13.6.11

--- Semeru Tengger Bromo, Syurga d atas Awan ---

Untitled-1 copy
Anjuran : Alumni Universiti Teknikal Malaysia Melaka, AUTeM
Masa : 04 ~ 12 Jun 2011
Lokasi : Surabaya, Indonesia
Tagline : Kepayahan dalam Kebahagiaan

*Semua waktu tercatat adalah waktu Malaysia sbb ikut jam kamera. Untuk info, jam Kepulauan Jawa Timur adalah awal 1 jam dari Semenanjung Malaysia.

Trip tahunan AUTeM datang lagi. Dah macam ALAM RIA CUTI SEKOLAH plak. Xpdc kali ke tiga ini masih menjadikan Indonesia sebagai negara untuk berekreasi. Bukannya apa, mudah dari segi sosio budayanya yang tidak jauh berbeza dengan Malaysia. Disamping itu, Indonesia masih menawarkan banyak tempat yang menarik yang boleh dilawati setaraf dengan negara2 lain.

Jika trip pertama, AUTeM pergi ke Sumatera Utara, trip kedua ke Sumatera Barat, kali ini Surabaya adalah destinasi untuk berekreasi. Ikuti log perjalanan Biro Rekreasi, AUTeM 2011...



Hari Pertama, 4 Jun 2011, Sabtu

Aku tiba di LCCT, Kuala Lumpur dari Melaka Central pada jam 1.30 pagi. Teman2 yang lain belum tiba rasanya. Mean aku org pertama yg sampai. Sms Yan, bas dia jam 3 pagi dari Ipoh. Mmmm..... Aku lepak2 dulu area KFC. Tidur bangun...tidur bangun...

Subuh menjelang, baru la jumpa dengan Leader Program iaitu saudara Abdul Salam Adam. Katanya dia lepak2 dulu area sana tadi ngan kawan2 dia yang nak gi Fansifan, Vietnam.

Kami menunaikan solat Subuh terlebih dahulu sebelum bergerak ke pintu masuk airport. Sambil2 itu menunggu ketibaan teman2 yang lain. Time tu Yan dah sampai tp dia pun gi surau. Seterusnya ketibaan Syed, Abe Mat dan Lin. Selang 15 minit gi tu, Emy dan Ana pun sampai. Aku kenal Emily sbb dah pernah trekking masa gi Tahan dulu. Lama sudah. Yang lain2 tu baru kenal gi tu. Lengkap sudah seramai 8 orang yang akan berlepas hari ini. Lagi 3 orang, pada hari Selasa.

Bersalaman, berbual2 perkenalan, kami pun check-in barang sebab dah ada panggilan. Selesai check-in, kami lepak dulu di KFC semula sementara menunggu waktu berlepas kira-kira jam 0920 waktu Malaysia. Tapi flight delay ke waktu 0950.

DSC08773 copy 2
LCCT

Seterusnya masuk ke bahagian menunggu. Sebaik pintu dibuka, kami terus beratur dan bergerak menuju ke kapal terbang. Cari tempat duduk. Suasana cam biasa la agak sesak sikit dengan warganegara Indonesia. Destinasi pun ke Indonesia kan... Hihihihi.... Prosedur seterusnya mendengar taklimat keselamatan. Muka pramugari dari mula2 kami masuk sampai ke sudah, masam mencuka. Markah untuk kategori Layanan Mesra, KOSONG. Mungkin pramugari Air Asia macam tu kot. Baget mahal. Takut make-up retak kalau senyum. Hmmm.... berbanding dengan pramugara dia yang sorang tu senyum jer. Haaaaa...kan manis gi tu. Tersentap mak...
Actually dari bawah lagi dah niat nak makan atas airoplane. Untuk itu aku pesan Nasi Lemak dan air teh botol. Herge dia RM 25. Eeee...mahal nox. Takpe, yang penting niat dah tercapai.

DSC08781 copy 2

Penerbangan agak jauh dari sebelum2 ni membuatkan kami tertidur kerana kebosanan. Jam antarabangsa 1230, kapten memberitahu akan ketibaan pesawat itu dalam ruang udara Surabaya. Dari pemandangan atas, nampak banyak sawah2 padi. Dah macam kampung halaman aku kat Alor Setar. Hihihihi......

1236 pesawat selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandara Juanda. Fuhhhh.....alhamdulillah.

DSC08789 copy 2

DSC08791 copy 2
Lapangan Terbang Antarabangsa Bandara Juanda

Selesai ambil segala, kami menunggu Rifqi (guider) di kawasan menunggu. Keluar jer dari pintu utama airport, orang2 situ tawar macam2. Kartu la, angkutan la, hotel la dan macam2. Mujur la dah ader yang datang menyambut. Salah seorg temannya Rifqi. Lupa namanya. Ampunnnn.....

Sambil menunggu tu, sempat la berbual2. Kata mereka sekarang ada acara di Rinjani. Pertemuan Nusantara gi tu la. 10 minit kemudian Rifqi pun sampai dan bersalaman dengan kami. Langsung kami ke pengangkutan yang telah siap sedia menunggu kami.

DSC08795 copy 2 1

Orang2 tadi tu xputus asa menawarkan kartu. Sempat ambil gambar lagi. Hahahaha..... Tak terkecuali pembantu airport yang dari tadi tolong kami menolakkan troli beg sampai ke angkutan. Pastu minta tip. Aku dah nak kasi time tu, seb bek teman2 kami mencegah dan suruh aku naik jer. Biar dia settlekan. Otoi la katakan.

DSC08798 copy 2

DSC08800 copy 2

Perjalanan kami langsung ke Universitas Yudharta ( koordinat 7°45'33"S 112°43'48"E ) yang terletak dalam daerah Pasuruan. Perjalanan memakan masa 3 jam berikutan kesesakkan lalulintas tahap dewa pada hari minggu. Jarak antara airport dengan universitas cuma 53.9 km sahaja. Dengan panas dan debu, masya-Allah....

Dalam perjalanan nnt, ada satu kawasan yang di namakan Lapindo ( 7°31'30.82"S 112°42'45.72"E ). Terdapat benteng yang agak tinggi dibina atas sebab2 tertentu. Kisahnya adalah, "dahulu kawsan tersebut merupakan 14 buah perkampungan. Dalam satu kerja-kerja penggalian minyak, mata gerudi telah patah dan tidak boleh dicabut oleh pihak bertanggungjawab. Pada ketika itu minyak sudah melimpah2 keluar. Atas keadaan yang tidak terkawal itu, minyak tersebut telah bercampur dengan tanah dan mula menenggelamkan kawasan perkampungan tersebut. Tindakan seterusnya adalah dengan memindahkan penduduk dan membina benteng agar galian tersebut dapat dibendung. Seterusnya kawasan itu kelihatan seolah-olah kawasan lumpur yang besar sehinggalah ke hari ini."

Kalau salah, minta maaf dan mohon diperbetulkan. U all boleh search sendiri dengan menaip Lapindo. Actually kawasan itulah paaaaaaaaaaaling sesak. Kawasan itu juga telah menjadi punca pendapatan melalui pengisytiharan kawasan Wisata. Mana2 pelancong yang ingin naik untuk melihat, dikenakan bayaran.

Alhamdulillah, kami selamat sampai di Universitas Yudharta sekitar jam 1500. Rehat2 dan menunaikan solat. Membuat pengurusan diri bagi pendakian ke puncak Arjuna pada petang ini. Barang-barang yang tidak diperlukan, boleh ditinggalkan di markas situ. Hehehehe.......

DSC08806 copy 2

Siap semuanya, kami pun bergerak menuju ke kaki gunung Arjuna di kawasan Kaliandra. Baru teringat yang kami belum makan dari tadi. Kami berhenti makan di sebuah kedai di sebuah perkampungan sawah pergunungan. Sejuk nox. Bayangkan kawasan tinggi macam ni tanam padi. Serius lawa.

DSC08811 copy 2
Kaliandra

Di kedai tersebut kami di jamu dengan Nasi Rawon. Nasi + daging + kuah banjir giler. Lapor punya pasal, bedal je lah. Masin pun masinlah. Adat di tempat orang. Itu yang bestnya. Experience.....

Sebenarnya dah tak ader pilihan. Nasi Rawon tu jer yang ada. Air? Macam biasa, air sirap dan teh. Total semua Rp 33000 untuk 11 orang makan. Jika dikira, satu kepala jatuh RM 1. Iskh...iskh...iskh....rasa nak nanges sebab murah sangat. Alhamdulillah....

DSC08809 copy 2
Nasi Rawon

Pas makan, kami meneruskan perjalanan lagi sehingga tiba di depan sebuah resort.

DSC08812 copy 2

DSC08813 copy 2

Sambil menunggu bekalan makan sampai, kami rileks2 dulu. Biar lebih dekat dengan guider. Bersama2 kami pada masa itu ialah Rifqi, Iruel dan Wink. Mereka semua merupakan ahli MAPALA ( Mahasiswa Pencinta Alam ).

DSC08817 copy 2

Selain itu kami juga mendengar serba sedikit penerangan daripada mereka mengenai pendakian malam ini.

Lama gak la menunggu. Matahari pun dah nak hilang. Sejuk jangan cakap la kan. Tunggu bekalan makanan sampai jer ni. Huhuhu... Sejam kemudian baru la bekalan sampai. Kami pun siap2 dan bergegas memulakan pendakian. Dari situ ader dua pertambahan ahli iaitu Herry dan Qebbleq (Brt Speed Racing).

