Assalamualaikum guys.....hai...hai...hai....
Hari ni kita ber SV lagi. Tapi hari ni lain sikit kerana satu team akan ke perkampungan orang asli jauh ke dalam sana untuk membuat bancian. Satu lagi team akan ke area....area...area.....arghhhh...tak ingat. Takper, nanti kita ingat, kita bagitau semula.
Entry kali ni aku cuma nak cerita tentang team SV yang akan menuju ke Kg. Tewowoh, Punan dan Peta (jika berkesempatan).
Sarapan dulu.
Turut serta bersama SV pagi ini ialah YB Alwiyah yang datang memberi semangat.
Taklimat sebelum berpecah kepada dua team.
Bancian ke perkampungan orang asli di bantu oleh beberapa agensi dari segi kenderaan pacuan empat roda. Sokongan paling diharapkan ialah JAKOA. Agensi lain yang menyumbang dari segi kenderaan ialah Jabatan Perhutanan, JKR, Pejabat Daerah, Majlis Daerah dan _____________ .
Selain mengambil gambar, Kak Lin minta aku ambil sedikit video sepanjang perjalanan. Katanya permintaan orang atasan. Aku dengar video jer dah pening. Ini kerana ia bukan aku punya kepakaran. Seriusly.... Takut tak mampu. Video dan gambar pegun actually tak boleh orang yang sama kerana fokus berbeza. Tapi Kak Lin kata, ambil jer. So aku sahut je lah cabaran tersebut.