Ok....panggilan gunung kembali guys... Kali ini kembali ke Gunung Ledang. Ada member mesej ajak ke trip lagenda. Tanpa fikir panjang, on terus. Pastu nama terus diadd dalam group.
Aku sahut cabaran gunung ini kerana nak uji tahap anx_y. Nak tengok berapa peratus aku sembuh dan boleh atasi. Sebelum ni dah ada orang ajak ke Gunung Kinabalu tapi belum bersedia. Daus pun dah kawin. Nak ajak pun segan. Dah tak ada geng.
So aku jadikan Gunung Ledang ni sebagai pengukur. Jika pas, in shaa Allah next gunung ok kot. #siscuba.
Kami berlima bertolak dari Mersing sehari awal dari tarikh pendakian. Check in di Remember Hotel, Bukit Gambir. Kata member, itu pun last-last ada. Kebanyakkan hotel dah penuh sebab perayaan Deepavali. Tapi syukur, kami masih sempat.
Seleaps check-in, follow member cari beg hiking. Alamak...!!! Ini rare. Hampir tidak ada la orang nak hiking esok, hari ini baru nak beli beg hiking. Kecuali memang plan begitu. Di Bukit Gambir ni pula, sebuah bandar kecil. Ada ke beg hiking. Tapi takper, kita berdoa sahaja. Mana tahu ada keajaiban.
Keputusannya, tidak ada. Hahahahaha....
Kami makan awal petang itu. Balik ke bilik dan berehat secukupnya.
Hari kejadian..............
Seawal jam 4.15 pagi, kami bangun dan bersiap-siap. Packing? Semalam dah settle. 5.15 pagi, kami check out dan tayar pun bergolek menuju ke Taman Negara Johor Gunung Ledang, laluan Sagil. Dalam perjalanan itu, kami singgah di sebuah masjid untuk menunaikan solat Subuh. Kata ustaz, better kita buat perkara yang wajib dulu.
Semalam dalam group, dah roger-roger tanya member tentang kedai yang buka untuk sarapan. They said beside masjid have one. So we go there. Dalam kegelapan kabus yang tebal, we miss the enter of Taman Negara Johor Gunung Ledang. Mujur aku masih ingat sikit-sikit. Maka kami turn back. Jumpa kedai makan yang dikatakan itu.
Kedai makan itu bersebelahan dengan masjid dan bertentangan dengan Klinik Kesihatan Sagil.
Kami pun bersarapan seadanya sahaja. Buat mengisi perut dikala pagi. Dengan seberapa cepat, kami menyelesaikannya dan bergerak menuju ke gate Taman Negara Johor Gunung Ledang.
Terkasima sekejap takkala kami mula memasuki jalan taman negara. Superb view. Kami berhenti seketika untuk bergambar. Takper lambat sikit. Hahahahaha.....