Jalur pendakian tidak sesukar mana. Cuma sejuk cabaran utama pada ketika itu. Sepanjang jalur adalah kebun. Walaupun hanya bercahayakan cahaya headlamp, dari pokok-pokok ubi yang kelihatan, dapat dijangka bahwa ini merupakan kebun orang. Semakin tinggi mendaki, angin semakin kuat bertiup. Cahaya lampu neon bandar Malang jelas kelihatan. Menurut guider, jika waktu siang, pemandangannya lebih siiiipppppp....

Alhamdulillah, kami selamat sampai di campsite Padosan sekitar jam 2100 waktu malaysia. Sejuk memang tak terkata. Angin pula tidak berhenti-henti bertiup walaupun sepoi-sepoi bahasa.

DSC08826 copy 2

Tanpa melengahkan masa, khemah terus didirikan. Yang masak dah tahu tugas memasaknya. Guider pula ringan tulang membantu gugirls kat dapur. Selepas solat baru aku buat pengurusan diri. Aku cuma tambah helaian baju yang di pakai dan seluar. Baju trekking kekal sbb xsanggup rasanya buka baju dalam suhu sejuk sebegini.

Makan time. Berborak2 dan tidur. Zzz Zzz Zzz




Hari Kedua 5 Jun 2011, Ahad
Good morning everyone... Planning nak tengok sunrise pagi ni, tp dek kemalasan yang amat, melepeh la jawabnya. Aku la yg melepas, yang lain2 tu xpasti la kan. Tapi rasanya tak berapa nampak juga sebab awan tebal. Fuhhhh.....

Breakfast dalam proses. Nak pergi basuh muka dan gosok gigi pun malas sebab cuaca sejuk dan airnya macam ais. View superb beb. Tiada perkataan yang mampu diungkap untuk menafsirkan keindahan pemandangan ciptaan Allah s.w.t ini. Pada ketika ini kami sudah berada di atas lapisan awan. Kalu kat Malaysia tu kita selalu nak tengok hamparan awan karpetkan, tapi kat sini, senang2 jer dah ader atas awan. Awesome beb... Rare item...

DSC08832 copy 2
Padosan Campsite

DSC08835 copy 2

DSC08837 copy 2
Flora

DSC08841 copy 2

Selalunya aku mandi, tapi kali ni minta maaf la k. Memang xdapat nak tahan sejuknya. Huhuhuhuhu.....

Oklah matahari pun dah semakin tinggi. Teriknya makin terasa. Direct matahari nox. Boleh terbakar. Tapi dapat kesimbangan daripada suhu sejuk sekeliling. Siap berkemas, kami pun meneruskan pendakian. Dalam pada itu, terdapat beberapa orang penduduk kampung yang naik mencari kayu untuk membuat arang.

DSC08843 copy 2

Menariknya pergunungan di Arjuna ini ialah struktur hutannya yang hanya dipenuhi pokok-pokok pine. Macam iklan rokok Mild Seven tu. Serius cantek giler. Tak jemu-jemu mata memandang.

Makin lama jalur pendakian semakin curam. Hihihihi..... Destinasi hari ini ialah ke Lembah Kijang.

DSC08849 copy 2

DSC08851 copy 2

Kelihatan puncak Arjuna setelah satu jam lebih pendakian. Sekali tengok puncak tersebut, terasa tegak bulu roma mak nox. Membayangkan betapa teruknya pendakian ke puncak yang tirus itu. OMG...

DSC08853 copy 2

DSC08857 copy 2

DSC08861 copy 2

DSC08866 copy 2

DSC08868 copy 2

Sepanjang pendakian ini, kami disajikan dengan pemandangan yang tiada tolok bandingnya. Semasa membuat catatan ini, fikiran masih terbayang-bayangkan keindahan pemandangan itu. Maha Indah Allah yang menciptakannya. Ini baru pemandangan dunia. Kalau di syurga, pastinya tidak tergambar oleh fikiran. Subhanallah.....

Setengah jam kemudian, kami sampai di sebuah kawasan yang dinamakan Sawahan Keset. Sawahan Keset merupakan satu tempat yang dipenuhi dengan tumbuhan berbunga ungu. Bukan Lavender ye. Tapi seakan-akan la. Cantik tempatnya. Cuba bayangkan pada ketinggian sedemikian yang melebihi puncak Gunung Tahan ader plak taman bunga. Perghhhh.... cantek.

DSC08870 copy 2
Sawahan Keset

DSC08875 copy 2

DSC08877 copy 2

Bile tempat dah cantek macam ni takkan nak lepaskan peluang bergambarkan. Maka kami berhenti berehat sambil berfoto gi tuuuu...... Memang berfoto sakan lah time ni.....

DSC08878 copy 2

DSC08898 copy 2

DSC08895 copy 2

DSC08914 copy 2

Dah siap posing dan bagai2, kami meneruskan pendakian menuju ke Lembah Kijang. Menurut guider, dah tak jauh dah. Katanya la. 1 jam setengah pendakian, akhirnya aku dan Yan pun sampai sekitar jam 1332 selepas Syed, Abe, Lin dan Wink sampai. Tak sia-sia berpenat kerna ianya berbaloi. Superb gile tempatnya. Arghhhh......

DSC08905 copy 2

Time2 dah nak dekat ni memang best kalu psikokan Kak Yan. Sebab nnt dia akan kata "nanti aku sepak ko Ben..." hihihihi...

DSC08918 copy 2

DSC08922 copy 2
Lembah Kijang

Lembah Kijang juga dikenali Lali Jiwo dalam bahasa Jawa, merupakan sebuah kawasan lapang yang luas. Berumput pendek dan cantek. Kalu student KeReX nak bawa 3 biji bas pun ader lebih ruang lagi kawasan untuk berkhemah sini.

DSC08925 copy 2

Sejam kemudian, yang lainnya pun sampai dengan penuh girang. Diaorg kata lambat sbb Ana pening kepala. Sesampai jer terus tidur. Mmmm......Rehat sekejap dan membuat persediaan masak tengah hari dan solat.

Sedikit info, Padosan merupakan last water point sehinggalah kami sampai di Lembah Kijang ini. Namun begitu, sepanjang jalur tersebut, air boleh di ambil daripada celahan batang paip di beberapa laluan.

DSC08927 copy 2

Dah siap makan semua, kami bersiap-siap untuk trekking ke Puncak Welirang. Untuk ke Welirang, hanya 2 orang guider membawa kami iaitu Iruel dan Wink. Rifqi, Bodunk dan Qebbleq jaga campsite. Trek santai jer sehingga kami menuruni ke sebuah post. Post ini dinamakan Post Pondokan. Apa yang dapat diperhatikan di pos ini ialah merupakan sebuah tempat pengumpulan belerang gunung berapi. Ambil mana belerang tu? Haaaa......belerang ini diambil dari puncak gunung Welirang. Itulah sebabnya nama gunung terlebut Welirang. (Welirang gunung berapi yang masih aktif)

DSC08930 copy 2
Pondokan Post

Ok dari situ, kami meneruskan pendakian bertrekkan batu2 dan debu2 gunung berapi. Sekali sekala akan kelihatan belerang berwarna kuning di atas tanah. Dari trek ini juga akan kelihatan puncak Gunung Arjuna, Gunung Kembar dan semestinya Welirang. Pemandangan best. Cantek. Nak snap pic tp kena berkira-kira sebab ader lagi 5 hari. Bateri ader dua jer. Selain itu faktor debu juga antara punca aku jarang nak keluarkan camera. Huhuhu...

DSC08935 copy 2

Dalam pendakian tersebut, kami sempat berselisih dengan beberapa orang pekerja yang bekerja untuk mengangkut belerang turun ke bawah. Lebih menarik kerna kami dapat melihat sendiri bagaimana mereka boleh membawa turun kampit yang berisi belerang tersebut. Pada masa kami melihatnya, kami langsung tidak terfikir bahwa begitukah caranya mereka membawa belerang tersebut.

DSC08937 copy 2

Mereka menggunakan satu kenderaan yang dibuat sendiri yang terdiri daripada 2 roda. Kemudian bina sedikit macam kotak kayu agar boleh dimuatkan kampit belerang. Pastu tarik turun. Perghhh....dahsyat. Serius. Yang dahsyat tu sebab trek mendaki dan menuruni gunung. Kalau u all tgk pun pasti terkejut gak la. Aku sempat mengambil beberapa keping gambar sehinggalah ader seorang pekerja memarahi kami dalam bahasa Jawa kerna tidak mahu fotonya diambil. Masa tu Wink yang bagitau dan memohon maaf bg pihak kami. Pada masa itu terdetik di hati ini, betapa mereka kental untuk mencari rezeki walaupun payah pekerjaan tersebut.

DSC08942 copy 2

Macam biasa, semakin tinggi sesuatu puncak, semakin kurang pokok. Suhu jangan cakap la kan. Kadang-kadang terasa sesak nafas. Mungkin kerna AMS (Acute Mountain Sickness) kot.

DSC08947 copy 2

DSC08951 copy 2

Matahari kian tenggelam di sebelah barat. Namun puncak belum lagi kami tawan. Mmmm.... Namun ianya tidak mematahkan semangat kami untuk sampai ke puncak. Alahmdulillah kami semua selamat sampai di Puncak Welirang ( 10 241 ft ) sekitar jam 1850 waktu Malaysia. Indonesia time tu dah gelap pun. Hehehe....

