24.6.23

--- Final Johor Rugby League, Beringin Rendang RC vs Malay Village People RC ---

Merupakan perlawanan akhir bagi Kejohanan Ragbi Liga Johor 2023. Member ajak datang tengok. So alang-alang tu shoot sekali.

Mereka kata Beringin Rendang RC merupakan team pilihan yang akan memenangi kejohanan ini. Berdasarkan rekod, katanya memang setiap tahun Beringin Rendang RC yang juara.

Oleh itu aku ambil keputusan untuk shoot team yang satu lagi. Team Beringin Rendang RC dah ada jurufoto rasmi. Lensa pun power. 👍👍👍

Alhamdulillah hujan pun dah berhenti ketika perlawanan baru nak bermula.



17.6.23

--- Johor Rugby League, Sajoha Viking RC vs Beringin Rendang RC ---

Perlawanan seterusnya adalah di antara Beringin Rendang RC dan Sajoha Viking RC.




--- Johor Rugby League, PG Ronin RC vs Malay Village People RC ---

Macam kebiasaan, aku bukan official untuk game ini. Kebetulan on the way nak ke KL, ada member beritahu ada game. So singgah sekejap santai-santai.

Masa aku sampai, game separuh masa kedua perlawanan antara PG Ronin RC vs Malay Village People RC

Kebetulan pula dalam team MVPRC tu ada ex SMK Sri Mersing. So why not kan. Hikhikhik.....

Game ni 15 orang satu team. Perghhhh......pening nak fokus. Saiz pemain lagi yang besar-besar. Bola pun dah tak nampak. Satu lagi banyak berlaku 'kejatuhan' (sorry aku tak tahu istilahnya). Mean di sini, baru dapat bola dah kena serang. Jatuh. Berebut. Ulang hingga try. Hahahahaha.......

Berbeza shoot game yang 7s dan 10s untuk murid-murid. Lincah. So senang nak pane camera.

Untuk game ini, jika tak salah dimenangi oleh MVPRC. Tahniah ke perlawanan akhir.

Owh...kualiti gambar agak tak ump sangat sebab aku salah setting. Hahahahaha......🙏🙏🙏


Yang belakang tu jangan sedih sangat

3.6.23

--- Serdang 10s, Part 2---

Ini adalah sambungan dari bahagian 1.

Game terakhir iaitu KPMBP Raven menentang Royal Town Warrior.




--- Serdang 10s ---

Aku bukan official. Ada member kat UPM. Kebetulan pergi sana. Ternampak ada game ragbi, Serdang10s #serdang10s. Keluarkan kamera. Shoot-shoot sikit mana yang patut. Boleh buat content. Hahahahahahahaha..... 

Member aku main under UPSI Eagles.

So layanlah gambar-gambar yang tidak seberapa ini. Untuk video boleh tengok di instagram (akukahtuah) dan TikTok (aefitbentuah).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...