Bagi trip kali ini, aku mengambil pendekatan yang sedikit drastik. Aku buat catatan atau log ini on trip. Senang, balik terus copy paste. Touch up dengan gambar sahaja. Aku buat macam ni berikutan beberapa log trip yang tak siap-siap. Paling lama, trip Beijing-Xian-Chengdu. Diikuti Ladakh, Gunung Merapi, Gunung Apo, Filipina dan terbaru, Jepun. Ops…. Satu lagi trip, air terjun dengan Abang Nas. Arghhhhhh….. Yang air terjun ni confirm dah lost story.
Sebelum nak mula menulis ni, nak shared satu tips/isu. Perkara ini rasanya common sense cuma kadang-kadang kita/pendaki terlupa. Bagi rakan-rakan pendaki yang nak mandi semasa di campsite yang mempunyai sumber air terutama sungai, lokasi mandi perlulah di bawah paras khemah. Jangan mandi di paras sama dan di atas paras khemah. Logiknya apa? Kawasan air bersih untuk dimasak dan minum. Itu tujuaanya. Lagi-lagi kalau kita dari team yang berbeza-beza. Perkara ini boleh mencetuskan ketegangan. Benda ni berlaku dalam trip ini. Kalau korang baca blog ini, akan terjumpa di mana kejadian itu berlaku.
Dah kawtim dengan Medan masa dan tempat perjumpaan. Jam 12 tengah malam lebih, aku bergerak dari P18 menuju ke Hospital UiTM Sg Buloh. Katanya nak gerak dari sini jam 2.00 pagi. Disebabkan awal tiba, aku tidur dulu di tol Hospital Sg. Buloh.
Jam 1.30 pagi, aku pun mesej Medan dan bergerak ke hospital.
Jam melepasi jam 2.30 pagi, rakan seorang lagi pun tiba. Namanya Zarin. Kami akan menggunakan keretanya untuk ke Sungai Siput. Dalam fikiran aku, jam berapa nak sampai sana? Nak berehat lagi. Bersedia atau tidak? Macam-macam bermain difikiran. Gunung Yong Yap bukan gunung biasa-biasa. Tapi Medan cool dan katanya, "semua ok".
Alhamdulillah, kami tiba di Masjid Bawong jam 6.30 pagi. Solat Subuh dan pengurusan diri. Jumpa Ayat, Azri dan lain-lain.
Masjid Bawong