DSC08954 copy 2

DSC08958 copy 2

DSC08964 copy 2
Puncak Welirang

DSC08969 copy 2

Disebabkan kesejukan yang melampau, kami tidak berada lama di puncak. Selesai bergambar dan menikmati pemandangan mlm yang cantek, kami pun melangkah turun dan kembali ke campsite. Bintang di langit sangat indah pada malam tu.

Sampai di campsite, kami makan malam yang disediakan oleh Rifqi and the geng. Pastu berbual2 mesra. Kemudian bincang plak pasal trip ke Arjuna untuk esok...bla...bla...bla... Keputusannya TAK JADI. Nak tahu nnt sembang kat kedai kopi sbb pjg plak nak citer kat sini.




Hari Ketiga 6 Jun 2011, Isnin
Selamat pagi semua teman2... Pagi tak pagi sangat la. Mentang-mentang la Arjuna xjadi, bukan men malas-malas lagi kan.

DSC08972 copy 2

DSC08973 copy 2 1

Menu pagi tu ialah nasi lemak. Yum...yum...yum...sedap2. Selesai makan, siap2 untuk perjalanan turun melalui jaluran Tretes.

DSC08979 copy 2

DSC08981 copy 2

DSC08987 copy 2

DSC08992 copy 2

Jam 1030, baru la kami packing2. Iruel kata, "arini kita malas2 aja...". Mmmm...maka semuanya pun malas. Guider sempoi sangat. Hahaha.... Kami akan meninggalkan campsite yang indah ini. Berat gak nak tinggalkannya sbb best sangat. Guider yang sempoi dan giler2. Keserasian antara kami dengan mereka begitu pantas. Dah macam kenal lama la plak. Huhuhuhu....rasa nak nanges kalu teringatkan detik itu..... Satu lagi nak kasi tau ialah langitnya memang biruuuuuuuu. Serius.....

Sebagai Kenangan Yang Terindah ( Samson ), kami berfoto bareng2.....hihihihi

DSC08995 copy 2

DSC08999 copy 2
Lali Jiwo

DSC09009 copy 2

Lembah Kijang atau nama Jawanya Lali Jiwo merupakan antara lokasi popular dikalangan ahli MAPALA. Sering dijadikan tempat orientasi bagi ahli-ahli baru. Sesuai dengan lokasinya yang sangat luas. Selain itu, ia juga antara lokasi perlancongan yang menarik bagi kumpulan2 luar atau individu perseorangan. Lali Jiwo membawa maksud 'lupa jiwa' atau 'lupa diri'. Mungkin kerna terpegun kot dengan keindahan tempat ini, sampai lupa diri. Hihihi.....

Disamping itu, kawasan ini juga terdapat banyak kijang. Sebab itu dinamakan Lembah Kijang. Kenapa banyak kijang? Sebaaaabbbbbbb....Lembah Kijang ini terletak di dalam kawasan Taman Nasional. Ala-ala Taman Negara gi tuuu....

DSC09014 copy 2

DSC09016 copy 2
Leader of trip

DSC09020 copy 2

DSC09023 copy 2

DSC09024 copy 2

Jam 1130 kami sampai di Pos Pondokan. Pos ini merupakan cabang atau persimpangan antara laluan ke Puncak Welirang dan Lembah Kijang. Dari sini kami akan mengikut jaluran sehingga ke Tretes.

DSC09028 copy 2

Menurut Rifqi, jaluran ini kurang digemari pendaki kerna jalurannya amat panas. Selain itu, treknya berbatu granit dari gunung berapi di mana permukaan batunya memakan tapak kasut. Buktinya jahitan tapak kasut aku yang terentas atau terputus kerna permukaan batu tersebut yang bertajam halus. Mata kasar memang tidak nampak. So kena guna mikroskop la cam gi tu kan....Haaaaaa......

Setengah jam menuruni jaluran tersebut, kami berhenti berehat seketika. Dari lokasi kami itu, dpt kami lihat puncak Welirang. Botak jer puncak tu. Satu pokok pun xder. Alahai.....

DSC09031 copy 2

DSC09035 copy 2

Setengah jam berjalan dari tempat rehat td, kami berselisih pula dengan MAPALA lain yang sedang mendaki menuju ke Lembah Kijang. Sempat berhenti berkenalan. Lagipun guider kenal antara satu sama lain dengan guider mereka. Satu perkara menarik budaya MAPALA ni, suker bertegur. Mean ringan mulut. Nampak very polite adalah Bodunk. Lemah lembut jer cakap.

DSC09044 copy 2

15 minit seterusnya kami berhenti berehat lagi. Hehehe...cuaca dia sejuk panas...sejuk panas gi tu. Pokok2 tinggi dah mula berkurangan. Pancaran matahari lebih terik namun dingin masih terasa. Hmmm....

DSC09048 copy 2

Jam 1330, kami selamat tiba di Pos Kokopan. Di sini terdapat sebuah punca air. So dont worry tentang air. Kami berehat dan menunaikan solat sebelum menyambung kembali perjalanan.

DSC09052 copy 2
Kokopan Post

DSC09051 copy 2jpg

2 jam setengah berikutnya, kami pun sampai di pintu gerbang jaluran Tretes. Perghhhh........ Lega rasanya. Dari situ, jalannya sudah berturap. Dalam hati bukan men girang lagi. Kunun2 dah sampai la kan.

DSC09057 copy 2

Tapi itu semua mimpi yer kawan2. Dari situ aku rasa lagi mental dari tadi. Hahaha... time tu dlm hati, "baik trek berbatu tadi dari jalan tar yang macam ni...." Hanya mereka yang melaluinya sahaja yang tahu. Aku nak explain pun xtahu macam mana. Masa tempat rehat tu, Rifqi sempat lagi main2 dengan Ana. Dia kata kita akan turun trek macam ni dalam 40 minit lagi. Perghhhh....... Ana time tu dah mental la katakan. Aku yg dengar pun dah macam2 pikio. Tapi control lagi la.

Actually, selepas pintu gerbang tadi tu kami dah jumpa satu kedai minum. Ada penduduk kampung sedang minum2 lagi. Dari tempat rehat tu plak, dah nampak bumbung2 bangunan sebenarnya. Tp bila Rifqi kata 40 minit lagi, rasa lemah nox... Hehehehe..... Tapi sebenarnya tidak. 10 minit jer dari situ kami dah nampak hotel2 dan orang2 sedang beriadah. Alhamdulillah....

Kami berehat sambil membuat pengurusan diri di pejabat perhutanan di situ. Jam pada waktu itu menunjukkan 1630.

DSC09061 copy 2
Tretes

Sambil2 menunggu giliran bilik air yang dua itu, aku dan beberapa rakan lain sempat minum menghilangkan dahaga. Satu nama minuman yang unik, 'Soda Gembira'. Hihihihi.... Nice rasanya. Kalu nak, dtg la Indonesia k... Hehehehe....

Perjalanan kami seterusnya ialah ke M A L A N G.

Perjalanan dari Pos Tretes menuju ke Malang, memakan masa hampir 2 jam dengan angkutan. Dalam perjalanan, kami sempat singgah di sebuah tempat wisata iaitu Candi Jawi (koordinat 7°39'44.81"S, 112°40'12.10"E).

DSC09072 copy 2
Candi Jawi

Sebelum sampai ke destinasi seterusnya, kami singgah dulu makan di sebuah medan makan di kota Malang ini. Menariknya makan di sini ialah murah. Hahaha..... Air buah strawbery segelas hanya Rp6000 = RM 2 jer. Air buahnya lebih asli sebab menggunakan buah sebenar. Lebih menarik lagi apabila Rifqi order 'kodok masak kicap'. Arghhhh....... ABC dia pun mantap. Kira best la semua kecuali kodok masak kicap tu jer.

Kami diturunkan di hadapan Institut Teknologi Nasional, Malang (koordinat 7°57'28.94"S, 112°36'43.87"E). Lima minit kemudian, kami di sambut oleh teman2nya Rifqi. Dari situ kami dibawa menaiki motosikal menuju ke sebuah kawasan perumahan. Rasa kelakar dan ngeri bile difikir2kan pada masa itu. Mana tidaknya, naik moto dengan beg2 berat segala. Pada satu bukit tu, moto tu hampir terjungket ke belakang. Seb bek aku sempat turun. Pastu aku jalan kaki sampai atas dulu.

Salam kata malam ni tidur 'villa'. So kami baget villa la kan. Sekali rumah sewa teman2 guider. Selesai buat pengurusan diri, kami tidur nyenyak dek keletihan. Terasa macam dah lewat sangat tp sebenarnya awal lagi. Itu kalu ikut waktu Malaysia la kan... Zzzz...Zzzz....




Hari Keempat, 7 Jun 2011, Isnin

Bangun pagi terasa lapo la plak. New day and new friends. Selesai pengurusan diri, kami mengajak Salim jalan2 cari breakfast. Kami berjalan sehingga sampai ke kawasan pekan Malang. Kami makan bakso dan mee apatah. Dah lupa la plak. Aku mula2 makan mee pastu makan nasi plak. Nampak sangat laparnya.

