16.9.19

--- Mersing Beach Run 2019 ---

Ini kali ke berapa ek acara run diadakan di Mersing pada tahun ini? Mungkin kali 2 atau 3 macam tu la. Kalau salah maafkan saya. Program adalah sempena Hari Malaysia yang disambut setiap 16 September setiap tahun. #gayahidupsihat katanya........

Member-member mesti cakap, "owh dah berjinak-jinak dengan larian ker?"..... No...no....belum pernah terjebak lagi buat masa ini ye sebab tak larat nak lari. Huhuhuhu.....

Terdapat 2 kategori iaitu 10km dan 5km. Hadiah boleh dikatakan agak lumayan. Terdiri daripada 5 agensi yang berganding bahu menjayakan program ini iaitu Politeknik, Majlis Daerah Mersing, FAMA, @mymersing dan satu lagi aku tak pasti. Logonya sukar diteka. Hahahahaha....sorry guys. Dah try cari kat google image tapi tak jumpa.

Pelepasan dijangka jam 7.45pagi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Endau, YB Puan Hajah Alwiyah Binti Talib. Sebelum itu, beliau turut serta bersama-sama peserta dalam acara senamrobik yang dikendalikan oleh team ..................ummmm....ummmm.......sorry guys. Aku memang fail sikit bab proses maklumat. Hahahahahaha..... Kalau tak salah aerodance ek? Huhuhuhuhu......

Kehadiran aku pagi ini adalah bagi........................ aku tak tahu perkataan apa yang sesuai. Something like cover my pegawai atasan yang mewakili pegawai atasan no satu. Haaaaaaaaaaa...... Mula di Mersing Habour Center dan tamat juga di sini. Peserta semua dah tahu sebab dah tahu peta larian.



Pengacara program


17.8.19

--- Berbasikal ke Pantai Air Papan ---

Balik dari Jepun, kaki terutamanya lutut masih belum betul-betul steady. Nak duduk antara dua sujud pun belum boleh. Tapi mata yang asyik memandang basikal dalam rumah memanggil-manggil untuk kayuh.

Kebiasaannya, jika hari minggu, aku suka berkayuh pada waktu pagi Jumaat dan Sabtu. Tapi memandangkan pagi Jumaat kelmarin ada tugasan sedikit di padang, aku berkayuh pada pagi ini sahaja.

Route macam biasa iaitu ke Pantai Air Papan melalui tanjung. Perlahan-perlahan kayuh. Masa melalui Petronas Taman Wawasan, terdetik di hati ku, "Balik dari Jepun pun masih belum buka...".

Singgah di Petronas (di Mersing ada satu sahaja Petronas) untuk isi angin tayar basikal. Kelihatannya macam kurang angin.

Basikal aku ni pun entah apa bunyi-bunyi sekitar rantai setiap kali di beri tekanan semasa berkayuh. Hummmm....kena bawa pomen ni.

Sambil mendengar radio, katanya hari ini adalah Hari Sukan Negara. Dalam banyak-banyak ayat dalam radio tu, aku macam terdengar yang katanya untuk Hari Sukan ini, no social media. Wow...!!! Tapi aku dah siap-siap beberapa keping gambar nak di hashtag. Hikhikhik.......

Jalan Pantai

8.8.19

--- Jepun Hari ke 8, Okuhotaka dan kembali ke Tokusawa Mountain Cabin ---

Alhamdulillah settle dua puncak hari ini. Ada yang satu dan ada yang tak naik sbb dah tak larat.

Selamat pagi rakan-rakan di Malaysia. Apa khabar di sana? Mesti tengah tidur lagi kan? Takper. Faham. Kami dah bangun. Inilah yang dikatakan negara matahari terbit. Sejam lebih awal dari Malaysia. Tapi aku rasa Sabah menerima matahari sama dengan dengan Jepun. Yes...yes...yes.... Masa yang sama.

Terakhir mandi adalah di hotel di pekan Kamikochi. Sehingga pagi ini tak mandi. Ok jer. Tak bau busuk pun. Rileks jer. Kahkahkahkahkah..... #bausendirimemangtakbau

Buat breakfast ringkas-ringkas sahaja. Entah la. Kalau buat lebih-lebih pun macam kurang masuk dalam perut. Selera tak ada. Teringat makanan Malaysia. Dengan cuaca sejuk macam ni.

Kami membuat persiapan untuk pendakian. Khemah tidak diturunkan kerana belum tentu kami akan terus turun hari ini. Mungkin kena stay satu malam lagi. Pendakian hari ini dalam mode daypack jer. Bawa seringkas mungkin.

Pendakian bermula sekitar jam 8 pagi (waktu Jepun). Sebelum mendaki, pergi ke tandas dulu.


Pandang ke trek yang akan di daki. Melihatkan kecerunannya membuatkan aku menarik nafas panjang. Rasa tak yakin nak naik. Tapi yang mencabar diri adalah apabila ada anak kecil yang baru turun. Berdasarkan saiz, mungkin dalam umur 6 atau 7 tahun. Malah ada makcik-makcik pun naik. Aduhaiiiii… Arghhhhhhhhhhhhhh.....tiada alasan untuk tidak mendaki. Ayuuuuhhhhh....!!!

7.8.19

--- Jepun Hari ke 7, Kamikochi ---

Owh...aku tak beritahu ek gunung apa yang kami nak daki kat Kamikochi ni? O M G . . . ! ! ! I'm forget.....arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....!!!

Baiklah....sebenarnya Jepun alps ni sama jer dari hari-hari semalam kami mendaki cuma beza entries sahaja. Untuk di Kamikochi ni, kami akan cuba menjejak ke beberapa puncak utama. Kalu tak silap aku 4 puncak. Tapi ia bergantung pada keadaan dan masa. Jika kami cepat sampai dalam kondisi tubuh badan yang baik, in shaa Allah boleh capai.
 
Selamat pagi yang indah guysssss..... Nyamannya suasana pagi di sini. Masa kami bangun ni suasana sepi jer. Mana semua orang? Semalam macam ramai.
 
Hummmmm......sebenarnya dia orang dah mula mendaki pun. Dia orang memang awal dan sangat-sangat menjaga masa. Kami time ni baru bangun. Baru nak prepare breakfast. Hahahahahhahaha...... Harap-harap tak overtime. Tapi di Jepun ni ada ke konsep overtime?

Memulakan perjalanan jam 830. Ni belum mendaki lagi. Masih santai-santai Azwan Ali.



Breakfast guysssss....
 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...