhhh....!!!

7.8.19

--- Jepun Hari ke 7, Kamikochi ---

Owh...aku tak beritahu ek gunung apa yang kami nak daki kat Kamikochi ni? O M G . . . ! ! ! I'm forget.....arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....!!!

Baiklah....sebenarnya Jepun alps ni sama jer dari hari-hari semalam kami mendaki cuma beza entries sahaja. Untuk di Kamikochi ni, kami akan cuba menjejak ke beberapa puncak utama. Kalu tak silap aku 4 puncak. Tapi ia bergantung pada keadaan dan masa. Jika kami cepat sampai dalam kondisi tubuh badan yang baik, in shaa Allah boleh capai.
 
Selamat pagi yang indah guysssss..... Nyamannya suasana pagi di sini. Masa kami bangun ni suasana sepi jer. Mana semua orang? Semalam macam ramai.
 
Hummmmm......sebenarnya dia orang dah mula mendaki pun. Dia orang memang awal dan sangat-sangat menjaga masa. Kami time ni baru bangun. Baru nak prepare breakfast. Hahahahahhahaha...... Harap-harap tak overtime. Tapi di Jepun ni ada ke konsep overtime?

Memulakan perjalanan jam 830. Ni belum mendaki lagi. Masih santai-santai Azwan Ali.



Breakfast guysssss....
 

 

6.8.19

--- Jepun Hari ke 6, Matsomoto ke Kamikochi ---

Dah masuk hari ke enam berada di negara Matahari terbit, Jepun.Negara ini pernah ada sejarah tau dengan Tanah Melayu suatu ketika dulu.

Bangun pagi dan buat pengurusan diri. Nak berak pun agak susah ye kawan-kawan. Mangkuk dia canggih sangat. Ada butang-butang dalam bahasa Jepun dan gambar jer. Henset plak tak bawa nak terjemah. Main cuba-cuba jer. Canggih dia sampai tak perlu guna tangan untuk gosok. Semua sembur dari bawah jer. Ada muzik dan ada sabun. Tekan jer. Hummmmm....

Seperti yang direncanakan oleh gogo kami, Azri, pagi ini kita akan berjalan-jalan di beberapa tempat di sekitar bandar Matsumoto ini. So, kita follow jer.

First, kami ke Matsumoto Castle. Istana ini juga dikenali sebagai Crow Castle kerana warna hitam istana tersebut. Sambil jalan tu singgah Family Mart. Lapar. Panas. Kat Jepun ni terkenal dengan kedai 24 jam, FAMILY MART. Dengar cerita kedai ni dalam proses menembusi pasaran Malaysia.



5.8.19

--- Jepun Hari ke 5, Menuruni Minami Alps ---

Hari ni kami akan turun ke information center. Last day hari ini di sekitar Kitadake Mount. Membuat pengurusan diri.

Pagi ini kena ke tandas juga. Walaupun semalam first try gagal. Bau dia memang aku tak tahan. Tak busuk tapi hancing dia lain macam.

Morning

Gunung Fuji


Gosok gigi pun nak view lawa

Kami akan mengingati  campsite ini kelak. Di sini antara kenangan manis.

Makin ramai pula pendaki yang muncul ketika kami hendak turun. Warga emas kebanyakannya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...