Perut dah diisi. Baru la semangat. Hahahaha... Jom pergi kedai outdoor. Geng2 hiking ni kalu ke Indonesia, xsah kalu xpergi kedai outdoor. Sebab murah. Ori atau tidak, belakang kira sebab kalu beli kat Malaysia pun sama gak. Cuma mahal la kat Malaysia padahal barang dari Indonesia gak. Hihihi...

DSC09080 copy 2
Kawasan perumahan Salim

DSC09082 copy 2
10 prinsip rukun tetangga

Shopping di kedai outdoor mmg merunsingkan. Kalu tak di bendung, lagi parah. Hahaha....bukannya apa, kalu bagi satu hari shopping pun xhabis. Baik lelaki, mahu pun perempuan. Lepas dari shopping kat rumah kedai outdoor tu, kami balik ke rumah Salim dan packing2 untuk bergerak ker Institut Teknologi Nasional. Barang yang tidak diperlukan boleh di tinggalkan di rumah Salim.

Selesai packing, aku dan Salim keluar ke pasar untuk membeli barang keperluan dan mencari headlamp. Headlamp aku tertinggal kat bilik air Tretes. Arghhh....... Dari situ nnt aku dan Salim akan terus ke ITN dan bertemu dengan yang lain.

DSC09089 copy 2
HIMAKPA

Destinasi kami berikutnya ialah Puncak Semeru yang terletak di pergunungan Mahameru. Inilah matlamat sebenarnya trip ini. Yeah...teruja sangat. Tapi sebelum sampai ke puncak tu, ader beberapa check-point yang perlu ditempuhi. Antaranya Ranu Pani, Ranu Kombolo dan Kalimati.

Hari ini juga kami menunggu ketibaan 3 orang lagi rakan kami dari Malaysia iaitu Babu, Fahmi dan Kay. Dengan ini jumlah kami ialah 11 orang dari Malaysia. Settle jer semua perkara, kami pun menaiki angkutan menuju ke Tumpang. Tumpang merupakan salah satu kawasan daripada 33 kawasan yang terletak dalam daerah Malang.

DSC09091 copy 2
Taklimat

Dengan menaiki sebuah angkutan sahaja, kami bergerak menuju ke Tumpang. Waktu bertolak tu dah petang dow. Kompom sampai Tumpang malam punya sebab jauh beb. Sebelum berangkat, kami mendengar dulu taklimat dari Presiden MAPALA HIMAKPA, iaitu saudara Dosen sebagai kata2 alu-aluan menerima kedatangan kami. Dari sini Goblek, Bodunk dan Wink tidak turut serta kerna atas beberapa urusan. Manakala Salim yang akan menyertai kami kerna dia anak jati Daerah Malang serta mewakili Himakpa. Beliau juga lebih mengetahui dan arif selok belok jaluran menuju ke Semeru.

....zzzz....zzzz.....zzzz....

Kami sampai di rumah 'Abah' di Tumpang di kala malam sudah menjelma. Abah merupakan antara orang lama atau otai la bagi kawasan Bromo ni. Di rumah beliau ini, kami singgah untuk pertukaran dari angkutan ke 4x4. Sementara menunggu tu, kami menunaikan solat terlebih dahulu.

Jam 2100 kami sudah bersiap sedia meneruskan perjalanan dengan menaiki 4x4. Masa ni dah siap2 dengan pakaian trekking sebab ikut plan nak terus ke Ranu Kombolo. Jom...jom...jom...

DSC09095 copy 2
Rumah Abah di Tumpang

DSC09096 copy 2

Tengok dalam gambar, semua muka happy jer kan. Seronok sebab dapat nek 4x4. Horeyyyy..... kita tgk pasni. Hahahaha..... Dalam keadaan muat2 tu kami pun menyusuri jalan raya menuju ke Ranu Pani. Sebelum itu kami kena melapor dulu di pejabat renjer.

DSC09103 copy 2
Pejabat Renjer

DSC09102 copy 2

DSC09104 copy 2

Perjalanan kami ke destinasi berikutnya tergendala apabila 4x4 kami rosak di suatu lokasi semasa manaiki permatang. Disebabkan malam gelap, kami tidak dpt melihat suasana sekeliling. Tapi menurut guider, senjang jalan kami semasa di bawah td adalah ladang epal. So nnt masa balik karang boleh tgk.

4x4 kami rosak disebabkan overheat. Suasana semakin xkeruan dek suhu yang sangat sejuk. Dah la pakai sehelai sepinggang jer. Sweater pun xpakai sbb xbaget sejuk macam gini sekali. Masing2 xsenang berdiri semasa menunggu 4x4 dibaiki sebab sejuk sangat. Malam gelap kami hanya di temani bintang-bintang yang memenuhi setiap ruang langit. Teletah Salim pula memecah suasana sunyi malam. Sekali sekali kelihatan meteor. Superb beb.

3 jam dlm perjalanan td, jam 0045 pagi, kami sampai di Pos Ranu Pani (112 56 43.0 E, 08 00 40.1 S ). Driver terus membawa kami ke sebuah kedai makan kecil di situ. Padahal tuan kedai dah tidur. Tapi beliau bangun untuk melayan tetamu. Mungkin dah biasa kot dengan kedatangan pelancong dalam apa keadaan dan masa. Kami memanggilnya 'Ibu'. Peramah orangnya. Kami disajikan dengan teh panas dan nasi goreng telur mata. Perghhh......

DSC09107 copy 2

Seterusnya kami ke sebuah rumah tumpangan di bahagian atas bukit sinun untuk penginapan mlm ini.

Zzzzzz.....Zzzzz....zzzzzz




Hari Kelima, 8 Jun 2011, Selasa
Sejuk....sejuk....sejuuuukkkkk....mana2 pergi pun sejuk. Sleeping beg aku yang kalis peluru pun tak dpt menahan sejuk. Tulih 0 darjah celcius tu. Tapi hampeh sbb tidur malam tetap sejuk. Terasa macam dalam sleeping beg tu basah. Tapi xbasah pun.

Packing2 semua. Cepatan, dah nak gerak ni. Akhirnya pada waktu siang dapat juga melihat suasana kawasan Ranu Pani ni. Penuh dengan kebun sayur. Ketinggian Ranu Pani ialah 7280 ft iaitu melebihi ketinggi Gunung Tahan.

DSC09112 copy 2
Rumah tumpangan Ranu Pani

Dari sini kelihatan puncak Semeru yang tersergam indah.

DSC09116 copy 2
Berlatar belakangkan Puncak Semeru

Sama seperti tempat2 lain di dalam dunia ini, kalu nak masuk mana2 bahagian kena la report tu kan. So guider sedang uruskan perkara2 tersebut. Sambil2 tu kami posing2 la dulu kan. Jumpe la sorg budak ni. Comel sangat. Bulu mata lentik. Putih2 kemerahan. Macam anak monggolia gi tu. Nanti besar boleh la jadi model atau artis gi tu. Nama Glamer Fakrusy gi tu...

DSC09130 copy 2 1
Glamer Fakrusy

DSC09119 copy 2

DSC09122 copy 2
Pos Ranu Pani

DSC09128 copy 2

DSC09135 copy 2

DSC09139 copy 2
Restoran

DSC09136 copy 2
Lori sayur

Ranu Pani merupakan nama sebuah tasik yang terdapat di kawasan tanah tinggi tersebut. Ranu membawa maksud tasik. Selain Ranu Pani, terdapat sebuah lagi tasik yang berdekatan di situ ialah Ranu Regulo.

Setelah urusan dengan pihak berkuasa selesai, kami pun berjalan menuju ke pintu rimba. Destinasi hari ini ialah Pos Kalimati. Kami akan bermalam di sana dan akan memulakan pendaki ke puncak Semeru pada jam 0200 pagi keesokkannya. Sebelum sampai ke Kalimati, kami akan melalui satu lagi tasik yang diberi nama Ranu Kumbolo. Ranu Kumbolo merupakan antara lokasi idaman para hikers termasuklah kami berdasarkan gambar2 yang di lihat di dalam internet. Superb giler. Superb atau tidak, kita akan ketahuinya nnt. Yeaahhhh....

Sedang kami berjalan menuju ke pintu rimba, kedengaran bunyi dentuman yang kuat. Kelihatan kepulan asap keluar dari puncak Semeru. Kami berlari-lari untuk mengambil gambar. Hahahaha.... memang tidak dapat dibayangkan perasaan ketika itu. Saat melihat pemandangan tersebut. Sedih? Gembira? Takut? Yang pasti kami ingin mengambil kenangan pada saat tersebut. Hahahaha...

DSC09140 copy 2
Letupan Semeru

DSC09142 copy 2

DSC09144 copy 2

Pendakian 1 jam lebih menyusuri denai bersimen. Tidak mencanak sangat. Peluh pun tidak sempat nak keluar sebab suhu yang sejuk. Hihihihi... Kami sampai di pondok pertama.

DSC09151 copy 2
Pondok pertama

30 minit yang berikutnya ialah pondok ke dua.

DSC09158 copy 2
Pondok kedua

DSC09154 copy 2
Puncak Semeru

Kalau tidak salah aku ada 4 pondok rehat sebelum sampai di Ranu Kumbolo. Tapi rekod bergambar hanya ader 2 jer. Sepanjang pendakian ini, kami berselisih dengan beberapa kumpulan MAPALA lain yang dalam perjalanan turun. Terdapat juga kumpulan individu lain termasuklah mat salleh.

Dan kami pun sampai di papan tanda menyatakan 500m lagi ke Ranu Kumbolo. Masa tu perasaan happy sangat. Tak tunjuk la. Cuma hati berbunga2 gitu. Alah perasaan macam bila kita dapat tahu bahwa cinta kita berbalas. Hahaha...

DSC09166 copy 2
500 meter lagi

Langkah kaki dipercepatkan lagi. Dari atas telah kelihatan macam satu kawasan lapang berlekuk. Rumputnya warna macam rumput kering. Kekuning-kuningan.

DSC09168 copy 2

Bibir tak terucap melainkan pujian kepada Maha Esa dan Maha Sempurna takkala melihat sebuah tasik yang besar di bawah sana. Pemandangan yang sungguh cantik. Inilah lokasi yang sentiasa bermain2 di fikiran dari Malaysia lagi. Itulah R A N U K U M B O L O (koordinat 8° 3'5.05"S, 112°55'3.37"E). Ketinggian ketika ini ialah 24oo meter dpl.

DSC09171 copy 2

DSC09174 copy 2
Ranu Kumbolo

DSC09181 copy 2

DSC09186 copy 2

Masa menuruni lereng bukit tu, kelihatan asap tebal di langit. Semeru meletus lagi...

DSC09188 copy 2

DSC09189 copy 2

Pada masa itu dalam fikiran aku hanya tertanya2 dan tercari-cari dari sudut manakah matahari terbit antara 2 bukit seperti dalam gambar2 yang aku tgk dlm internet.

DSC09192 copy 2

Jam 1359 kami tiba di papan tanda ini seterusnya menandakan bahwa kami telah selamat sampai di Ranu Kumbolo ini.

DSC09197 copy 2

DSC09201 copy 2
Sudut foto yang terkenal di Ranu Kumbolo

Kami berhenti berehat di sini. Menunaikan solat dan memasak nasi dan lauk. Ini kerna di Kalimati nanti tidak ada air. Bukan itu saja, sepanjang jaluran menuju ke Kalimati juga tidak ada sumber air. Kalau nak ambil air juga di Kalimati, perjalanannya 1 jam turun ke bawah sana. Sanggup ke nox...? Sebelum terlupa, hari ini kami akan campsite di Kalimati iaitu kaki Gunung Mahameru.

Sambil menunggu masakkan selesai, kami sempat berjemur di kawasan lapang ini kerna suhunya sejuk sangat di tambah pula angin bertiup agak sederhana. Walaupun terik namun ianya masih dingin. Selain berjemur, kami sempat berposing2 di tasik yang indah ini.

DSC09206 copy 2
Gaya yang bersemangat

DSC09210 copy 2
Gaya katak ker Yan...?

DSC09216 copy 2
Kluang Man

DSC09220 copy 2

Dari acara solo, diteruskan pula dengan acara beregu. Actually pada waktu ini ader bulan kat atas langit sana. Dalam gambar pun nampak tp kecil la. Kalu tgk real punya seolah2 berada di planet lain gi tu.... Hihihi....

DSC09222 copy 2
Acara beregu

DSC09223 copy 2

DSC09224 copy 2

DSC09227 copy 2
Kena lompat lagi tinggi Lin...

DSC09228 copy 2

DSC09230 copy 2

DSC09231 copy 2
Lompat atau tidak ni...?

Dah puas berseronok lompat-lompatan, masak2 dan berdengkuran, kami packing2 untuk meneruskan perjalanan sekitar jam 1545. Lama gak la kami santai2 di Ranu Kumbolo ni. Rasa xnak gerak jer.

Dari campsite situ, kami perlu mendaki bukit depan situ haa... Jaluran itu dinamakan Tanjakan Cinta. Nama romantik plak tu. Ingatkan nama membunuh. Tapi memang bercinta la nak daki jaluran tu. Hahaha..... Padahal xjauh dan tak tinggi pun. Disebabkan mental dan mencanak punya jaluran, hampir 30 minit gak la kat situ. Sampai jer atas, terus rehat sebab penat nox.

DSC09243 copy 2
Tanjakan Cinta

Mula2 tu kami xtahu tau apa yang ader selepas Tanjakan Cinta tu, tapi bila sampai jer atas sana, waaahhhhhh........terlopong seketika kerna pemandangan yang superb giler dowww...... Mmmm....aku dah habis kata2 dah nak story pada u all akan keindahannya. So layan jer gambau2 ni semua k....

DSC09244 copy 2

Dihadapan kami terbentang sebuah lanskap yang begitu mempersonakan. Sebuah savanna yang sering disebut sebagai Oro Oro Ombo.

DSC09249 copy 2

DSC09251 copy 2

Ini pandangan dari atas Oro Oro Ombo. Jalurannya boleh dilalui samada di tepi atau di bawah sana. Terpulang pada kehendak masing-masing. Oro oro Ombo atau Hutan Cemara ini merupakan taman bunga semulajadi. Pokok-pokoknya setinggi paras kepala. Dia macam ala-ala lorong bersilang gi tu la. Eeee...susah la nak cakap. Korang pergilah sendiri kalu nak tahu k.

DSC09254 copy 2

DSC09257 copy 2

DSC09260 copy 2

1 jam setengah kemudian, kami sampai di kawasan yang dinamakan Jambangan. Jambangan merujuk kepada kawasan lapang seolah-olah peringkat-peringkat sebelum sampai ke Kalimati. Kalu xsalah aku terdapat 4 Jambangan. Dari Jambangan, sudah kelihatan Puncak Semeru yang gagah itu. Seolah-olah sedang bermimpi. Sebelum sampai ke jambangan pula, terdapat kawasan yang diberi nama Cemoro Kandang.

DSC09267 copy 2
Jambangan 1

Langkah dipercepatkan takkala mendengar guider berkata bahwa Kalimati sudah tidak jauh. Hanya melalui 2 selekoh sahaja lagi. Sekitar jam 1815 waktu Malaysia, kumpulan terakhir iaitu kumpulan aku, mula memasuki kawasan lapang Kalimati. Dari jauh kelihatan sebuah rumah berbumbung kuning air. Sebelahnya pula beberapa buah tenda. Tenda biru pun ada iaitu tenda kita yang telah didirikan oleh GB, Lin, Abe dan Iruel.

DSC09295 copy 2

DSC09300 copy 2

Rasa teruja bila melihat pemandangan Kalimati ini. Ye la sebab kat Malaysia tidak ada kawasan seperti ini. Tanahnya berpasir halus berwarna hitam. Rasanya itu debu-debu Puncak Semeru yang telah disembur keluar dari teras bumi sejak sekian lama. Rumputnya pula warna kekeringan. Nak kata padang pasir, xmacam padang pasir. Entah la kan. Syukur pada Allah s.w.t, segala puji-pujian hanya untuk-Mu.

DSC09304 copy 2

Sama seperti campsite sebelum-sebelum ni, cuaca di Kalimati lebih dingin. Kami memulakan persiapan makan malam lebih awal kerna mahu tidur awal. Trip pendakian esok aku bermula seawal jam 0200 pagi. Sambil menunggu ketua chef kita, Salim sibuk di dapur, ada yang lepak2 sambil menikmati keindahan alam dengan tersergam gagah Gunung Mahameru.

Selesai solat dan makan malam, kami pun tidur... Zzz...zzz...zzz...




Hari Keenam, 9 Jun 2011, Rabu

Di Jenjang Desember
Dan bila senyum duka

Ter-awang di sudut senja
Itu tanda ku tiada...

Dan bila matahari
Tenggelam di Ufuk timur
itu tanda kutiada...

Dijenjang Desember
Kau datang Padaku
Kubimbing kau ke lereng semeru...
Kubelai rambut yang hitam
Kau tersipu malu
Oooo Indahnya... Mahameru

Di sudut bibirmu
Kureguk cintamu
penghantar dan penghangat tubuhku....
Burung-burung kan bernyanyi
Alam pun berseri
ooo indahnya... Mahameru

Jam 0000, alarm mula berdering. Bangun-bangun... Kami bersiap-siap. Tak bersiap banyak pun sbb memang kami dah pakai siap-siap baju. Untuk baju, aku pakai 6 lapis. Seluar plak 4 lapis. Hahahaha....

Dalam dok siap-siap tu kedengaran dentuman Semeru. Kuat bunyinya. Orang khemah sebelah dah gerak pun. Kami jer belom. Apabila semua siap, kami pun mula bergerak dalam kedinginan pagi. Perlu diingat pada u all kat luar sana kalu nak buat trip ke sini, face mask paling penting. Time ni hidung aku dah berdarah dua-dua belah. Sebelum ni sebelah jer. Mmmm....

Maka berjalanlah kami menyusuri jaluran yang telah sedia tercipta. Debu memang banyak la sbb cuaca kering. So better jalan tu jarak2 sikit supaya xbanyak sedut debu tu.

Pada masa tu fikiran aku blurr sbb xberapa nampak suasana jaluran atau trek. Main ikut jer. Pastu dengan sejuk lagi. So agak weng la. Kami berhenti rehat di Kelik setelah 3 jam lebih mendaki. Lamakan. Itu kira dah termasuk kami berhenti banyak kali gak la on the way pendakian termasuklah di Arcopodo Campsite. Trek agak mencanak gak la. Pastu berdebu lagi.

DSC09308 copy 2

DSC09310 copy 2

Bermula dari Kelik ini, sudah tiada pokok. Kami mula mengatur jejak dalam kepekatan gelap pagi. Masing-masing berhati-hati kerna kiri dan kanan adalah gaung.

Struktur tanah mula tidak tejal. Yang ada hanyalah batuan pepasir. Langkah kami sangat tidak stabil dek gelongsoran pepasir tersebut. Setiap langkah kami akan terundur ke bawah dengan sendiri. Bayangkan, trek berpasir sepenuhnya. Kita langkah ke atas, dia akan turun balik. Fuhhhh... mental beb.

Selang beberapa minit dah kedengaran panggilan untuk tabung oksigen. Medic yang kat depan hanya mampu tinggalkan jer tabung tu di atas. Nanti orang belakang naik dan ambil. Dari bawah tadi kelihatan deretan lampu pendaki di atas.

Kami terus mendaki dan terus mendaki. Tak tahu bila la nak sampai ni. Ada cakap2 orang bahwa ini yang dinamakan 4 1. Iaitu 4 kali langkah 1 kali berhenti rehat. Ada juga orang guna 5 2. Sama jer. Dalam tafsiran lain ialah 4 kali langkah bersamaan dengan 1 langkah sahaja.

Ufuk timur sudah mula kelihatan warna jingga matahari. Itu menandakan sang suria sudah mula bangun. Pada masa itu kami masih lagi on trek. Dari bawah tengok tak jauh pun. Tapi ni dah berapa jam xsampai2 lagi. Aku mula kosongkan fikiran dari mengejar target untuk melihat matahari terbit dari puncak kerna ia membuatkan aku kementalan. Aku mula mengeluarkan MP3 dan mendengar lagu Di Jenjang December berulang-ulang. Pada masa itu Yan di belakang. Kami dua jer. Kelihatan dia atas ialah Emy, Syed, Lin, Ana, Iruel dan Abe. Abe tadi dok belakang. Pastu dia potong kita orang. Gigih giler dia.

Pada satu ketika, aku nyaris2 memaki hamun sebab mental. Dalam hati je la. So aku rehat dulu bagi cool. Kemudian Yan potong aku. Yan dah mula meninggalkan aku. Nyirap gak la. Pastu aku azam nak potong dia balik dan berjaya. Hahahahaha....yes...yes...

Mode sekarang just layan jer. So aku snap la beberapa keping gambar suasana matahari terbit dari jaluran. Dan yang pasti dapat layan pemandangan yang superb...

DSC09311 copy 2
Sunrise di jaluran Semeru

DSC09315 copy 2

DSC09316 copy 2
Berlatarbelakangkan Bromo dari jaluran Semeru

Langit semakin cerah. Aku dan yang di bawah2 sana masih dalam trek. Orang yang di atas makin lama, makin tidak kelihatan. Mungkin itu tandanya sudah kedekatan puncaknya. Apapun teruskan aja.

DSC09317 copy 2

Bila dah lama mendaki tu, tetiba Emy muncul di sudut atas sambil melambai-lambai. Yes! Yes! dah nak sampai. Aku bersemangat kembali. Sekitar jam 0730 waktu Malaysia, aku pun sampai di puncak diikuti dengan Yan. Alhamdulillah...

Di puncak kelihatan beberapa orang sedang menyambut kemenangan dan sedang bergambar kenangan tanda kenangan berada di Puncak Semeru. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk merakamkan tanda kenangan.

DSC09319 copy 2

DSC09323 copy 3

Sedang dok lompat-lompat bergambar sana sinun, tetiba Semeru menyemburkan asap sulfurnya ke udara. Ada yang panik dan ader yang teruja. Masing-masing posing nak ambil gambar berlatar belakangkan asap Semeru. Hahahaha.....

DSC09331 copy 2
Puncak Semeru

DSC09343 copy 2

DSC09345 copy 2

DSC09347 copy 2

DSC09352 copy 2

DSC09356 copy 2

DSC09361 copy 2

DSC09372 copy 2

DSC09387 copy 2

DSC09391 copy 2

DSC09392 copy 2

Dah hampir sejam gak la dok posing2 sambil tunggu yang bawah sampai. Akhir yang sampai Salim. Dia bgtau bahwa yang bawah mungkin xkan sampai. Cuma Leader iaitu Salam jer org terakhir.

Sebelum tu Iruel, Syed dan yang lain-lain dah ajak turun sebab dah lama kan. Lagipun gas sulfur boleh membawa kesan jika sedut berlebihan. Aku macam kurang setuju la sbb apapun, kena tunggu semua sampai sebab kita satu team kan. Aku yakin penuh bahwa Salam mesti sampai punya. Yang lain tu xtahulah kan. Tapi memandangkan faktor keselamatan, turun jugak la. Belum sempat gerak, dah nampak kelibat Salim dan Salam. Sesuai sangat. SALIM dan SALAM.

Kumpulan terdahulu sampai dah beransur2 turun dari puncak. So Salam sempat la posing2 tanda kenangan sebagai antara ribuan yang menjejaki Puncak Semeru ini.

DSC09402 copy 2

DSC09411 copy 2

Oklah, cukup2 la tu posing kat atas sana. Walaupun xdpt bergambar semua kan. Apa leh buat. Takder jodoh kot. Jom turun...

DSC09416 copy 2

DSC09419 copy 2

Perjalanan turun berjalan lancar sahaja. Tidaklah semental masa naik tadi. Meluncur jer turun sebab pasir tu bergerak sama masa turun. Panas agak terik sebab kurang awan. Kecuali langit biru. Masa turun tu berselisih dengan pendaki yang masih belom sampai puncak. Sorang2 dia jer. Semangat2...

Aku dan Salam orang yang terakhir sampai di Kelik pada jam 0937. Setia menanti di situ Emy, Abe dan Salim.

DSC09425 copy 2
Kelik

DSC09429 copy 2
Jaluran menuju ke Semeru

Sampai di campsite, kami terus baring dan tidur untuk seketika. Cover balik yang semlm dan pagi tadi yang bangun awal sangat.

Nak masak, tapi air tak ada kan? Mmmmm.... Salim megajak aku ke Sumber Mani. Lokasi di mana terdapatnya punca air. Jarak perjalanan tidaklah jauh sangat tapi nanti nak balik sakit sikit la sebab kena mendaki plak. Pergi balik xsampai sejam la. Air plak tidaklah seperti air terjun. Kecil jer. Tapi tidak sekecil Kem Cerek. Hahahahaha....

DSC09433 copy 2

Dalam perjalanan turun ke Sumber Mani itu, Salim menunjukkan pokok strawberi hutan. Ada beberapa buahnya yang sudah masak. Aku apa lagi makan la sebab kegemaran ku plak tu. Hehehe...

DSC09438 copy 2

Sekitar jam 1600, kami mengorak langkah untuk turun semula ke Ranu Kumbolo. Malam ini kami akan bermalam di Ranu Kumbolo.

DSC09463 copy 2

DSC09469 copy 2

DSC09481 copy 2
Itik pulang petang

DSC09483 copy 2

DSC09489 copy 2

DSC09492 copy 2

DSC09493 copy 2
Oro Oro Ombo

DSC09496 copy 2

DSC09498 copy 2

DSC09500 copy 2

Dari Kalimati menuju ke Kumbolo, tidak memakan masa yang lama. 1 jam lebih berjalan, kami pun sampai di Tanjakan Cinta dan terus turun ke campsite. Ketika itu sudah kelihatan beberapa tenda.

DSC09502 copy 2
Eldewis di Tanjakan Cinta

Dari Tanjakan Cinta dapat dilihat keindahan waktu petang Kumbolo yang indah ini.

DSC09512 copy 2

Kami mendirikan khemah dan membuat pengurusan diri. Malam yang indah dan sangat sejuk di Kumbolo kami nikmati dengan membuat unggun api kecil. Di serikan lagi dengan aktiviti masak memasak dan bergurau senda.

DSC09515 copy 2

Sebelum tidur, masing-masing pesan berpesan agar dikejutkan esok pagi kerna mahu melihat matahari terbit antara 2 bukit. Itulah yang ditunggu2 di Kumbolo ini sebenarnya. Hahahaha...

Zzz...Zzz...




Hari Ketujuh, 10 Jun 2011, Khamis
Sama seperti malam2 yang lalu, kesejukkan malam meresahkan tidur aku. Beberapa kali terjaga dek kesejukkan.

Ben...! Ben...! Ben...! Kedengaran suara Yan memanggil aku supaya bangun mengerjaka solat Subuh. Tapi ikatan dan bisikan syaitan tentang kesejukan membuatkan aku tewas. Astagfirullah hal azimm.... Aku tertidur kembali tapi sekejap jer tertidur, pastu aku bingkas bangun untuk Subuh yang agak lewat. Mmmm.... Tapi bila ingatkan kembali time tu, suara Yan dah mula tension sebb panggil aku lama sangat dan aku xsahut. Hahahaha...

Lepas solat tu aku dan beberapa rakan lain memasak air. Nak buat air teh dan kopi sambil melihat ke tasik. Sejuk nox. Tahu kenapa kami melihat ke tasik? Sebab nak tgk matahari terbit dari celahan itu. Tunggu punya tunggu, tak keluar2. Rupa2nya sang suria berada di balik bukit sana. Kuciwa gak la tapi apa leh buat. Bukan kerja kita semua tu. Allah jua yang menjalankan alam semester ini.

Apapun pic tetap ambil. Hahaha.... Tetiba kedengaran suara berteriak kecil di belakang tenda. Nak tahu sebabnya? Sebab ada ais. Yeaaaaa..... Rain cover beg di seliputi kepingan ais. Waahhh....best nya. Sejuk Kumbolo ni boleh menghasilkan kepingan ais gi tu....

DSC09526 copy 2

DSC09541 copy 2

DSC09532 copy 2

DSC09539 copy 2

Pic semakin sukar diambil pabila matahari mula menampakkan diri. Sebab teriknya begitu menyilaukan. Guna flash pun mcm ok tak ok jer.

DSC09572 copy 2

DSC09583 copy 2
Ranu Kumbolo

DSC09618 copy 2

DSC09613 copy 2

DSC09619 copy 2

DSC09624 copy 2

Gambar beramai2 bukan tanda nak bergerak lagi. Tapi saja jer ambil. Pastu lepak2 lagi sebab Syed ada plan untuk kenakan Iruel, Rifqi dan Salim. Hihihi...gelak jahat.

Semalam sebelum tidur, Iruel dan Rifqi buat perjanjian siapa yang bangun lewat akan dicampak ke dalam tasik yang dingin itu
. Maka selesai posing2 tu, lepak2 la hujung tasik sambil mancing. Sekali diaorg dpt tangkap Iruel dan terus campak dalam tasik. Hahahaha...basah la si Iruel. Rifqi dan Salim dah bertempiaran lari. Kahkahkah.... Lawak2....

DSC09629 copy 2

DSC09645 copy 2

DSC09653 copy 2

DSC09671 copy 2

DSC09672 copy 2

Dalam perjalanan turun, kami membuat sedikit kerja amal iaitu mengutip sampah2 di sepanjang trek. Tahniah buat Emy, Syed, Abe, Rifqi, dan semua lah. Hahahaha...

DSC09687 copy 2
Sahabat Alam

Setibanya kami di Ranu Pani, kami berehat sekejap. Kemudian kami menjelajah pula ke satu lagi tasik yang terdapat di kawasan yang sama di mana ia dikenali sebagai Ranu Regulo (koordinat 8° 0'46.45"S, 112°57'5.82"E).

DSC09694 copy 2

DSC09699 copy 2
Ranu Regulo

DSC09709 copy 2

DSC09714 copy 2

DSC09717 copy 2

DSC09749 copy 2

DSC09751 copy 2

Kami telah bersiap sedia untuk berangkat menuju ke Bromo. Kami akan bermalam di sana malam ini. Sebelum berpisah, kami sempat makan2 di kedai Ibu ini. Paling pasti kenangan di sini ialah cili Ibu yang sangaaaaaatttttttttttt PEDAS.

Jika hari itu kami tidak dapat melihat pemandangan dek kepekatan malam, kini masa pulang, kami dapat melihatnya. Tidak rugi rasanya mengambil gambar pemandangan kerna ianya sangat indah.

DSC09756 copy 2

DSC09762 copy 2

Sedang asyik menikmati pemandangan yang indah, tetiba aku dikejutkan dengan satu pemandangan yang sangat mengujakan. Hahahaha... Menguja tu satu hal, yang tak tahan tu aku gayat giler tgk pemandangan tu. Serius gayat giler. Rupa2nya kami sedang berada di permatang pergunungan yang sangat tinggi. Menggeletar lutut mak nox. Ini merupakan antara pemandangan paling SUPERB yang pernah aku lihat.

DSC09765 copy 2
Teletubies

DSC09784 copy 2

DSC09776 copy 2

DSC09795 copy 2

Perjalanan dengan 4x4 di laluan tersebut begitu mencemaskan aku. Mana tidaknya. Jalannya hanya muat2 sebuah kenderaan sahaja. Kiri kanan adalah gaung. Masya-Allah...

Setelah beberapa ketika, 4x4 kami mulai menuruni bukit. Paling menakjubkan, kami dapat melihat sebuah pemandangan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sebelah kanan kami pada ketika itu terdapat sebuah benteng gunung yang sangat gah dan tinggi. Kiri pula beberapa pergunungan. Rupa2nya, kami berapa di laluan TELETUBIES. Kalu u all tgk gambar kat atas tu, ada laluankan. Haaaa....itulah laluan kami sekarang. Aku baru perasan. Lokasi yang kami berhenti ambil gambar td adalah di atas sana. Masya-Allah... Nama tempat yang kami lihat TELETUBIES itu dikenali sebagai Jemplang.

Gambar di kawasan ini tidak banyak berikutan kedudukan di atas 4x4 yang tidak stabil untuk mengambil fotonya. Di tambah pula dengan keadaan berdebu.

DSC09809 copy 2

DSC09812 copy 2

DSC09813 copy 2

Alhamdulillah, kami selamat sampai di Bromo sekitar jam 1900 lebih kurang setelah berjam2 di atas 4x4. Suasana dingin dan seolah2 berada di Nepal dengan keadaan masyarakat tempatannya. Rifqi terus membawa team kami ke sebuah rumah tumpangan yang muat2 untuk kami beristirehat malam ini.

Selesai membuat pengurasan diri, kami makan malam di sebuah restoran tempatan di situ. Seterusnya membeli kelengkapan untuk pendakian ke Bromo kelak. Sebelum tidur, kami sempat bermain kad, family card, ABC dan Pindah Barang. Salim paling kelakar dalam game2 ni. hahaha... Maka lekatlah KEDONDONG....Hahahaha...

Sama seperti pendakian ke Semeru, kami kena tidur awal kerna pendakian ke Pananjakan bermula seawal pagi.




Hari Kelapan, 11 Jun 2011, Jumaat

Alarm handphone terus berdering pada jam 0345. Kedengaran di luar rumah penginapan orang2 berjalan dan berbual-bual. Bunyi 4x4 tidak terkecuali dan paling banyak menyumbang kepada pemecah keheningan pagi pada ketika itu.

Lantas kami tidak melengahkan masa. Kami bergegas bersiap2 dengan pelbagai kelengkapan pendakian. Terus naik 2 buah 4x4 menuju ke Pananjakan. Ternyata memang ramai manusia pada ketika itu menuju ke destinasi yang sama. Dapat lihat ketika itu penduduk tempatan yang majorotinya beragama Hindu turut serta dalam suasana pagi tersebut. Ada juga yang berpakaian seperti mahu ke tempat kerja. Kerja apa tak pasti. Tapi gaya mcm kerja di area2 ladang dan petani gi tu.

Siap parking, kami pun turun. Kami dinasihati mengingati no plat 4x4 masing2. Dari situ kami akan mendaki. Dalam masa yang sama, perkhidmatan kuda ada ditawarkan. Ada dikalangan pengusaha bermati-matian menawarkan kami dan para pengunjung lain menaiki kuda tersebut. Dari bawah sehingga ke atas, bayaran Rp 50000 gitu. Tak hingat sangat. Tapi Yan nyaris2 nak naik kuda tu sbb dah mental kot. Hahahaha... Dia plak p tawaq harga sampai dia tu bagi harga murah, Rp 10 000. Tetiba Yan xjadi naik. Begang ar dia dalam bahasa Jawa dan terus beredar.

Akhirnya kami pun sampai la di puncak Pananjakan (7°54'38.25"S, 112°57'12.71"E). Tidak la jauh sangat sebenarnya. Tapi berjalan dalam gelap, so xberapa pasti tinggi mana puncak tu. Ini disebabkan mental Semeru belum habis. Hahahaha....

DSC09834 copy 2

Kelihatan pelancong begitu ramai sekali memenuhi setiap kawasan puncak ini. Masing-masing ingin melihat keindahan ciptaan Allah sebaik terbitnya matahari. Sayang sekali pemandangan tidak seperti yang diharapkan seperti dalam internet. Ini berikutan, langit ketika itu dipenuhi dengan debu gunung berapi Bromo yang sedang aktif mengeluarkan debunya. Puncak Semeru tidak kelihatan dari sini.

DSC09853 copy 2
Pemandangan Puncak Bromo, Batok dan Semeru dari Pananjakan

Walaupun begitu, kami tetap menikmati pemandangan yang tersedia ini. Kawasan putih itu merupakan laluan yang kami lalui semlm. Padang pasir yang sungguh luas.

DSC09870 copy 2

Dari Pananjakan ini, kita dapat melihat 3 gunung iaitu Semeru, Bromo dan Batok. Sayang sekali pada ketika ini Bromo sangat aktif serta mengeluarkan debunya secara berterusan. Sebab itu, kawasan sekitarnya penuh dengan debu.

DSC09896 copy 2

DSC09900 copy 2

DSC09925 copy 2

Matahari semakin meninggi. Jam 0700, kami mula menuruni puncak Pananjakan. Kami akan menaiki semula 4x4 kami untuk menuju ke Bromo. Dalam perjalanan turun, kami dan para pelancong lain dihujani dengan rayuan penjual-penjual tshirt plak. Puas nak menepis. Hahaha....

DSC09926 copy 2

Sampai di 4x4, ada lagi penjual-penjual baju tersebut. Tak beli rasa kesian plak sbb kesungguhan dia menjual tu. Maka beli gak la. Aku beli 2 helai. Teman-teman yang lain ada beli gak.

DSC09936 copy 2
Amboiii.....sempat lagi nox

DSC09939 copy 2

Satu tip untuk u all yang akan berkunjung ke sini, ketika hendak membeli t-shirt, pastikan anda membuka dan melihat sendiri saiznya.  Ini bukan apa sbb aku dan beberapa rakan yang lain dah terkena.  Minta saiz M tapi saiz M dia macam S.  Sedar pun masa dah sampai kat ITN.  Konon2 nak balik naik aeroplane pakai baju Bromo la kan.  Sekali sendap nox.  Nasib bek xnampak puting.  Mmmm... So u all kena buka dulu dan tengok saiznya.  Saiznya juga berbeza-beza mengikut design yang berbeza-beza.  Pening nox.  So hati-hati k. 

Xpdc kami diteruskan lagi dengan menuju ke Gunung Bromo. Kami mula menuruni bukit menuju ke kawasan berdebu yang luas. Pokok2 semuanya mati akibat letusan Bromo. Dari jauh semasa kami dlm 4x4 lagi jelas kelihatan Bromo berterusan menghempuskan debu dari perut Bumi.

DSC09946 copy 2

Sama seperti ke Pananjakan, lagi sekali kuda disediakan untuk sampai ke kaki Gunung Bromo. Harganya Rp 80000. Setelah di ayat2 oleh aku, Yan pun naik la kuda tu. Hahaha....

DSC09947 copy 2

DSC09953 copy 2

DSC09960 copy 2

DSC09963 copy 2

DSC09973 copy 2

Jika dilihat melalui peta dari atas, kawasan ini seolah-olah kawah gunung berapi yang sangat besar. Di tengah2 kawah ini terdapatnya Bromo dan Batok. Serius, kalu xpercaya tengok la dalam google earth. Ini diperakui sendiri oleh guider kami. Kalu benar, letusan ini telah berlaku berjuta2 tahun dahulu. Dan siapa tahu pada suatu masa nanti ia akan meletus semula kerna kawasan ini sememangnya masih aktif.

DSC09976 copy 2

DSC09982 copy 2
Kelihatan tangga menuju ke puncak telah ditenggelami dengan debu2 Bromo

DSC09987 copy 2
Kawah Bromo

DSC09989 copy 2

Berada di tebing Bromo ini boleh dikatakan gayat gak la bagi aku. Mana tidaknya, tepi2 jer berdiri. Kalu pasir tu menggelunsur ke bawah, compom2 semua yang kat atas tu akan jatuh ke bawah. Eeee.....kecut perut mak nox. Koordinat Bromo adalah seperti berikut 7°56'35.72"S, 112°57'10.52"E.

DSC09991 copy 2

DSC09994 copy 2

DSC00006 copy 2

DSC00010 copy 2

DSC00013 copy 2

DSC00018 copy 2

DSC00021 copy 2

Dari Bromo pula dapat dilihat Pergunungan Pananjakan. Sungguh menakjubkan.

DSC00027 copy 2

DSC00030 copy 2

DSC00038 copy 2

DSC00046 copy 2
Kuil Pondo Agung

Pendopo Agung, merupakan satu-satunya kuil yang terdapat berdekatan dengan Bromo. Kuil ini digunakan oleh penganut agama Hindu dalam beberapa upacara penyembahan kepada Bromo mengikut kepercayaan pengikutnya. Dikatakan semasa upacara pemujaan tersebut, manusia akan memenuhi seluruh ruang kawasan ini. Mmmm....tak terbayang oleh fikiran. Hihihi.....

DSC00051 copy 2

DSC00057 copy 2

Ketika aku dan yang lain2 menuruni Bromo, 3 sahabat kami iaitu Syed, Lin dan Abe, telah pergi mendaki Gunung Batok. Masya-Allah, kuat nya mereka bertiga. Aku memang dah xmampu sebab x set nak mendaki. Hahaha...

DSC00069 copy 2

Jeep terakhir iaitu kami bergerak setelah yang 3 itu sampai dari Puncak Batok. Kami di bawa melawati Lava View. Bergambar kat luar jer sambil melihat pemandangan Bromo dari sudut lain. Debu2 Bromo menjadikan pemandangan sekitarnya agak berdebu dan kurang menarik. Hmmm.....

DSC00071 copy 2

DSC00078 copy 2

DSC00080 copy 2

Masa begitu mencemburi. Kami membuat pengurusan diri untuk berangkat pulang ke Bandar Malang. Lagi sekali dalam perjalanan pulang, kami melalui sekali lagi kawasan padang pasir tersebut. Ternyata kali ini lebih nikmat menikmati pemandangannya. Memang tidak dapat dillupakan pemandangan yang unik itu. Rasa macam nak pergi lagi sekali. Nak buat photoshoot kat situ jer. Hahaha....

DSC00085 copy 2

Terasa begitu lama sekali untuk sampai ke rumah Abah di Tumpang. Naseb baik ada benda-benda menarik yang dapat dilihat seperti ladang epal. Haaaaa..... rupa2nya Malang mempunyai ladang epal yang luas. Pokok2 epal menghiasi laman2 rumah penduduk sini. Kalu kat Malaysia ni mcm pokok pelam gi tu.

Kami tiba di Malang sekitar jam 1500. Selesai solat dan apa2 yang patut, kami pergi mengisi perut di luar sana. Fahmi n Babu beritahu ada kedai Bakso paling sedap di dunia ada kat situ. Maka aku dan yang lain2 pun bergegas la pergi. Hihihi...

Memang betul kata mereka. Bakso situ memang terbaek dari ladang. Serius aku cakap. Aku jenis terus terang punya. Kalu xsedap memang xsedap. Macam ABC yang kat seberang jalan sana, memang xsedap. Huhuhu....

DSC00088 copy 2
Bakso terbaek

Malam terakhir di Kota Malang atau lebih tepat di Negara Indonesia, kami di bawa berjalan di kawasan berdekatan. Antara yang kami sempat lawati ialah shooping complexnya. Kebetulan masa tu ada PC Fair. Sama jer dengan mana2 shooping complex. Yang beza ialah udara di luar lebih sejuk dari dalam bangunan. Hahaha...

Selesai berjalan2, kami pulang ke ITN. Mapala mengadakan baberkiu plak. Rezeki-rezeki. Sambil baberkiu, sambil nyanyi2 gi tu. Aku masa tu dah letih giler. Tertidur aku kat atas sana. Dikejutkan masa nak makan jer. Hahaha.....

Pastu nyanyi2 lagi sampai jam 12 lebih la. Tak tahan punya pasal, aku naik tidur. Zzzz...Zzzz...Zzzz....




Hari Kesembilan (akhir), 12 Jun 2011, Sabtu

Hari ni hari terakhir xpdc kami. Sebelum menuju ke airport, Salim dan beberapa rakan membawa kami ke pasar jualan. Lebih kurang pasar minggu gi tu. Kemudian jalan2 ke kedai-kedai outdoor plak. Macam2 nak beli. Ye la duit rupiah xluak lagi. Hahaha...

Kami kembali ke ITN setelah jam menunjukan jam 1400. Sebelum berangkat ke airport kami bersalam-salaman dan berfoto tanda terima kasih yang tidak terhingga untuk MAPALA amnya dan jutaan terima kasih kepada Rifqi dan teman2nya yang sudi menemani dan menjadi guider kami.

Suasana menjadi semakin sedih takkala kami mula untuk bersalaman dan berpeluk-pelukan kerna masa sudah sampai untuk berangkat. Ye la kan. 9 hari bersama2. Dah macam kenal lama. Bergurau senda. Kira sekepala la. Tak leh cerita panjang2 sebab rasa nak nanges. Huhuhu...

DSC00099 copy 2

Kami selamat tiba di lapangan terbang dikala malam sudah menjelang. Sempat makan MacDonal tu. Hahaha.... selesai makan, terus check-in bagasi dan masuk ke ruang menunggu. Jam 2130 kami masuk ke kapal terbang dan terus pulang ke Malaysia.

DSC00102 copy 2

Ternyata xpdc kali ini memberi pengalaman yang lebih bermakna. Dalam erti kata lain, mempunyai peningkatan dari pelbagai sudut. Antaranya mendapat lebih ramai sahabat. Bukan itu sahaja, lokasi xpdc kali ini lebih ASYIK gi tu.

Menutup log perjalanan trip ini, saya mengucap terima kaseh tidak terhingga buat Abd Salam dan konco2nya kerna dpt menjadikan trip ini antara trip paling best. Tidak terkecuali kepada teman2 yang join this trip. Line-up pun antara paling spoting.

Kepada pihak sana iaitu saudara Rifqi dan teman2 MAPALA sekalian, anda memang TERBAIK. Sekali lagi jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat kalian. Jasa kalian tidak dapat kami balas dengan wang ringgit. Semoga persahabatan kita kekal selamanya. AMIN.... See u next trip.

*Untuk melihat foto2 lain berkenaan trip ini, boleh la ke FB saya dengan mengklik Album 1 dan Album 2.
wassalam...

~~~end~~~

8 comments:

  1. Wowwww..menarik bangat sih bisa kembara jauh2

    ReplyDelete
  2. Terbaiekkk... kalau muda2 den mesti join nie... skarang lutut dah reserve dah :)

    ReplyDelete
  3. terbaik!!!

    linda >_<

    ReplyDelete
  4. photonya keren - keren sob... sama saya juga sering naik gunung.... salam dari gunung betung bandar lampung sob...

    ReplyDelete
  5. boleh tau macam mana nak uruskan logistik dekat sana?
    berapa kos ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...